1. E-Pembelajaran: Duolingo

Tarikh

: 12 September 2024

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari bahasa asing dengan menggunakan permainan, kuiz dan latihan yang membuat proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan
  • Duolingo menawarkan latihan berterusan yang membolehkan pelajar mengamalkan bahasa baru secara rutin
  • Memotivasi pelajar untuk menggunakan Duolingo secara konsisten dalam kehidupan harian mereka
  • Memperkukuh kemahiran bahasa para pelajar dengan cara yang teratur dan berterusan

 

AKTIVITI:

  • Alat pembelajaran bahasa yang mudah digunakan, diperkenalkan kepada para pelajar
  • Para pelajar mula dengan menetapkan matlamat atau sasaran yang ingin dicapai setiap hari
  • Pelajar memulakan dengan pelajaran asas dan meningkatkan tahap mereka secara beransur-ansur
  • Mereka juga menyertai latihan bercakap dan mendengar untuk meningkatkan kemahiran pengucapan dan pemahaman

 

Galeri gambar


 

                                                                      1. E-Pembelajaran: Padlet

Tarikh

: 11 September 2024

Masa

: 04.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan alat kolaborasi digital kepada para pelajar untuk membolehkan mereka bekerja bersama dalam projek-projek dan aktiviti pembelajaran
  • Pelajar dapat mencipta papan digital yang boleh dikongsi, menyusun idea dan bekerjasama dalam masa yang sama
  • Membantu pelajar mengembangkan kemahiran teknologi yang penting untuk pembelajaran mereka
  • Mempraktikkan kemahiran organisasi dengan menyusun maklumat dalam bentuk visual yang jelas dan menarik

 

AKTIVITI:

  • Petugas menerangkan tentang apa itu Padlet dan bagaimana ia berfungsi
  • Pelajar belajar cara membuat papan baru , menambah catatan, gambar, pautan dan dokumen di Padlet
  • Seterusnya, petugas memberikan satu topik dan membimbing pelajar untuk membina satu mind map
  • Di akhir kelas, petugas meminta para pelajar untuk memberikan maklum balas mengenai Padlet dengan menggunakan papan baru Padlet

 

Galeri gambar


 

                                                                      1. Soft Skills: Integriti

Tarikh

: 10 September 2024

Masa

: 04.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Menjelaskan apa itu integriti dan mengapa ia penting dalam kehidupan sehari-hari
  • Mempelajari prinsip-prinsip integriti seperti kejujuran, tanggungjawab dan etika serta bagaimana nilai-nilai ini mempengaruhi tindakan mereka
  • Mengamalkan etika yang lebih tinggi dalam interaksi sosial dan profesional peserta
  • Membangun dan memperkukuh kepercayaan dalam kalangan anggota komuniti

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan definisi, kepentingan dan elemen-elemen utama yang membentuk integriti
  • Membincangkan bagaimana integriti dapat mempengaruhi hasil situasi dan mengatasi cabaran
  • Petugas berkongsi video perisian mengenai integriti kepada para peserta melalui laman Youtube
  • Peserta memberi pandangan mereka tentang integriti dan bagaimana mereka akan mempraktikkannya dalam kehidupan harian

 

Galeri gambar


 

                                                                      1. E-Pembelajaran: TVOKids.com

Tarikh

: 11 September 2024

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan pelajar kepada TVOKids.com sebagai sumber pendidikan yang menarik dan interaktif
  • Pelajar dapat mengakses pelbagai bahan pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka seperti video pendidikan, permainan dan aktiviti yang dapat memperkukuh pemahaman mereka dalam subjek-subjek penting
  • Memperluas pengetahuan pelajar dan menerapkan apa yang mereka pelajari dalam konteks dunia sebenar

 

AKTIVITI:

  • Pengenalan ringkas diberikan tentang laman TVO Kids kepada para pelajar
  • Petugas menunjukkan cara mendaftar, log masuk dan navigasi utama di laman web
  • Pelajar meneroka bahagian-bahagian tertentu laman seperti mencari kursus, permainan dan video pendidikan
  • Petugas membimbing para pelajar untuk menyelesaikan kuiz, menyaksikan video pendidikan dan sebagainya

 

Galeri gambar


 

                                                                      1. Soft Skills: Pengurusan Emosi

Tarikh

: 10 September 2024

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Membantu peserta mengenal pasti dan memahami emosi mereka sendiri
  • Mengajarkan teknik-teknik untuk mengungkapkan emosi dengan cara yang positif dan konstruktif
  • Memberikan strategi-strategi penyelesaian masalah yang berfokus pada pengendalian emosi
  • Membantu peserta mengatasi perasaan negatif yang boleh mengganggu prestasi peserta

 

AKTIVITI:

  • Memperkenalkan konsep pengurusan emosi, jenis-jenis emosi, dan teori-teori asas mengenai bagaimana emosi mempengaruhi tingkah laku dan keputusan
  • Melakukan latihan untuk membantu pelajar mengenali dan memahami emosi mereka
  • Mengadakan situasi atau senario yang memerlukan pengurusan emosi, di mana pelajar perlu bermain peranan dalam situasi yang menimbulkan pelbagai emosi
  • Pelajar diminta untuk menulis refleksi tentang pengalaman mereka semasa latihan dan role-play

 

Galeri gambar