1. Asas ICT: Cara Membuat Fail Mampatan

Tarikh

: 04 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar pelajar-pelajar di Kampung Ulu Seperi untuk menghantar tugasan secara atas talian dalam satu folder
  • Memudahkan kerja dan urusan pelajar-pelajar dengan menambah ilmu ICT dalam kehidupan semasa mereka
  • Bergaul bersama pelajar-pelajar Ulu Seperi agar dapat memahami kelemahan mereka dalam menguasai ilmu ICT

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan bersama-sama pelajar yang berkumpul di PEDi Ulu Seperi untuk menimba ilmu dalam kelas yang diadakan
  • Pelajar diajar cara-cara untuk membuat fail zip dan juga membuka (unzip) melalui PC yang tersedia di PEDi Ulu Seperi
  • Pelajar pada awalnya diminta untuk membuat carian gambar-gambar bunga di laman web dan memuat turun seberapa banyak gambar-gambar bunga yang mereka minati
  • Seterusnya, pelajar diajar untuk membuat fail mampatan dengan menekan pada Compressed (zipped) folder

 

Galeri gambar


 

  1. Asas ICT: Perbankan Atas Talian (MAE)

Tarikh

: 03 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penerangan kepada peserta aplikasi baru Maybank iaitu MAE, MAE adalah sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS bagi memudahkan urusan perbankan anda
  • Memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai keseluruhan paparan baru yang terdapat di aplikasi MAE
  • Memberi penerangan bahawa MAE menggunakan kaedah pembayaran ‘cashless’ yang bersesuaian dengan teknologi masa kini
  • Maybank MAE dpat memudahkan pelbagai urusan dan ia juga dapat memudahkan pengurusan di era moden ini

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan mengenai aplikasi MAE secara keseluruhannya
  • Peserta diberikan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan e-wallet Maybank MAE iaitu pembayaran menggunakan MAE
  • Di samping itu, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara untuk memindahkan wang ke akaun lain dengan menggunakan aplikasi MAE Maybank
  • Petugas juga memberi pendedahan mengenai cara menyemak perbelanjaan dengan MAE
  • Selain itu, petugas juga memberikan tunjuk ajar cara menyimpan wang melalui Tabung MAE dan anda boleh menyimpan wang melalui tabung MAE bagi segala tujuan yang diingini

 

Galeri gambar


 

  1. Asas ICT: Menaip Surat Rasmi

Tarikh

: 01 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Dengan adanya kelas-kelas ICT , secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta para pelajar di sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer serta kemudahan internet untuk menyelesaikan tugasan harian
  • Dapat melahirkan lebih ramai masyarakat setempat yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini
  • Peserta dapat mempelajari mengenai asas-asas menaip dan seterusnya dapat menghasilkan surat kiriman rasmi

 

AKTIVITI:

  • Sebelum kelas menaip dimulakan, petugas PEDi memberi penerangan mengenai format surat rasmi yang bertajuk tidak dapat hadir ke sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar menggunakan ilmu tersebut di masa hadapan
  • Petugas PEDi turut menekankan tentang penggunaan huruf besar bagi kata nama khas di dalam surat tersebut
  • Selain itu, petugas juga turut memberi tunjuk ajar tentang penggunaan ayat yang sesuai supaya tujuan surat tersebut jelas dan mudah untuk difahami
  • Peserta juga diberikan pendedahan mengenai cara untuk menyimpan surat terseut dalam bentuk PDF dan peserta turut diberi penerangan tentang kebaikan menyimpan sebarang jenis dokumen dalam bentuk PDF

 

Galeri gambar


 

  1. Asas Keusahawanan: Strategi Naikkan Engagement & Followers Di Media Sosial @ MDEC

Tarikh

: 02 Ogos 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penjelasan mengenai maksud engagement dari sudut pandangan pengguna di media sosial
  • Memberi peluang usahawan PEDi Ulu Seperi untuk mengikuti kelas-kelas atas talian secara percuma bersama pegawai MDEC untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan mereka
  • Mempromosi kelas yang dijalankan oleh MDEC sekaligus membuka ruang usahawan datang ke PEDi dan menggunakan kemudahan di PEDi

 

AKTIVITI:

  • Peserta telah hadir ke PEDi Ulu Seperi pada jam 2.20 petang dan petugas telah membukakan laman web Facebook dan membuka pautan pendaftaran peserta
  • Seterusnya, petugas memasuki webinar zoom melalui pautan yang disediakan pada iklan MDEC dan meletakkan nama peserta
  • Peserta yang merupakan usahawan PEDi Ulu Seperi bersemangat mendengar seminar tersebut dan sangat teliti dalam mengambil nota berikutan tips-tips yang dikongsikan
  • Kelas dibubarkan pada jam 4.30 petang dan usahawan PEDi berpuas hati dapat menambah ilmu dan tidak membuang masa dalam mengikuti kelas MDEC di PEDi Ulu Seperi

 

Galeri gambar


 

Asas Keusahawanan: Affiliate Marketing TikTok

Tarikh

: 25 Julai 2023

Masa

: 12.00 Tengahari - 01.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penjelasan mengenai apakah itu affiliate marketing melalui platform TikTok
  • Membantu komuniti dan usahawan membuka dan mendaftar akaun TikTok Shop
  • Mengajar usahawan mencipta ‘beg kuning’ bagi menambah pendapatan
  • Menjelaskan cara membuat video dan mengenalpasti komisen yang diperoleh melalui affiliate marketing

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada affiliate marketing di platform TikTok
  • Usahawan berminat untuk mencipta akaun TikTok Shop berikutan penjelasan mengenai affiliate marketing yang telah dijelaskan oleh petugas
  • Seterusnya, petugas mengajar langkah demi langkah cara-cara mendaftar akaun TikTok Shop
  • Di akhir kelas, usahawan yang telah berjaya mendaftar dapat mencipta beg kuning dan menyiarkan satu video promosi melalui akaun TikTok masing-masing

 

Galeri gambar