1. STEM iOT: Flower Blooming

Tarikh

: 07 Januari 2024

Masa

: 03.00 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari mengenai serat selulosa yang diperbuat daripada kertas
  • Memahami konsep penyerapan melalui liang-liang kecil kertas yang membenarkan kertas mengembang dan membuka lipatan pada kertas
  • Memerhati proses lipatan kelopak bunga yang terbuka perlahan-lahan membentuk bunga yang mekar di dalam air
  • Menggunakan kertas yang berlainan jenis untuk menunjukkan hasil yang berbeza mengikut jenis kertas tersebut

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan perkongsian petugas mengenai cara-cara mencipta Flower Blooming melalui aplikasi YouTube https://www.youtube.com/watch?v=hNs0zZT-cPE
  • Petugas menyediakan alatan seperti kertas, pensel warna, pensel, gunting, mangkuk dan juga air
  • Setelah itu, para peserta mula melukis dan mewarnai bunga-bunga yang telah mereka lakar di atas satu kertas tebal dan satu kertas nipis
  • Bunga-bunga tersebut dilipat dan dimasukkan ke dalam bekas air
  • Para peserta merekodkan masa yang diperlukan untuk bunga-bunga tersebut mekar

 

Galeri gambar


 

                1. Asas ICT: Smart Art Ms Word

Tarikh

: 06 Januari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para peserta dengan penggunaan SMART ART dalam penulisan Microsoft Office Word
  • Memudahkan kerja penulisan dilakukan di dalam Microsoft Office Word
  • Berfungsi menampilkan diagram pada helaian kerja seperti diagram Proses, Kitaran, Hierarki, Hubungan, Matriks, Piramid

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar pengguna di Ulu Seperi untuk mahir menggunakan Smart Art yang wujud di dalam Ms Word
  • Petugas menerangkan fungsi-fungsi Smart Art dan juga masa yang sesuai untuk menggunakan Smart Art Ms Word
  • Seterusnya, para peserta mencuba mencipta diagram ringkas bertajuk ‘Kitaran Hidup Rama-Rama’
  • Mereka menggunakan ikon-ikon yang tersedia di Ms Word dan terlihat semakin mahir dalam menggunakan komputer

 

Galeri gambar


 

                1. Asas ICT: Infografik Canva

Tarikh

: 03 Januari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mencipta grafik info dalam masa yang singkat dengan menggunakan template grafik info di Canva
  • Platform Canva menghasilkan desain yang cantik, padat dan mudah dicerna tanpa perisian rekabentuk yang rumit
  • Dapat membuat data kelihatan lebih menarik dengan carta yang menakjubkan
  • Boleh mencipta pasukan dan bekerjasama antara pasukan dengan mudah

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas ICT mencipta infografik melalui Canva bersama para pelajar di PEDi Ulu Seperi
  • Pertama sekali, petugas meminta setiap pelajar untuk log masuk ke Google menggunakan akaun emel Gmail masing-masing dan mendaftar akaun Canva
  • Seterusnya, para peserta dipinta untuk menekan ikon ‘Create A Design’ di Canva dan memulakan carian template infografik
  • Petugas bersama-sama peserta menghasilkan infografik Canva bertajuk ‘Makanan Seimbang’ mengikut kreativiti masing-masing

 

Galeri gambar


 

                1. E-Pembelajaran: Quiz Games Math

Tarikh

: 04 Januari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan efektif sesuai untuk pelbagai peringkat umur
  • Mengembangkan kemahiran Matematik dan aritmetik (sains tentang nombor yang melibatkan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab)
  • Menyediakan konteks yang menarik di mana kanak-kanak akan menjadi gemar berlatih Matematik
  • Mengurangkan trauma atau pengalaman pahit mereka membuat kira-kira

 

AKTIVITI:

  • Satu sesi pembelajaran subjek Matematik telah diadakan di PEDi Ulu Seperi bersama pelajar di Ulu Seperi
  • Petugas telah berkongsikan laman web permainan Matematik di AdaptedMind
  • Seterusnya, petugas bersama-sama menunjukkan corak dan gaya permainan di AdaptedMind agar peserta tidak salah faham dengan arahan permainan tersebut
  • Para peserta seronok bermain kuiz matematik tersebut melalui laman AdaptedMind kerana ia mempunyai penjelasan sekiranya peserta salah menjawab soalan

 

Galeri gambar


 

                1. E-Pembelajaran: Word Search

Tarikh

: 02 Januari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah
  • Dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan
  • Pelajar dapat merasa keseronokan sambil belajar dengan menjalankan pembelajaran berbentuk permainan
  • Pelajar mampu mencari tahu makna perkataan yang dicari sebelum permainan dimulakan

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan peserta melakukan pendaftaran di kaunter PEDi Ulu Seperi
  • Peserta log masuk ke PC dan membuat carian Word Search di platform Wordwall seperti di pautan https://wordwall.net/ms/resource/19487853/bahasa-english-tahun-1/bahasa-english
  • Petugas meminta para peserta untuk mula serentak untuk mewujudkan suasana persaingan dalam kalangan peserta
  • Peserta yang menjumpai perkataan yang paling banyak dalam masa yang ditetapkan adalah pemenang

 

Galeri gambar