1. E-Pembelajaran: Pengenalan Piramid Makanan

Tarikh

: 03 Julai 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan kesedaran peserta terhadap konsep piramid makanan sebagai panduan untuk pemakanan seimbang.
  • Memahami khasiat nutrisi dari setiap kumpulan makanan yang terdapat dalam piramid makanan.
  • Peserta dididik untuk mengembangkan kemahiran dalam pemilihan makanan yang seimbang dan berkualiti berdasarkan piramid makanan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya gaya hidup sihat melalui pemakanan yang seimbang

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan penjelasan tentang apa itu piramid makanan, tujuan utamanya dan mengapa penting untuk memahami dan mengikutinya dalam pemilihan makanan sehari-hari
  • Seterusnya, kelas dilanjutkan dengan aktiviti menganalisis setiap bahagian piramid makanan secara terperinci
  • Peserta diberikan latihan di mana mereka diminta untuk menyusun menu harian berdasarkan piramid makanan melalui pautan https://wordwall.net/ms-my/community/piramid-makanan
  • Kelas diakhiri dengan sesi perbincangan dan soal jawab terbuka untuk memastikan peserta memahami konsep piramid makanan secara mendalam

 

Galeri gambar


 

 

TUJUAN:

  • Memberikan pemahaman kepada peserta mengenai undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan seperti kontrak, tanggungjawab perniagaan dan hak-hak pekerja
  • Membekalkan peserta dengan pengetahuan mendalam mengenai peraturan-peraturan perniagaan tempatan
  • Meningkatkan kesedaran peserta tentang kepatuhan undang-undang dalam operasi perniagaan mereka
  • Membantu peserta memahami bagaimana undang-undang perniagaan boleh digunakan untuk meminimumkan risiko perniagaan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti permulaan melibatkan pengenalan kepada konsep-konsep asas undang-undang perniagaan
  • Peserta mengambil bahagian dalam aktiviti analisis kes-kes undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan, di mana mereka mengkaji dan memahami situasi-situasi yang berkaitan dengan kontrak, tuntutan dan penyelesaian pertikaian
  • Aktiviti terakhir melibatkan simulasi penyelesaian pertikaian perniagaan, di mana peserta berperanan sebagai pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian dan mencari penyelesaian melalui rundingan atau alternatif penyelesaian pertikaian

 

Galeri gambar


 

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja dengan menggunakan platform e-pembelajaran Sushispell yang menawarkan aktiviti yang interaktif
  • Memperkukuhkan kosa kata Bahasa Melayu peserta dengan memperkenalkan kata-kata baru melalui permainan dalam aplikasi Sushispell
  • Membantu peserta membangunkan keupayaan untuk membaca dan mengeja dengan betul serta memahami makna dan konteks ayat
  • Menyediakan akses kepada bahan-bahan pembelajaran secara fleksibel melalui platform e-pembelajaran Sushispell

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan penggunaan animasi untuk menyampaikan konsep pembelajaran, memperkukuhkan pemahaman peserta melalui visual dan audio yang menarik
  • Peserta berinteraksi dengan permainan yang direka khas untuk meningkatkan kemahiran ejaan dan penguasaan perkataan dalam Bahasa Melayu
  • Peserta berpeluang untuk melakukan pelbagai latihan ejaan dan penggunaan perkataan dalam konteks ayat atau kalimat
  • Setiap sesi kelas merangkumi sesi perbincangan atau soal jawab, di mana peserta dapat bertanya soalan dan berinteraksi dengan petugas

 

Galeri gambar


 

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan lebih lancar
  • Memperkukuhkan pengetahuan peserta dalam tatabahasa Bahasa Melayu
  • Menyediakan akses kepada pelbagai sumber pembelajaran termasuk latihan-latihan interaktif, video pengajaran dan bahan-bahan bantu pembelajaran melalui laman web tcer.my
  • Menyokong pembelajaran sendiri peserta dengan menyediakan platform yang fleksibel dan boleh diakses pada bila-bila masa

 

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan kelas dengan penjelasan tentang tujuan serta struktur tugasan yang akan dilaksanakan
  • Peserta diberi latihan membaca dan menulis ayat-ayat ringkas dalam Bahasa Melayu
  • Peserta diarahkan untuk mengambil bahagian dalam sesi perbincangan, di mana mereka berkongsi pandangan mereka mengenai topik yang dipelajari
  • Kelas ditutup dengan ringkasan mengenai pembelajaran hari itu diikuti dengan penilaian ringkas bagi mengukur pemahaman peserta

 

Galeri gambar


 

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan konsep buruj kepada peserta dan fungsi-fungsinya dalam navigasi dan astronomi
  • Mengajar peserta mengenalpasti buruj dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam melakar buruj serta memahami hubungan antara buruj dengan arah mata angin dan penentuan lokasi di bumi
  • Memupuk minat peserta dalam sains dan teknologi khususnya dalam bidang astronomi dan navigasi

 

AKTIVITI:

  • Peserta diperkenalkan kepada konsep buruj serta fungsi-fungsi utamanya dalam sains dan astronomi
  • Peserta diajar cara menggunakan laman web Wordwall sebagai alat bantu dalam melaksanakan aktiviti mengenalpasti dan melakar buruj
  • Peserta melaksanakan aktiviti melakar buruj menggunakan Wordwall di mana mereka akan mengenalpasti dan melukis corak buruj yang berbeza
  • Aktiviti diikuti dengan sesi pembahasan untuk memperkukuhkan pemahaman peserta tentang buruj serta penyimpulan keseluruhan aktiviti

 

Galeri gambar