|
|
Tarikh |
: 23 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendedahkan kepada para peserta mengenai industri kecil dan sederhana
- Memberi jaringan kepada peserta kepada pembekal dan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana
- Memberi sumber inspirasi kepada peserta strategi memulakan dengan modal yang kecil dahulu “Start Small”
- Penerapan elemen keusahawanan kepada para peserta
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka laman sesawang programusahawan.com bagi memudahkan kefahaman para peserta mengenai industri kecil dan sederhana
- Kemudian, petugas memberikan penerangan mengenai objektif program Jejak Usahawan Kecil (IKS)
- Antara modul yang didedahkan kepada peserta iaitu cara mengubah mentaliti usahawan berniaga dan etika berniaga, cabaran sebagai seorang usahawan berjaya, strategi menjadi usahawan sepenuh masa dan juga cara untuk melonjakkan industri IKS ke arah gobalisasi
|
|
Tarikh |
: 22 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendedahkan para usahawan kepada teknikal ilustrasi digital
- Meningkatkan keberhasilan dalam melakukan teknik promosi secara atas talian (online) dan offline
- Usahawan diberi tunjuk ajar mengenai panduan memulakan sesuatu idea dan juga tindakan yang harus diambil untuk menghasilkan ilustrasi digital
- Menerapkan nilai-nilai keusahawanan kreatif dan berinovasi yang tinggi dalam diri para usahawan
AKTIVITI:
- Para usahawan daripada komuniti Ulu Seperi telah hadir menyertai bengkel keusahawanan kreatif dan ilustrasi digital
- Petugas berkongsi serba sedikit kemahiran digital menggunakan aplikasi online seperti TikTok dan Shopee
- Seterusnya, petugas memberi cadangan kepada peserta-peserta untuk terus memuatnaik suntingan imej dan video di sosial media masing-mesing dengan lebih kerap
- Petugas juga berkongsi kepada para peserta mengenai teknik packaging yang menarik sesuai digunakan untuk memasarkan produk yang ditawarkan
|
|
Tarikh |
: 18 September 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Melalui aktiviti brush ninja para peserta dapat menghasilkan lukisan animasi secara online dan dapat menghasilkan lukisan animasi sendiri
- Seterusnya melalui aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran multimedia para peserta iaitu bagi menghasilkan GIF animasi mengikut gaya kreativiti dan idea mereka sendiri
- Melalui aktiviti ini juga dapat merangsang pemikiran para peserta bagi menghasilkan lukisan animasi mengikut idea mereka sendiri
- Para pelajar dan guru mampu melahirkan daya kreativiti yang lebih tinggi dengan mencipta animasi-animasi menarik melalui brush.ninja
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan menaip brush.ninja
- Kemudian, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai ikon-ikon yang erdapat di layout brush.ninja
- Untuk meningkatkan kefahaman para peserta, petugas membuka video di Youtube iaitu “How to make an Animated gif with Brush Ninja”
- Seterusnya, para peserta memulakan aktiviti di Brush Ninja bagi menghasilkan GIF animasi engikut kreativiti dan idea mereka sendiri
|
|
Tarikh |
: 19 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Dapat membina hubungan sosial yang kukuh sesama manusia
- Mampu meningkatkan tahap kecekapan, produktiviti dan kreativiti apabila berganding bahu bekerja bersama pasukan
- Meningkatkan motivasi diri dalam menjayakan sesuatu kerja apabila semangat kerja berpasukan ada dalam diri
- Kerja berpasukan mampu mengurangkan tekanan apabila bebanan kerja dan tanggungjawab dapat dikongsi bersama ahli sepasukan
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan satu sesi bersama komuniti untuk menguji tahap dan kualiti kerja berpasukan dalam kalangan peserta
- Peserta pada awalnya, didedahkan dengan satu video yang dikongsikan melalui YouTube untuk mencapai sesi ‘bonding’ antara pasukan
- Seterusnya, petugas memberi satu tugasan dimana peserta perlu bersama-sama berganding bahu mencapai kata sepakat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
- Peserta yang telah menyiapkan tugasan merupakan contoh kumpulan yang sebulat suara dalam melakukan kerja berpasukan
|
|
Tarikh |
: 17 September 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Dapat menguji kemahiran matematik asas para pelajar secara spontan
- Menarik minat para pelajar untuk mempelajari ilmu hisab dengan lebih mendalam lagi melalui aktiviti permainan G-Math ini
- Para peserta juga dapat melatih diri untuk melakukan kira-kira secara mencongak dengan lebih cekap
- Aktiviti ini juga mampu mencipta persaingan yang sihat antara pelajar
AKTIVITI:
- Petugas memberikan penerangan mengenai permainan G-Math iaitu singkatan daripada perkataan Genius Matematik
- G-Math merupakan aktiviti menguji kemahiran matematik secara spontan dan ia lebih kepada bentuk permainan seperti Sahibba atau Scrabble tapi ianya bukan permainan bahasa atau perkataan tetapi merupakan penyelesaian matematik yang mudah
- Menerusi aktiviti ini peserta perlu mengisi kotak-kotak dengan nombor serta simbol matematik seperti campur, tolak, bahagi, kuasa dua dan sebagainya sehingga membentuk satu persamaan yang betul dan tepat
- Bagi meningkatkan tahap kefahaman, para peserta menonton video di Youtube mengenai Apa itu GMath