1. Asas Keusahawanan: Basic Shopee Shop

Tarikh

: 22 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuka kedai Shopee secara atas talian dengan bimbingan Rakan Digital di PEDi Ulu Seperi
  • Mempromosikan kegunaan dan fungsi kewujudan PEDi serta petugas PEDi kepada komuniti setempat mampu melatih para usahawan yang ingin berkembang maju
  • Usahawan dapat menambahkan lagi pendapatan mereka dengan menjalankan perniagaan secara atas talian
  • Mewujudkan rasa percaya para usahawan terhadap bimbingan yang diberikan oleh Rakan Digital

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan akaun Shopee kepada para usahawan yang bergiat ingin mengembangkan perniagaan mereka
  • Usahawan yang telah hadir, menggunakan komputer di PEDi untuk mendapatkan pemerhatian dan pembelajaran yang lebih efektif berbanding menggunakan telefon bimbit
  • Usahawan terlebih dahulu telah membawa dokumen yang diperlukan dan dipinta oleh Rakan Digital untuk membuka akaun kedai Shopee
  • Usahawan berjaya mendaftar akaun kedai Shopee mereka dan bercadang untuk terus menggunakan khidmat bimbingan daripada Rakan Digital untuk sesi kelas selanjutnya

 

Galeri gambar


 

              1. Asas Keusahawanan: Kelas Pemasaran Atas Talian

Tarikh

: 19 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan usahawan kepada strategi pemasaran dan langkah-langkah pemasaran secara atas talian yang tepat
  • Meningkatkan kehadiran sosial organik para usahawan secara atas talian untuk berhubung bersama pelanggan
  • Mempromosikan OHSEM.Ads dan juga Facebook Ads kepada para usahawan untuk digunakan sebagai agen pemasaran
  • Memanfaatkan penggunaan populariti dan juga jaringan kenalan untuk tujuan pemasaran

 

AKTIVITI:

  • Usahawan belajar mengenai ilmu teori dan praktikal tentang cara penghasilan video pemasaran dan promosi secara atas talian
  • Petugas menjelaskan setiap perincian bermula dari proses merancang penceritaan, merakam, menyunting dan akhirnya perkongsian di media sosial
  • Seterusnya, usahawan berpeluang menggunakan komputer di PEDi untuk cuba menghasilkan video pemasaran mereka dengan tunjuk ajar daripada petugas
  • Di akhir kelas, para usahawan yang telah selesai menyediakan video mereka, berkongsi video tersebut di platform media sosial masing-masing

 

Galeri gambar


 

              1. STEM iOT: Kuiz STEM

Tarikh

: 17 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerapkan dan memperkasakan ilmu STEM dalam diri setiap peserta
  • Menguji ketajaman, kebolehan dan keupayaan minda murid dalam bidang STEM
  • Memberi kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan dan pengetahun STEM dalam kehidupan seharian
  • Menambahkan ilmu pengetahuan para peserta di PEDi

 

AKTIVITI:

  • Para peserta telah bersedia lebih awal dihadapan komputer dan menunggu arahan daripada pihak petugas
  • Setelah itu, petugas mengarahkan peserta untuk membuat cari Kuiz STEM iOT di laman Google
  • Petugas menunjukkan kepada peserta kuiz yang dicadangkan untuk peserta selesaikan mengikut tahap usia peserta
  • Akhir sekali, para peserta berjaya menyelesaikan kuiz-kuiz yang dimainkan dalam tempoh masa yang ditetapkan

 

Galeri gambar


 

              1. Asas Keusahawanan: TikTok Shop

Tarikh

: 18 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Melatih para usahawan membuka kedai atas talian menggunakan TikTok Shop
  • Usahawan belajar daripada petugas Rakan Digital cara mendaftar akaun kedai TikTok dengan betul
  • Rakan Digital dapat berkongsi ilmu dan juga mengembangkan jaringan kenalan bersama komuniti Ulu Seperi
  • Usahawan mempelajari langkah-langkah yang jelas dan padat cara menambahkan produk dan juga tetapan akaun kedai TikTok secara percuma

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar cara membuka akaun kedai TikTok kepada para usahawan
  • Petugas membuka komputer untuk setiap usahawan bagi memudahkan urusan capaian rangkaian internet dan pendaftaran akaun di TikTok
  • Seterusnya, para usahawan membuka video yang disarankan oleh petugas untuk membuka akaun kedai TikTok sebagai rujukan agar tiada kesilapan semasa pendaftaran dilakukan
  • Rujukan video membuka akaun kedai TikTok boleh di layari di pautan https://www.youtube.com/watch?v=0-i4zsPgjGs

 

Galeri gambar


 

            1. STEM iOT: Kelas Microbit

Tarikh

: 15 Disember 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar peserta di PEDi Ulu Seperi mengenai microbit yang terdapat dalam asas rekabentuk dan teknologi
  • Memperkenalkan apa itu microbit dan kegunaannya dalam aktiviti seharian
  • Menjelaskan Makecode yang digunakan untuk membuat asas pengaturcaraan menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan memperkenalkan reka bentuk program serta sumber yang terdapat pada laman Future Skills for All
  • Petugas juga telah bersedia dengan bahan-bahan yang diperlukan seperti komputer, set micobit, fon kepala, laman MakeCode, Laman Future Skills for All dan juga kod kelas unik
  • Petugas telah melakukan semakan sebelum memulakan kelas dengan menyelesaikan beberapa cabaran dan tugasan yang diberikan
  • Para peserta menonton video dan membaca nota tambahan sebelum menyelesaikan cabaran atas talian

 

Galeri gambar