1. Asas Keusahawanan: Mereka Label Sticker

Tarikh

: 15 Februari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar para usahawan mereka desain sticker yang menarik untuk menarik perhatian para pelanggan
  • Mengurangkan kos perbelanjaan pemasaran untuk perniagaan para usahawan
  • Untuk menjenamakan serta mempromosikan produk usahawan-usahawan Ulu Seperi
  • Sebagai taktik pemasaran yang berkesan untuk menarik pelanggan ke bisnes

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas bimbingan rekabentuk label pelekat pada produk para usahawan
  • Para usahawan diberi tunjuk ajar untuk menggunakan platform Canva untuk membuat rekacipta hasil tangan mereka
  • Petugas memberi contoh maklumat yang perlu ada pada pelekat label mengikut kesesuaian sesebuah produk
    • Akhir sekali, petugas juga menyediakan khidmat mencetak label produk mereka tersebut untuk ditampal pada produk jualan

 

Galeri gambar


 

                      1. Soft Skills: Anyam Kertas Berbentuk Ikan

Tarikh

: 15 Februari 2024

Masa

: 03.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendapatkan maklumat motor halus peserta melalui kegiatan menganyam
  • Mengadakan aktiviti yang menyenangkan untuk mengisi waktu lapang dan penghilang kebosanan
  • Meningkatkan tahap kerajinan tangan peserta untuk menghasilkan anyaman
    • Peserta belajar memiliki hobi yang mendatangkan faedah yang memilik nilai jual seperti hiasan dinding, beg, dompet dan sebagainya

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuka video tutorial cara membuat origami ikan dengan mudah dari laman Youtube dengan pautan https://www.youtube.com/watch?v=vv6I5so2nyQ
  • Petugas seterusnya menyediakan kertas, gunting dan juga pensel kepada para peserta
  • Para peserta membuat anyaman origami ikan mengikut tutorial daripada laman Youtube sebentar tadi
    • Akhir sekali, peserta menambahkan corak seperti sirip, sisik, mata dan juga lukisan mulut pada ikan mereka

 

Galeri gambar


 

                      1. Asas ICT: Saving Image Dari Google Image

Tarikh

: 12 Februari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Melatih pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti memuat turun gambar melalui Google Image
  • Memahirkan peserta menggunakan papan kekunci dan juga tetikus dalam proses pembelajaran
  • Menyediakan kemudahan internet untuk membantu peserta mendapatkan gambar dari internet dengan mudah
  • Menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan jaringan internet yang disediakan di PEDi Ulu Seperi

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas asas ICT bersama-sama komuniti di Ulu Seperi untuk menambahkan ilmu kemahiran komputer
  • Pertama sekali, petugas menerangkan intipati kelas yang diadakan pada hari ini
  • Para petugas memberikan tunjuk ajar kepada para peserta cara untuk memuat turun gambar melalui Google Image
  • Akhir sekali, peserta juga diajar menamakan semula imej yang dimuat turun dan disimpan di dalam folder yang dicipta oleh mereka sendiri

 

Galeri gambar


 

                      1. Asas Keusahawanan: Create Business Card (Canva)

Tarikh

: 14 Februari 2024

Masa

: 03.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar usahawan membuat kad perniagaan menggunakan Canva
  • Mendedahkan pengetahuan menyunting gambar dan merekabentuk menggunakan platform Canva
  • Melahirkan usahawan kecil yang tampak lebih profesional dengan mencipta kad perniagaan untuk mereka
    • Mencipta identiti usahawan di Ulu Seperi dengan menghasilkan kad perniagaan

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan sesi merekabentuk kad nama dengan menggunakan Canva
  • Usahawan dibimbing langkah demi langkah cara mencipta kad perniagaan mereka sendiri
  • Usahawan juga diajar untuk mencipta keunikan pada kad perniagaan mereka dengan paparan Kod QR untuk mudah diakses oleh para pelanggan
  • Kod QR tersebut membenamkan kad perniagaan dengan butiran seperti alamat e-mel, nombor telefon dan juga pautan media sosial perniagaan mereka

 

Galeri gambar


 

                      1. Asas ICT: Notes Mind Map (Canva)

Tarikh

: 07 Februari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Membantu menyusun dan mengatur nota dengan lebih efektif dan efisien
  • Mengaitkan hubungan antara topik dan subtopik dalam sesuatu subjek pembelajaran melalui gambaran visual
  • Menghubungkan bit untuk setiap topik dalam membentuk hierarki yang mudah untuk difahami dan diingati
    • Membantu peserta untuk belajar secara visual atau pemerhatian

 

AKTIVITI:

  • Petugas di PEDi Ulu Seperi mengadakan kelas pemantapan asas komputer bersama komuniti di PEDi Ulu Seperi
  • Petugas mengajar para peserta untuk menggunakan platform Canva untuk mencipta peta minda yang menarik
  • Seterusnya, petugas memberikan nota ringkas ‘Rukun Wudhu’ kepada para peserta untuk dijadikan peta minda
    • Para peserta mencipta peta minda mereka sendiri dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas

     

Galeri gambar