GLAMPING AT KONGKOI
Lokasi rekreasi eksklusif dan privasi ini merupakan perniagaan keluarga. Terletak di tanah berukuran 10 ekar dikelilingi hutan sekitar Sungai Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, kira-kira 80km dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Mendengar bunyian alam, menikmati panorama indah, serta menghargai setiap ciptaan, Glamping @ Kongkoi adalah lokasi terbaik yang bertemakan persekitaran alam semulajadi dan ia adalah tempat percutian yang sempurna untuk suasana yang mencabar ataupun hanya untuk bersantai.
Diinspirasikan oleh pengalaman yang luas dalam industri kreatif selama hampir 30 tahun dan digabungkan dengan unsur-unsur alam semulajadi, sebanyak 10 buah ‘handcraft chalet’ dibina bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tidur yang berlainan. Selain daripada itu, turut disediakan rumah tamu yang dilengkapi dapur, tempat makan dan anjung untuk beristirehat. Pelbagai aktiviti menarik seperti ‘jamming’, barbeku, kayak dan pelbagai aktiviti alam yang lain turut diadakan disini.
Lokasi ini sangat bertepatan bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau sahabat handai. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis keraian seperti majlis hari lahir, majlis perpisahan, ‘reunion or gathering’ atau sebagainya, Glamping @ Kongkoi sangat disyorkan. Glamping @ Kongkoi: pilihan yang ternyata unik dan pasti mengujakan anda!!!
Untuk makluman lanjut mengenai maklumat lokasi atau tempahan, boleh hubungi:
Telefon: 019-269 5260
Alamat: Kampung Puom, Titi, 71650 Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus
Facebook: https://www.facebook.com/glampingatkongkoi/
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Instagram: g.a.kongkoi
Website:
http://www.glampingatkongkoi.com
https://www.worldpackers.com/locations/glamping-at-kongkoi
https://blog.tourism.gov.my/unleashing-your-inner-wild-th…/…
DRMIND FARM
- Sebuah rumah tamu yang selesa di pinggir hutan dan terletak di Lorong Ulu Renai, Kampung Peradong, Jelebu. Semua pembuatan pembinaan penginapan.🍂🍂Drmind Farm🍂🍂 adalah dari buluh.
- Setiap bilik hanya dilengkapi dengan pengudaraan semula jadi, cahaya matahari secara langsung dan dikelilingi pemandangan semulajadi tetapi pengunjung jangan risau, setiap bilik turut dilengkapi kipas siling. Terdapat juga tempat tidur gantung (hammock) untuk tidur yang lebih santai atau khemah bagi mereka yang gemarkan suasana yang lebih mencabar.
- Kemudahan seperti kafe, WiFi percuma di kawasan awam serta ke semua bilik dan tempat letak kenderaan percuma juga disediakan. Kemudahan lain yang turut ada termasuklah kemudahan dobi , perkhidmatan bilik (semasa waktu terhad), air botol percuma, bilik mandi yang dilengkapi pancuran mandian dan lain-lain lagi.
- Antara aktiviti rekreasi yang terdapat di sini adalah seperti sewa basikal,’barbeque grill’, berkelah di kawasan air terjun dan kebun tanaman organik. Sesuai untuk kunjungan keluarga dan 🍂🍂Drmind Farm🍂🍂 menyediakan pakej yang berpatutan.
- Bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan kerja seharian atau ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, 🍂🍂Drmind Farm🍂🍂 adalah salah satu destinasi yang perlu ada dalam senarai perancangan percutian anda.
Alamat: Lot 2056, Lorong Ulu Renai, Bt 4 ¾ Kampung Peradong, Titi, Negeri Sembilan
Facebook: https://www.facebook.com/clarice173/
No. telefon: 012-367 1173
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
http://kgseperi.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdefdb6ad6c3
Empangan adalah suatu binaan untuk menahan air iaitu proses melambatkan pengaliran air dan menyebabkan berlakunya takungan air dan salah satu empangan di daerah Jelebu yang mempunyai peranan penting ini adalah Empangan Teriang di Kampung Gagu, Jelebu tetapi pernahkah anda terfikir bahawa kawasan empangan juga sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi? Tempat yang dimaksudkan adalah ➡️Rekreasi Empang Ulu Gepu⬅️ atau dikenali penduduk tempatan sebagai Empang Ulu Jelebu. Ia terletak di kawasan perkampungan Ulu Jelebu dan hanya 10 minit sahaja dari pekan Kuala Klawang. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti santai dan riadah bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan disini iaitu pondok rehat, tandas awam dan kedai makan. Kawasannya yang luas memberi keselesaan untuk memarkir kereta. Tempat ini kebiasaannya akan dipenuhi pengunjung pada musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Harus diingat bahawa pengunjung perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan diri semasa berada di air. Jadi, Jom Jalan-Jalan Jelebu!!!
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Untuk info tambahan:
http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…
https://www.facebook.com/…/taman-rekreasi…/1513157165653838/
https://www.facebook.com/pages/Empang-Ulujelebu/214847065522173
TAMAN NEGERI KENABOI terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi yang merupakan Hutan Dipterokarp Bukit. Lokasi terletaknya Taman Negeri Kenaboi ini adalah 63 km dari Kuala Klawang melalui jalan raya Kuala Klawang – Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang. Taman Negeri Kenaboi merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang dan Negeri Selangor. Kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.
Kawasan ini mula diterokai pada tahun 1990 oleh penggiat aktiviti lasak 4 x 4 yang melalui Lembah Jemaloi satu ketika dahulu. Kawasan ini pernah dikenali sebagai Rimba Savana Camp Rudi. Keunikan yang terdapat disini adalah air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang sering dikaitkan dengan mitos kijang yang cedera dan jatuh di air terjun ini. Terdapat beberapa perkampungan orang asli iaitu Kampung Tohor, Kampung London dan Kampung Nap yang terletak di sekitar Taman Negeri Kenaboi ini.
Antara kemudahan yang ada ialah tandas awam, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, pondok rehat, pejabat, tempat letak kenderaan, dewan kuliah, chalet, dorm, kantin dan bilik mesyuarat. Pelbagai aktiviti turut dijalankan di sini seperti treking ke Jeram Berungut, Air Terjun Lata Kijang serta Lembah Jemaloi; meneroka Gua Harimau serta Gua Batu Bulan; mendaki Gunung Besar Hantu, Bukit Enjin serta Gunung Kecil Hantu dan berkunjung ke Perkampungan Orang Asli. Terdapat spesis-spesis menarik yang ada di Taman Negeri Kenaboi seperti Haniffa Cyanescens, Bilbophyllum Linearifolium, Corybasholttumii, Dendrobium Rupicolum, Enggang Badak, Buceros Rhinoceros, Takau Hitam Kuning, Sambar Batu dan lain-lain lagi.
http://kgseperi.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdc328e4b783
#menarikdijelebu
Meriam ini dikatakan kepunyaan dato’ kelana putra kerana pada pangkalnya ada terukir perkataan “kelana putra”. Kelana putra adalah gelaran dato’ undang sungai ujong. Meriam ini ditemui Di Titi, Jelebu. Dato’ undang sungai ujong abdullah bin paglima muda adalah luak undang ke-12 yang telah mengambil meriam ini dan mendirikannya di atas sebuah bukit berhampiran dengan balainya.