1. Asas Keusahawanan: Basic Shopee Shop

Tarikh

: 22 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuka kedai Shopee secara atas talian dengan bimbingan Rakan Digital di PEDi Ulu Seperi
  • Mempromosikan kegunaan dan fungsi kewujudan PEDi serta petugas PEDi kepada komuniti setempat mampu melatih para usahawan yang ingin berkembang maju
  • Usahawan dapat menambahkan lagi pendapatan mereka dengan menjalankan perniagaan secara atas talian
  • Mewujudkan rasa percaya para usahawan terhadap bimbingan yang diberikan oleh Rakan Digital

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan akaun Shopee kepada para usahawan yang bergiat ingin mengembangkan perniagaan mereka
  • Usahawan yang telah hadir, menggunakan komputer di PEDi untuk mendapatkan pemerhatian dan pembelajaran yang lebih efektif berbanding menggunakan telefon bimbit
  • Usahawan terlebih dahulu telah membawa dokumen yang diperlukan dan dipinta oleh Rakan Digital untuk membuka akaun kedai Shopee
  • Usahawan berjaya mendaftar akaun kedai Shopee mereka dan bercadang untuk terus menggunakan khidmat bimbingan daripada Rakan Digital untuk sesi kelas selanjutnya

 

Galeri gambar