Asas Keusahawanan: Tips Pengurusan Sumber Manusia Bagi IKS

Tarikh

: 15 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi kepada peserta mengenai tanggungjawab majikan, pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan juga pengurusan gaji pekerja
  • Mendedahkan peserta dengan realiti proses pengambilan pekerja bermula daripada pengiklanan jawatan kosong, pra temuduga, semakan permohonan calon, temuduga pekerja, pemilihan dan keputusan pengambilan pekerja, penawaran kerja serta induksi
  • Menerangkan klausa-klausa penting dalam kontrak perkhidmatan pekerja

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pendaftaran masuk peserta melalui pautan link yang diberikan di emel
  • Peserta menyertai kelas bersama Puan Juliana menggunakan emel PEDi Ulu Seperi bagi mengurangkan trafik peserta dalam kelas tersebut
  • Seterusnya, peserta mendengar dengan terperinci perkongsian daripada Puan Juliana mengenai tanggungjawab majikan, pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan juga pengurusan gaji pekerja
  • Puan Juliana telah menjawab setiap persoalan yang telah diajukan oleh peserta dengan baik dan beliau juga telah berkongsi video kelas beserta slaid kelas tersebut melalui emel PEDi Ulu Seperi

 

Galeri gambar