|
|
Tarikh |
: 03 April 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: NADI Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar dan membantu peserta untuk membuat jadual kelas dengan cara yang lebih mudah menggunakan portal Canva
- Mewujudkan aturan kehidupan yang lebih teratur dengan mencipta jadual aktiviti seharian
- Meningkatkan kemahiran peserta menyunting dan merekabentuk desain menggunakan Canva
Dapat menghasilkan satu jadual kelas mengikut kreativiti masing-masing hasil pembelajaran bagi sesi kali ini
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan peserta membuka akaun Canva masing-masing di komputer menggunakan e-mel
- Seterusnya, mereka membuat carian ‘Jadual Mingguan’ di ruangan cari Canva
- Peserta memilih templat yang mereka suka untuk memulakan rekabentuk
- Petugas mengajar peserta untuk skrol ke pustaka imej, ikon, ilustrasi dan grafik lain Canva yang direka secara profesional
|
|
Tarikh |
: 17 Mac 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Melatih usahawan dan bakal usahawan mendalami ilmu keusahawanan secara spesifik
- Memberi pemahaman asas mengenai konsep, teknik dan strategi perniagaan dropship dan ejen
- Mendedahkan hala tuju keusahawanan seperti penggunaan aplikasi WhatsApp Business, Instagram, Facebook dan TikTok
- Melatih dan membimbing usahawan untuk menjalankan perniagaan secara konsisten, sistematik dan bersasar
AKTIVITI:
- Petugas memulakan kelas memberi penjelasan mengenai ejen dan juga dropship melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=owtpoiIsOu0
- Seterusnya, petugas juga membuka layar Youtube bertajuk ‘Cara Rekrut 100 Ejen Dengan Sistem Yang Ringkas’ di pautan https://www.youtube.com/watch?v=SirW3z3wJ2U
- Seterusnya, para usahawan juga dipertontonkan dengan tutorial ‘Dropship di Shopee’ melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=pUl3AkQlMGU
- Akhir sekali, para usahawan bersyukur dapat menambahkan ilmu kemahiran keusahawanan mereka untuk digunakan
|
|
Tarikh |
: 14 Mac 2024 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memantapkan kemahiran para usahawan dalam kaedah pemasaran produk mereka
- Belajar menyediakan khidmat penghantaran yang baik seperti memproses penghantaran produk menggunakan penghantaran ekspres
- Usahawan juga dapat belajar melakukan pembungkusan parcel dengan lebih cermat dan kemas
-
- Mempertimbang maklumbalas dan juga mesej daripada pelanggan mengenai kos, pembungkusan dan juga penghantaran produk jualan
AKTIVITI:
- Petugas memperkenalkan kronologi sistem e-dagang kepada para usahawan
- Permulaan kelas, para petugas menjelaskan aspek penghantaran yang baik yang perlu ditawarkan oleh setiap usahawan
- Setelah itu, proses pembungkusan produk juga dititikberatkan oleh petugas kepada usahawan agar wujudnya pemeriksaan kualiti yang memuaskan
-
- Akhir sekali, para usahawan belajar cara-cara untuk menarik minat para pelanggan daripada promosi dan pemasaran jualan
|
|
Tarikh |
: 16 Mac 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Meningkatkan kemahiran para peserta di dalam pengiraan waktu dan masa
- Mengenali tanda dan senggatan minit pada muka jam
- Mampu menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan juga minit
-
- Memahirkan peserta untuk mendalami kemahiran berfikir aras tinggi dan mengaplikasikan pemahaman dalam kehidupan harian
AKTIVITI:
- Pelajar menggunakan laman web Wordwall untuk menyertai kuiz waktu dan masa
- Para pelajar memilih tahap permainan mengikut kesesuaian umur mereka masing-masing
- Mereka menjawab kuiz dengan bersungguh-sungguh sambil mempelajari cara membaca waktu dan masa
-
- Para pelajar belajar mengenai laman web Wordwall yang boleh digunakan untuk tujuan mengulangkaji mata pelajaran Matematik
|
|
Tarikh |
: 12 Mac 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: NaDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Menambah kemahiran pelajar menggunakan tangan dengan membuat bunga daripada tisu.
- Menerapkan sikap kesabaran yang tinggi dan fokus supaya tisu yang digunakan tidak koyak dan para peserta dapat menghasilkan bunga yang cantik.
- Mendedahkan teknik lipatan tisu untuk menghasilkan sekuntum bunga
- Murid belajar menjadi lebih kreatif, cermat dan berhati-hati dalam menyiapkan satu tugasan
AKTIVITI:
- Petugas membuka laman Youtube dan berkongsi tontonan video ‘Cara Membuat Bunga Dari Tisu’ di pautan https://www.youtube.com/watch?v=bE8jFxQKCkA
- Petugas juga telah bersiap menyediakan peralatan seperti tisu, gunting, getah, dan lidi
- Para pelajar mula membuat origami tisu dengan rujukan daripada video yang dikongsikan oleh petugas
-
- Bunga tisu yang siap dihasilkan oleh para pelajar digam bersama lidi dan diletakkan sebagai bunga hiasan di dalam NaDi