1. Asas ICT: Teknik Mengarang Emel Dengan Kemas

Tarikh

: 05 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi galakan kepada komuniti untuk membiasakan penggunaan aplikasi Gmail ataupun emel bagi memohon sumbangan serta memohon kekosongan jawatan agar tampak lebih professional
  • Berkongsi 6 teknik mengarang emel dengan kemas, ringkas dan padat kepada pihak penerima
  • Mengajar kepada peserta penulisan emel yang bagus yang terdiri daripada subjek, kata aluan, isi kandungan dan juga penutup emel

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas berkaitan emel bagi menggalakkan komuniti menggunakan emel untuk tampak lebih professional
  • Pada awalnya, petugas mengajar komuniti cara mendaftar masuk kedalam akaun emel masing-masing
  • Seterusnya, petugas memberi satu tugasan kepada peserta untuk menghantar emel permohonan bekerja di PEDi Ulu Seperi sebagai contoh
  • Peserta, menghantar emel yang kemas mengikut format dan ajaran yang ditunjukkan oleh petugas kepada mereka sebentar tadi
  • Peserta berjaya memahami penggunaan emel di akhir kelas

 

Galeri gambar


 

    1. Asas ICT: Carian Lirik Lagu Di Laman Google & Teknik Copy/Paste Di Microsoft Word

Tarikh

: 04 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Menunjukkan cara membuat carian lirik lagu di laman Google dan memilih satu laman yang mempunyai perisian lirik lagu yang betul
  • Mengajar peserta teknik copy/paste lagu-lagu yang ingin dicetak
  • Mendedahkan peserta kepada Microsoft Word untuk paste (tampal) lirik lagu yang telah disalin (copy) melalui carian di Google
  • Membuat kemasan pada dokumen Microsoft Word sebelum melakukan cetakan

 

AKTIVITI:

  • Para pengguna telah hadir ke PEDi dan meminta bantuan petugas untuk mengajar beliau melakukan cetakan lirik-lirik lagu sebagai rujukan kugiran mereka
  • Petugas seterusnya menerangkan kepada pengguna bahawa Microsoft Word perlu digunakan agar cetakan mudah dilakukan
  • Petugas menunjukkan cara melakukan carian lirik lagu yang mereka kehendaki di laman Google sebagai contoh, dan membuat teknik copy/paste kedalam Microsoft Word
  • Para pengguna memahami ajaran yang disampaikan dan melaksanakan carian lirik yang seterusnya mengikut langkah-langkah yang diajar oleh petugas

 

Galeri gambar


 

    1. Asas ICT: Menyelesaikan Kerja-Kerja Kursus Bersama Pelajar

Tarikh

: 02 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Berhubung bersama pelajar-pelajar di PEDi Ulu Seperi dan membantu memberi idea kepada mereka dalam menjayakan kerja-kerja kursus mereka
  • Memudahkan pelajar menggunakan laman Youtube dan Google untuk membuat carian yang kreatif
  • Para pelajar dapat melakukan aktiviti perbincangan bersama rakan sekelas dan berkongsi pendapat serta idea masing-masing

 

AKTIVITI:

  • Para pelajar yang hadir ke PEDi Ulu Seperi telah menggunakan PC untuk menyiapkan tugasan kursus sekolah mereka
  • Petugas serba sedikit telah memberi tunjuk ajar dan idea kepada para pelajar yang meminta pendapat dan pertolongan dalam melaksanakan kerja mereka
  • Petugas mencadangkan kepada para pelajar untuk membuat rujukan melalui video-video di Youtube dan juga laman Google untuk mendapatkan idea yang lebih menarik
  • Di akhir kelas, para pelajar berpuas hati dapat menyelesaikan tugasan mereka dan membuat cetakan kerja kursus masing-masing untuk dihantar kepada guru mereka

 

Galeri gambar


 

    1. Asas Keusahawanan: Kelas Urusan Aliran Tunai (Cash Flow)

Tarikh

: 03 September 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi galakan kepada bakal usahawan, suri rumah, peniaga kecil serta para usahawan yang terdiri daripada komuniti Ulu Seperi
  • Menyedarkan para peserta kepentingan mengumpul wang simpanan (aset) serta melangsaikan hutang (liabiliti)
  • Menerangkan kunci penentu sama ada sesuatu pelaburan tersebut adalah suatu tindakan yang berbaloi ataupun sebaliknya
  • Memahami konsep pengurusan kewangan yang mengikut tatacara pengurusan kewangan islam

 

AKTIVITI:

  • Terdapat beberapa usahawan di Ulu Seperi telah menyertai kelas urusan aliran tunai bersama petugas
  • Beberapa usahawan menyatakan bahawa mereka mempunyai pengurusan kewangan yang tidak teratur dan tidak pasti mengenai untung rugi yang mereka hasilkan
  • Manakala, terdapat usahawan yang hanya mengambil kira untung rugi mereka menggunakan catatan nota bertulis
  • Petugas berkongsi kepada usahawan cara mudah untuk mengenalpasti aliran tunai menggunakan formula untung/rugi di Microsoft Excel

 

Galeri gambar


 

 

 

 

 

 

 

 

 

    1. Asas Keusahawanan: Google Business Profile

Tarikh

: 21 Ogos 2023

Masa

: 12.00 Tengahari- 01.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pelajaran kepada usahawan yang ingin membuat paparan lokasi perniagaan mereka di laman sesawang Google
  • Membuat promosi lokasi perniagaan melalui platform Google dengan percuma
  • Memaparkan lokasi, deskripsi perniagaan, gambar dan juga masa perniagaan beroperasi di laman Google agar komuniti serta orang luar dapat menggunakan maklumat tersebut sebagai panduan di mesin carian Google
  • Mampu berhubung dengan pelanggan, mengemaskini secara harian, menyenaraikan produk dan servis yang disediakan serta berbagai lagi

 

AKTIVITI:

  • Usahawan membuka laman Google Maps dan mendaftar masuk ke dalam akaun Google masing-masing
  • Seterusnya, usahawan diminta untuk mendaftarkan nama-nama perniagaan masing-masing dan menekan butang ‘Next’
  • Melalui peta di Google Maps, usahawan diminta untuk klik di mana kedudukan lokasi perniagaan mereka terletak
  • Akhir sekali, mereka perlu menyatakan antara servis dan produk yang mereka sediakan dalam perniagaan mereka serta mengemaskini masa perniagaan mereka beroperasi

 

Galeri gambar