Asas Keusahawanan: Strategi Pemasaran Online

Tarikh

: 05 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengetahui strategi pemasaran dan cara memasarkan produk secara atas talian
  • Menerapkan strategi pemasaran digital dengan mudah dan efisien dalam diri setiap usahawan di PEDi Ulu Seperi
  • Meningkatkan dan juga mencapai target kewangan usahawan dengan melakukan pemasaran digital yang efektif

 

AKTIVITI:

  • Peserta dinasihatkan untuk mencipta satu tagline yang kreatif dan penjenamaan produk (branding) seperti membuat desain logo yang menarik dan mudah diingat bagi meningkatkan brand awareness
  • Seterusnya, petugas mengajar usahawan untuk mendirikan satu laman web bagi menjalankan bisnes dan mempromosikan bisnes dengan mudah
  • Usahawan juga telah didedahkan untuk menggunakan platform Google Business bagi mendirikan alamat perniagaan ke dalam Google Maps agar perniagaan muncul di mesin pencarian Google

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Storan Primer dan Sekunder

Tarikh

: 04 Julai 2023

Masa

: 12.00 Tengahari - 01.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengenali jenis-jenis storan yang terdiri dalam komponen komputer
  • Menjelaskan fungsi storan primer dan sekunder kepada peserta PEDi Ulu Seperi
  • Membezakan komponen storan primer iaitu Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM)
  • Menerangkan komponen storan sekunder yang terdiri daripada medium magnet dan juga storan optikal

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan penyerahan nota-nota mengenai peranti storan komputer yang terdiri daripada storan primer dan sekunder bertajuk ‘Storan’ kepada para pelajar
  • Seterusnya, petugas memberi contoh bergambar fizikal RAM dan ROM serta perbezaan fungsi kedua-dua RAM dan ROM dalam komputer
  • Selain itu, petugas menjelaskan tiga jenis storan medium magnet yang biasa digunakan didalam komputer iaitu Pita Magnetik, Cakera Liut atau Disket, dan juga Cakera Keras
  • Akhir sekali, petugas juga telah menerangkan tiga jenis storan optikal yang terdiri daripada Compact Disk (CD), Digital Versatile/Video Disk (DVD) dan Blue-ray Disk (BD)

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Asas Sistem Komputer

Tarikh

: 02 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas komputer serta komponen utamanya
  • Menerangkan kepada pelajar mengenai jenis-jenis komputer yang digunakan pada masa kini
  • Menjelaskan tentang bahagian-bahagian penting sistem komputer serta fungsinya iaitu bahagian sistem unit, monitor, papan kekunci dan tetikus

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan komputer yang tersedia di PEDi Ulu Seperi
  • Setelah pelajar mengenalpasti jenis komputer tersebut, pelajar telah dikongsikan bahan bacaan untuk menambah informasi dan pengetahuan mereka mengenai sistem komputer
  • Akhir sekali, pelajar diberi amali mengenalpasti sistem-sistem komputer dan juga menerangkan fungsinya kepada petugas untuk menguji kefahaman pelajar

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Mikropemprosesan Komputer

Tarikh

: 04 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan otak komputer yang terdiri daripada Central Processing Unit (CPU), storan sementara, RAM dan juga cakera keras (hardisk)
  • Menjelaskan beberapa fungsi penting CPU antaranya adalah bertindak sebagai pemanggil data (data fetching), penterjemah (decoding), eksekusi (executing), dan juga menyimpan data (data storing)

 

AKTIVITI:

  • Peserta telah hadir ke kelas di PEDi Ulu Seperi
  • Seterusnya, petugas berkongsi laman web yang menerangkan mengenai Mikropemprosesan komputer iaitu di laman blog Nota Teknologi Maklumat oleh Open University Malaysia (OUM)
  • Petugas juga telah menerangkan setiap fungsi penting CPU kepada peserta berpandukan nota yang telah disediakan

 

Galeri gambar


 

Modul Asas Keusahawanan: Mindset Usahawan

Tarikh

: 23 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penjelasan mengenai apakah itu tetapan pemikiran seorang usahawan dan apakah kepentingan menetapkan minda sebagai seorang usahawan
  • Agar peserta mendapat pencerahan untuk menghasilkan sebuah pemikiran yang positif dan produktif
  • Mindset penting bagi melahirkan seorang usahawan yang mempunyai kemahiran yang kukuh dan positif dalam mengambil tindakan serta membuat keputusan

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan di PEDi Ulu Seperi dengan mendaftar masuk ke pautan Zoom Meeting yang diberikan di emel
  • Pengajar telah berkongsi objektif kelas diadakan iaitu mengenalpasti maksud mindset, kepentingan mindset dan juga ciri-ciri mindset yang perlu ada dalam diri seorang usahawan
  • Pengajar juga mengajar cara-cara untuk mengukuhkan lagi pemikiran bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya
  • Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta dan pautan borang maklum balas untuk diisi oleh para peserta

 

Galeri gambar