1. STEM iOT: Gases Word Search Games

Tarikh

: 13 November 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mencari perkataan tersembunyi dan tertulis dalam arahan yang tertentu
  • Menguji kemahiran berfikir dan juga tahap fokus para peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah
  • Meransang kecerdasan otak dan juga melatih kesabaran serta mampu meningkatkan pengetahuan tentang dalam matapelajaran Sains
  • Membantu guru mencapai tahap pengajaran yang berkesan dalam proses penyampaian ilmu

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan menaip Gases Word Search Game
  • Permainan ini memerlukan para peserta untuk mencari perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan subjek sains iaitu jenis-jenis gas
  • Para peserta memulakan aktiviti mencari perkataan yang tersembunyi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas

 

Galeri gambar


 

          1. Asas ICT: Word Search Maker

Tarikh

: 11 November 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif dan seronok untuk dinikmati oleh para pelajar
  • Mengurangkan tekanan yang dialami oleh setiap pelajar dalam menghadapi suasana pembelajaran yang tegang di dalam kelas
  • Memanfaatkan penggunaan permainan yang menyeronokkan sebagai pemangkin pembelajaran di sekolah
  • Agar para pelajar lebih cenderung untuk belajar dalam subjek-subjek di sekolah dan tidak bosan semasa proses PDP

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu permainan atas talian Word Search
  • Permainan cari perkataan atau lebih dikenali dengan Word Search adalah permainan teka teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu
  • Di akhir aktiviti ini, dapat mengajar para peserta untuk sentiasa fokus dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mendapatkan jawapan di dalam aktiviti ini

 

Galeri gambar


 

        1. STEM iOT: Origami Kapal/Perahu

Tarikh

: 09 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengenal dan memahami teknik dan prinsip asas origami
  • Para peserta dapat mengenal bentuk-bentuk asas ketika melipat kertas
  • Peserta juga dapat menghasilkan origami kapal dan mengutamakan bahasa seni visual seperti unsur seni dan prinsip rekaan
  • Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi penekanan pada seni visual

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu origami kapal dan perahu
  • Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas warna, gam dan juga gunting
  • Seterusnya, petugas membuka Youtube dan meminta para peserta untuk menonton tutorial membuat origami kapal dan perahu
  • Para peserta memulakan aktiviti membuat origami kapal dan perahu mengikut kreativiti masing-masing

 

Galeri gambar


 

        1. Soft Skills: Pengertian dan Jenis Personal Hygiene

Tarikh

: 10 November 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memahami pengertian personal hygiene dari segi bahasa dan istilah
  • Membolehkan kebersihan diri terjaga dengan baik agar tubuh tidak mudah terjangkiti virus atau penyakit tertentu
  • Menimbulkan rasa keyakinan diri yang lebih tinggi kerana memiliki penampilan yang lebih rapi dan bersih
  • Menerapkan kebiasaan menjaga kebersihan diri dalam kehidupan seharian tanpa mengira usia seseorang individu

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi mengenai kebersihan diri
  • Petugas memberikan penerangan dan pendedahan kepada peserta mengenai pengertian kebersihan
  • Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan ringkas kepada para peserta manfaat yang akan kita peroleh jika kita mengamalkan kebersihan diri setiap hari
  • Para peserta juga diberikan informasi mengenai jenis-jenis kebersihan diri yang boleh diamalkan seperti kebersihan tangan,kaki dan kuku, kebersihan rambut, kebersihan gigi dan mulut, kebersihan mata, hidung dan telinga

 

Galeri gambar


 

        1. E-Pembelajaran: Hangman Game

Tarikh

: 08 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para peserta kepada platform e-pembelajaran yang tersedia di laman web dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur
  • Dapat melatih para pelajar untuk mempelajari subjek Bahasa Inggeris
  • Kelas yang diadakan adalah untuk menguji tahap kecerdasan para peserta dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
  • Peserta yang tidak meminati subjek Bahasa Inggeris terdorong untuk lebih seronok semasa aktiviti pembelajaran diadakan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memperkenalkan website E-Pembelajaran iaitu Hangman Game
  • Petugas memberikan penerangan mengenai hangman game iaitu merupakan permainan atas talian yang melatih ejaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris
  • Seterusnya aktiviti ini juga membantu mempraktikkan ejaan perbendaharaan Bahasa Inggeris dan dapat meningkatkan penggunaan kosa kata para peserta

 

Galeri gambar