|
|
Tarikh |
: 22 September 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Pelajar dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis aktiviti seperti kuiz, permainan dan peta minda
- Membuat pembelajaran lebih dinamik dan melibatkan peserta secara aktif dalam proses pembelajaran
- Mengajarkan peserta cara menggunakan Wordwall untuk melaksanakan penilaian serta ujian dalam sains
- Membiasakan peserta dengan penggunaan teknologi dan alat digital dalam pembelajaran sains
AKTIVITI:
- Petugas memberikan pengenalan ringkas termasuk ciri-ciri utama seperti jenis kuiz yang boleh dibuat di platform wordwall
- Peserta mendengarkan penjelasan tentang topik kuiz sains yang akan dijawab serta format soalan yang akan dihadapi
- Petugas membimbing peserta dan memastikan peserta dapat menjwab soalan kuiz dengan betul mengikut masa yang ditetapkan
- Peserta dan petugas menilai keputusan kuiz di akhir kelas
|
|
Tarikh |
: 19 September 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan peserta kepada asas-asas robotik melalui pembinaan tangan robot
- Mengajarkan peserta kemahiran teknikal yang diperlukan dalam bidang robotik, seperti pemahaman tentang komponen elektronik
- Mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti dalam merancang dan melaksanakan projek robotik
- Meningkatkan minat peserta terhadap bidang STEM dengan menunjukkan aplikasi praktikal teknologi robotik
AKTIVITI:
- Petugas menyediakan bahan-bahan yang telah didapatkan melalui kelas STEM iOT di platform Telegram
- Setelah itu, petugas memberi kepada para peserta bahan-bahan tersebut dan menunjukkan video ringkas pembuatan tangan robot
- Para peserta membuat tangan robot mereka sendiri bersama-sama petugas dengan merujuk kepada video
- Mereka menghias tangan robot mereka dan menyimpannya untuk tujuan pembelajaran
|
|
Tarikh |
: 15 September 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberikan peserta pemahaman tentang strategi jualan yang berkesan termasuk teknik pemasaran yang dapat menarik pelanggan dan meningkatkan jualan
- Melatih peserta dalam kemahiran perundingan yang diperlukan untuk mencapai persetujuan yang menguntungkan dengan pelanggan, pembekal, dan rakan kongsi perniagaan
- Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan
AKTIVITI:
- Petugas membahagikana peserta kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan role-play senario perundingan
- Seterusnya, petugas mengajarkan teknik-teknik jualan dan perundingan yang berkesan melalui latihan praktikal
- Mereka diajar teknik bertanya soalan yang berkesan, teknik menutup jualan dan juga teknik menangani bantahan
- Mengajarkan peserta panduan untuk melakukakn analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat) dan analisis pesaing
|
|
Tarikh |
: 18 September 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan peserta kepada konsep asas STEM dan IoT dengan menggunakan kraf ulat daun sebagai alat pengajaran
- Memberikan peserta peluang untuk meningkatkan kemahiran kreatif mereka melalui kraf ulat daun
- Mendidik peserta tentang kepentingan alam sekitar dan bagaimana menggunakan bahan-bahan semula jadi secara berhemah
- Membantu peserta, terutama kanak-kanak, dalam mengasah kemahiran motor halus mereka
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan memperkenalkan bahan-bahan yang akan digunakan
- Petugas menunjukkan satu contoh ulat daun yang telah siap dan menjelaskan proses pembuatannya secara ringkas
- Peserta diberi bahan untuk membuat ulat daun masing-masing mengikut demonstrasi yang ditunjukkan oleh petugas
- Peserta menyelesaikan kraf ulat daun mereka dengan mewarna dan menghias kraf tersebut
|
|
Tarikh |
: 12 September 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mempelajari bahasa asing dengan menggunakan permainan, kuiz dan latihan yang membuat proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan
- Duolingo menawarkan latihan berterusan yang membolehkan pelajar mengamalkan bahasa baru secara rutin
- Memotivasi pelajar untuk menggunakan Duolingo secara konsisten dalam kehidupan harian mereka
- Memperkukuh kemahiran bahasa para pelajar dengan cara yang teratur dan berterusan
AKTIVITI:
- Alat pembelajaran bahasa yang mudah digunakan, diperkenalkan kepada para pelajar
- Para pelajar mula dengan menetapkan matlamat atau sasaran yang ingin dicapai setiap hari
- Pelajar memulakan dengan pelajaran asas dan meningkatkan tahap mereka secara beransur-ansur
- Mereka juga menyertai latihan bercakap dan mendengar untuk meningkatkan kemahiran pengucapan dan pemahaman