1. Soft Skills: Komunikasi Berkumpulan – Cari Gula Dalam Tepung

Tarikh

: 02 Februari 2024

Masa

: 04.30 Petang - 05.30 Petang

Lokasi

: PEDi Felda Titi

Peserta

  • : 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat dalam kalangan peserta
  • Selain itu, sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dengan menunjukkan disiplin yang tinggi
  • Di samping itu, sukaneka ini menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan seronok melakukan aktiviti yang menarik dan produktif
    • Membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan para peserta

 

AKTIVITI:

  • Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan perlu berbaris mengikut kumpulan masing-masing
  • Seterusnya, peserta perlu menunggu arahan daripada pengadil sebelum memulakan pertandingan
  • Peserta memulakan pertandingan setelah pengadil meniup wisel dan terus meluru berlari ke arah gula-gula yang disembunyikan dalam tepung
    • Peserta menggunakan mulut mereka untuk mencari tepung dan dimasukkan ke dalam pinggan yang disediakan

 

Galeri gambar


 

                    1. E-Pembelajaran: Permainan Cari Perkataan Dalam Talian Bertemakan Klik Dengan Bijak

Tarikh

: 02 Februari 2024

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Felda Titi

Peserta

  • : 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memantapkan pengetahuan para peserta terhadap suku kata berkaitan advokasi Klik Dengan Bijak
  • Para peserta mempelajari sesuatu yang baharu dengan mencari perkataan secara atas talian
  • Melatih diri peserta untuk menjadi lebih peka dan cekap serta cakna dengan advokasi Klik Dengan Bijak
  • Memberi pendedahan kepada para peserta kepada program advokasi yang diadakan dengan tarikan permainan yang menarik

 

AKTIVITI:

  • Petugas memulakan permainan dengan memberi keterangan mengenai program advokasi Klik Dengan Bijak kepada para peserta
  • Selepas itu, para peserta ditayangkan dengan pendedahan kepada program Klik Dengan Bijak melalui laman Youtube
  • Para petugas menyediakan laman web permainan cari kata ataupun ‘Word Search Online Games’ untuk menguji para peserta
  • Petugas seterusnya memantau dan memberi tunjuk ajar kepada para peserta sepanjang program diadakan

 

Galeri gambar


 

                    1. STEM iOT:  Kelas Kemahiran Mencongak Melalui Permainan Dart

Tarikh

: 01 Februari 2024

Masa

: 03.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: PEDi Felda Titi

Peserta

  • : 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan kemampuan berhitung para peserta dengan aktiviti mencongak melalui permainan dart
  • Mengajar komuniti untuk berfikir dengan lebih cepat dan juga mempertajam daya fikiran mereka dengan berkesan
  • Mudah untuk diterapkan dan juga dapat menciptakan kebersamaan antara petugas PEDi dan juga komuniti
  • Mampu melatih aspek motorik setiap peserta dengan permainan mencongak

 

AKTIVITI:

  • Petugas menjelaskan tatacara permainan dart kepada para peserta yang mendaftar masuk pertandingan permainan dart
  • Para peserta perlu melempar anak panah kecil ke bahagian-bahagian berbeza di papan yang dinombori dari di sekeliling papan
  • Peserta juga berhati-hati melempar anak panah mereka untuk mendarat sama ada di lingkaran berwarna hijau, merah, kuning, hitam dan juga bullseye
  • Nilai skor yang di mana anak panah itu mendarat dihitung dan dinilai oleh para juri

 

Galeri gambar


 

                    1. E-Pembelajaran: Spelling Bee

Tarikh

: 02 Februari 2024

Masa

: 02.30 Petang - 03.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan kebolehan mengeja di dalam Bahasa Inggeris
  • Mengembangkan tahap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Ulu Seperi
  • Memperkayakan murid dengan pelbagai kosa kata Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan tahap keyakinan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu kemahiran menaip dengan menggunakan aplikasi Spelling Bee
  • Petugas berkongsi laman web https://www.gamestolearnenglish.com/spelling-bee/ kepada peserta yang hadir
  • Peserta seterusnya memulakan sesi pembelajaran menaip dan mengeja dengan betul
  • Spelling Bee digunakan oleh para pelajar sebagai latihan tambahan pemantapan Bahasa Inggeris mereka

 

Galeri gambar


 

                      1. Asas Keusahawanan: Kelas Asas Phonegraphy

Tarikh

: 01 Februari 2024

Masa

: 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi

: PEDi Felda Titi

Peserta

  • : 18 Orang

 

TUJUAN:

  • Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam mengambil gambar atau foto dengan menggunakan telefon pintar
  • Pelajar meneroka fitur dan efek-efek yang terdapat dalam kamera telefon mereka
  • Para pelajar berkeupayaan dalam menghasilkan foto yang lebih berkualiti tinggi dan menarik
    • Mengguna dan mengaplikasikan kemahiran fotografi mereka dalam melakukan sesuatu tugasan

 

AKTIVITI:

  • Kelas asas fongrafi ini diadakan untuk pelajar GIATMARA Jelebu bersama-sama petugas PEDi dan juga Rakan Digital
  • Petugas menjelaskan kepada para pelajar mengenai teknik asas fotografi seperti pengenalan fotografi, kenali kamera dan elemen-elemen fotografi, komposisi fotografi dan juga teknik pencahayaan dalam fotografi
  • Seterusnya, para petugas memberi demo penggunaan ‘lightbox’ dan mempraktikkan penggunaannya kepada para pelajar
    • Di akhir kelas, pelajar perlu membentangkan hasil fotografi yang telah mereka gambarkan di hadapan rakan-rakan

 

Galeri gambar