1. Asas ICT: Word Search Maker

Tarikh

: 11 November 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif dan seronok untuk dinikmati oleh para pelajar
  • Mengurangkan tekanan yang dialami oleh setiap pelajar dalam menghadapi suasana pembelajaran yang tegang di dalam kelas
  • Memanfaatkan penggunaan permainan yang menyeronokkan sebagai pemangkin pembelajaran di sekolah
  • Agar para pelajar lebih cenderung untuk belajar dalam subjek-subjek di sekolah dan tidak bosan semasa proses PDP

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu permainan atas talian Word Search
  • Permainan cari perkataan atau lebih dikenali dengan Word Search adalah permainan teka teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu
  • Di akhir aktiviti ini, dapat mengajar para peserta untuk sentiasa fokus dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mendapatkan jawapan di dalam aktiviti ini

 

Galeri gambar


 

        1. Soft Skills: Pengertian dan Jenis Personal Hygiene

Tarikh

: 10 November 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memahami pengertian personal hygiene dari segi bahasa dan istilah
  • Membolehkan kebersihan diri terjaga dengan baik agar tubuh tidak mudah terjangkiti virus atau penyakit tertentu
  • Menimbulkan rasa keyakinan diri yang lebih tinggi kerana memiliki penampilan yang lebih rapi dan bersih
  • Menerapkan kebiasaan menjaga kebersihan diri dalam kehidupan seharian tanpa mengira usia seseorang individu

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi mengenai kebersihan diri
  • Petugas memberikan penerangan dan pendedahan kepada peserta mengenai pengertian kebersihan
  • Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan ringkas kepada para peserta manfaat yang akan kita peroleh jika kita mengamalkan kebersihan diri setiap hari
  • Para peserta juga diberikan informasi mengenai jenis-jenis kebersihan diri yang boleh diamalkan seperti kebersihan tangan,kaki dan kuku, kebersihan rambut, kebersihan gigi dan mulut, kebersihan mata, hidung dan telinga

 

Galeri gambar


 

        1. E-Pembelajaran: Hangman Game

Tarikh

: 08 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para peserta kepada platform e-pembelajaran yang tersedia di laman web dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur
  • Dapat melatih para pelajar untuk mempelajari subjek Bahasa Inggeris
  • Kelas yang diadakan adalah untuk menguji tahap kecerdasan para peserta dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
  • Peserta yang tidak meminati subjek Bahasa Inggeris terdorong untuk lebih seronok semasa aktiviti pembelajaran diadakan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memperkenalkan website E-Pembelajaran iaitu Hangman Game
  • Petugas memberikan penerangan mengenai hangman game iaitu merupakan permainan atas talian yang melatih ejaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris
  • Seterusnya aktiviti ini juga membantu mempraktikkan ejaan perbendaharaan Bahasa Inggeris dan dapat meningkatkan penggunaan kosa kata para peserta

 

Galeri gambar


 

        1. STEM iOT: Origami Kapal/Perahu

Tarikh

: 09 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengenal dan memahami teknik dan prinsip asas origami
  • Para peserta dapat mengenal bentuk-bentuk asas ketika melipat kertas
  • Peserta juga dapat menghasilkan origami kapal dan mengutamakan bahasa seni visual seperti unsur seni dan prinsip rekaan
  • Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi penekanan pada seni visual

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu origami kapal dan perahu
  • Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas warna, gam dan juga gunting
  • Seterusnya, petugas membuka Youtube dan meminta para peserta untuk menonton tutorial membuat origami kapal dan perahu
  • Para peserta memulakan aktiviti membuat origami kapal dan perahu mengikut kreativiti masing-masing

 

Galeri gambar


 

        1. Asas ICT: Poster Menarik (Canva)

Tarikh

: 07 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Canva
  • Mengajar peserta untuk menghasilkan poster yang menarik melalui platform mudah iaitu Canva
  • Peserta boleh memanfaatkan platform Canva untuk menyelesaikan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru
  • Peserta juga dapat menambahkan lagi ilmu dalam bidang asas komputer serta multimedia untuk digunakan di masa akan datang

 

AKTIVITI:

  • Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang hadir ke PEDi Ulu Seperi untuk menghasilkan poster dengan menggunakan Canva
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk memuatnaik gambar dari telefon pintar ke aplikasi canva iaitu hanya perlu klik butang Upload Files dan kemudian aplikasi Canva akan terus pergi ke Gallery telefon atau pc
  • Kemudian, petugas juga memberikan tunjuk ajar cara untuk memasukkan text atau tulisan kerana ia merupakan elemen penting sewaktu mencipta sesuatu design bagi poster
  • Petugas juga memberikan pendedahan cara-cara untuk memilih template yang sesuai kerana Canva menyediakan template percuma seperti Facebook cover, Instagram Stories, Instagram Post, Business Card, Poster, Banner dan tujuan lain

 

Galeri gambar