Anda sukakan suasana kampung..Apa kata sambil makan kenduri kita piknik sekali dalam suasana kampung..Nak bercuti sesaje pun boleh.

Kalau ada sesiapa ke Kuala Klawang, boleh la menginap di homestay ni. Rasai pengalaman menginap di rumah kayu, suasana kampung, kedinginan malam hari, barbeque di halaman, kesejukan pagi yang terasa malasssnyaaa nak mandi..hehe

Hubungi segera Homestay d' Kuala Pah untuk tempahan.Harga yang berpatutan untuk bercuti dalam susana kampung dan menyegarkan..

call ke no 06 6139320 atau 013 6448106 (Pn Harlina Binti Abdul Wahab)
FB : https://www.facebook.com/homestayjelebu/

 

Gua Pelangi terletak di Hutan Simpan Pasoh. Jelebu, Negeri Sembilan dan berdekatan dengan Felda Pasoh 4. Kajian di Gua Pelangi telah bermula sejak tahun 2014 dengan kerjasama PPAG USM dan ATOA serta penduduk tempatan.

Penemuan arkeologi di Gua Pelangi telah mendedahkan bukti prasejarah. Antara artifak ditemui ialah alat batu pebel, bifas, alat repeh, batu pelandas, batu pemukul dan sisa makanan.

Kajian di Gua Pelangi sangat penting kerana:

1. Tapak Zaman Paleolitik pertama ditemui di Negeri Sembilan.
2. Tapak Paleolitik paling selatan di Semenanjung Malaysia.
3. Gua Batu Kapur paling selatan di Semenanjung Malaysia.

Sekiranya berminat untuk melakukan aktiviti explore dan caving, memanah, perkhemahan, hiking di bukit dinding dan rope activities ( abseiling, flying fox, repelling, rock climbing) boleh menghubungi:

Call/ whatsapp: 
011-21130788

Facebook:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100007803309218

Page: 
https://www.facebook.com/guapelangi/?fref=ts

Video di Youtube:
1. https://www.youtube.com/watch?v=rjGZZiCmbpE
2. https://www.youtube.com/watch?v=hpWkJ4ndZUU

FUH KERETA API TANPA GUNA LANDASAN DI FELDA PASOH 4
.
Pada Asalnya Untuk Menggembirakan Cucunya Yang Ramai Terbina “Kereta Api” Menggunakan Tong Air Yang Ditarik Kenderaan Pelbagai Permukaan (Atv).
.
Kereta Api Ini Mempunyai Sepuluh Gerabak Dengan Setiap Satu Boleh Memuatkan Dua Kanak-Kanak Dan Telah Diuji Dengan Membawa Cucu Mengelilingi Kampung Dalam Masa Yang Sama Rekaan Kereta Api Ini Juga Menarik Perhatian Dan Tumpuan Penduduk Kampung Untuk Merasai Menaiki Kereta Api En Mustafa Md Johan (Peneroka Felda Pasoh4) Di Kenakan Bayaran Sebanyak Rm2.00 Bagi Kanak-Kanak Dan Rm3.00 Untuk Dewasa Mengelilingi Kawasan Kampung Pasoh 4.

Antara salah satu tempat penginapan yang terdapat di Kuala Klawang.

Alamat : 4&5, Jalan UAB 1, Taman Dato' Undang Abu Bakar Kuala Klawang

No Telefon : 011-1083 7811

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook : https://www.facebook.com/pg/merrylandhotel/about/?ref=page_internal

 

Bukit Batu Sawa

Bukit Sawa terletak di kawasan Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan. Kebiasaannya, seawal pagi lagi, hiking crew akan berkumpul di masjid yang terdapat di situ dan menunaikan solat subuh di masjid tersebut. Para guider akan datang ke tempat berkumpul dan memberi sedikit penerangan tentang lokasi hiking dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa aktiviti dijalankan. Kemudian, barulah peserta bergerak ke starting point dan mendaki hingga ke puncak untuk melihat pemandangan awan carpet yang sangat indah. Inilah keunikan alam yang terdapat di Jelebu..

HUBUNGI KAMI PERSATUAN BELIA BERSATU PERADONG (PBBP) 
S/U - NAWI 013-4178635

Fb : https://www.facebook.com/profile.php?id=100009544129368&fref=search