1. Asas ICT: Undang-Undang Siber Di Malaysia

Tarikh

: 04 Jun 2024

Masa

: 02.30 Petang – 03.30 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memahami tanggungjawab dan hak dalam sibernetika termasuk kesedaran terhadap perundangan yang berkaitan dengan penggunaan internet, privasi dan keselamatan siber
  • Mengenal pasti dan mengelakkan pelanggaran undang-undang dalam aktiviti siber seperti penipuan siber, pencemaran data dan serangan siber
  • Menjaga keselamatan maklumat mereka dengan mematuhi peraturan-peraturan berkaitan dengan perlindungan data dan kepentingan peribadi dalam persekitaran digital
  • Membolehkan individu dan syarikat beroperasi dalam ekonomi digital dengan lebih selamat dan berdaya saing

 

AKTIVITI:

  • Peserta dibahagikan kepada kumpulan untuk mengkaji dan membentangkan kes-kes undang-undang siber yang penting dalam konteks Malaysia
  • Peserta berbincang tentang isu-isu undang-undang siber yang hangat di Malaysia
  • Peserta diminta untuk menulis ringkasan mengenai undang-undang siber utama yang terdapat dalam perundangan Malaysia
  • Mereka membincangkan keputusan mahkamah, hukuman yang dikenakan dan implikasi undang-undang terhadap kes tersebut

 

Galeri gambar


 

                                                1. Asas Keusahawanan: Permohonan Petunjuk Geografi

Tarikh

: 21 Mei 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 6 Orang

 

TUJUAN:

  • Memahami dengan lebih baik keperluan dan preferensi pasaran berdasarkan faktor geografi seperti lokasi, iklim dan budaya tempatan
  • Usahawan dapat menyesuaikan produk mereka dengan keperluan tempatan
  • Mengurangkan risiko kerana mereka dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih tepat berdasarkan pemahaman mendalam tentang keadaan geografi setempat
  • Meningkatkan penyampaian produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih cekap, mengoptimalkan rangkaian bekalan dan pengedaran untuk mencapai pelanggan secara lebih efisien.

 

AKTIVITI:

  • Petugas menerangkan konsep petunjuk geografi termasuklah penekanan pada pentingnya memahami faktor-faktor geografi seperti lokasi, iklim dan budaya dalam perniagaan
  • Peserta mengenal pasti pasaran berpotensi berdasarkan petunjuk geografi yang diberikan
  • Peserta mengadaptasi produk mereka untuk menyesuaikan dengan keperluan dan budaya tempatan berdasarkan petunjuk geografi
  • Aktiviti terakhir melibatkan perbincangan dalam kumpulan tentang strategi pemasaran dan jualan berdasarkan petunjuk geografi tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengoptimalkan penjualan di pasaran sasaran

 

Galeri gambar


 

                                                1. Asas Keusahawanan: Permohonan Rekabentuk Perindustrian

Tarikh

: 18 Mei 2024

Masa

: 02.30 Petang – 03.30 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan daya saing produk para usahawan melalui rekaan yang inovatif dan menarik
  • Mengeksplitasi peluang pasaran yang lebih luas, menjadikan produk lebih menonjol di pasaran
  • Meningkatkan pengalaman pengguna melalui rekaan produk yang lebih ergonomik, berfungsi dengan baik dan menarik secara estetik
  • Usahawan dapat meningkatkan reputasi dan cipta jenama mereka, menjadikan mereka lebih diiktiraf dan diingati oleh pelanggan

 

AKTIVITI:

  • Petugas menerangkan mengenai konsep rekabentuk perindustrian dan pentingnya rekabentuk dalam memperkasa produk dan jenama perniagaan
  • Peserta mula menganalisis produk sedia ada dalam pasaran untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan rekabentuk mereka
  • Petugas memperkenalkan pelbagai pilihan rekabentuk yang boleh digunakan untuk menilai kebolehgunaan dan estetika dalam pembangunan produk
  • Aktiviti terakhir melibatkan pembangunan prototaip produk berdasarkan konsep rekabentuk perindustrian yang dipilih

 

Galeri gambar


 

                                                1. Asas Keusahawanan: Food Packaging

Tarikh

: 19 Mei 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Menyediakan perlindungan dari segi fizikal produk dan juga keselamatan sesuatu produk
  • Memasarkan produk perniagaan dengan cara yang betul dan sah dengan menyediakan label yang betul pada pembungkusan makanan
  • Usahawan belajar memaparkan logo-logo yang perlu ada pada pelabelan makanan seperti pensijilan Halal, Mesti, HACCP dan lain-lain
  • Mematuhi peraturan pembungkusan makanan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi galakan dan dorongan kepada usahawan kecil berkaitan inovasi pembungkusan produk makanan
  • Para usahawan belajar meningkatkan nilai produk dengan membezakan pembungkusan yang mempunyai ciri-ciri unik dan kreatif untuk menarik emosi pengguna
  • Usahawan juga didedahkan untuk membandingkan tawaran produknya daripada pesaing dengan menonjolkan keunikan tersendiri serta menguasai pasaran

 

Galeri gambar


 

                                              1. STEM iOT: DIY Photo Frame With Popsicle Sticks

Tarikh

: 17 Mei 2024

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: NADI Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengadakan aktiviti kraftangan mencipta frame gambar menggunakan batang aiskrim
  • Memupuk daya imginasi yang tinggi kepada peserta
  • Peserta belajar menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan sesuatu kraftangan yang menarik
  • Dapat menjimatkan kos daripada membeli terus di kedai untuk memiliki frame gambar

 

AKTIVITI:

  • Para peserta menonton tutorial ‘DIY photo frame with popsicle sticks’ melalui laman Youtube iaitu https://www.youtube.com/watch?v=lWEex1dOuVo
  • Seterusnya, petugas membahagikan batang aiskrim kepada para peserta untuk dijadikan frame gambar
  • Para peserta melekatkan batang aiskrim mereka seperti yang ditunjukkan di dalam video tutorial
  • Mereka mencipta frame gambar yang cantik dengan menambah sedikit lukisan mengikut kreativiti mereka sendiri

 

Galeri gambar