Meriam ini dikatakan kepunyaan dato’ kelana putra kerana pada pangkalnya ada terukir perkataan “kelana putra”. Kelana putra adalah gelaran dato’ undang sungai ujong. Meriam ini ditemui Di Titi, Jelebu. Dato’ undang sungai ujong abdullah bin paglima muda adalah luak undang ke-12 yang telah mengambil meriam ini dan mendirikannya di atas sebuah bukit berhampiran dengan balainya.