1. Asas ICT: Cara Gantian MyKad (JPN) Online

Tarikh

: 05 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui pautan https://www.jpn.gov.my/my/
  • Memudahkan kerja dan menjimatkan masa komuniti daripada menghadirkan diri ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Peserta boleh membuat semakan status permohonan untuk mengetahui samada MyKad telah siap untuk dikutip di JPN ataupun belum secara atas talian
  • Sistem juga menyediakan empat jenis gantian iaitu MyKad hilang, MyKad rosak, cip MyKad rosak serta menaiktaraf cip sedia ada

 

AKTIVITI:

  • Pemohon mengakses laman web melalui pautan https://www.jpn.gov.my/
  • Seterusnya, pemohon memohon gantian bagi MyKad dan terus melakukan pendaftaran akaun baru untuk meneruskan proses selanjutnya
  • Pemohon belajar memohon gantian MyKad dengan mengisi maklumat pemohon dan memilih jenis penggantian yang ingin dijalankan
  • Akhir sekali, pemohon meneruskan proses pembayaran menggunakan perbankan atas talian

 

Galeri gambar


 

          1. Asas ICT: Tawaran Kredit eMadani RM100

Tarikh

: 04 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan kepada komuniti, cara-cara untuk menuntut tawaran kredit eMadani RM100 melalui aplikasi Setel, Shopee, MAE dan juga TNG eWallet
  • Membantu komuniti memahami langkah-langkah melakukan tuntutan mengikut aplikasi yang diinginkan
  • Memudahkan kerja komuniti mempelajari ilmu ICT sekaligus mendapatkan tuntutan kredit RM100 secara atas talian

 

AKTIVITI:

  • Komuniti telah hadir ke PEDi untuk sesi menuntut tawaran kredit eMadani berjumlah RM100
  • Petugas mengajar komuniti menggunakan aplikasi yang tersedia di telefon pintar mereka untuk melakukan permohonan
  • Permohonan yang telah dilakukan adalah melalui aplikasi yang dipilih oleh komuniti sendiri iaitu Setel, MAE. Shopee dan juga TNG eWallet
  • Komuniti mempelajari cara melakukan pendafataran tuntutan sehingga berjaya

 

Galeri gambar


 

          1. Asas ICT: Melukis Bendera Malaysia Digital (Powerpoint)

Tarikh

: 02 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Menunjukkan cara-cara asas untuk melukis bendera Malaysia menggunakan Microsoft Powerpoint
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan mahir menggunakan Microsoft Powerpoint
  • Pelajar dapat belajar mengenai Microsoft Powerpoint yang mampu mencipta desain menarik selain menyediakan pembentangan kerja
  • Meningkatkan kemahiran para pelajar menggunakan komputer

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas bersama peserta cilik di bilik latihan PEDi Ulu Seperi
  • Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai saiz bendera dan juga ukuran setiap lukisan yang terdapat dalam bendera Jalur Gemilang
  • Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk membuka aplikasi Microsoft Powerpoint dan mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh petugas
  • Petugas bersama-sama mendidik dan membantu peserta dalam menghasilkan lukisan bendera mereka dengan jaya

 

Galeri gambar


 

          1. E-Pembelajaran: Cari Objek Tersembunyi

Tarikh

: 03 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan peserta kepada laman web e-pembelajaran di pautan https://wordwall.net/ms/resource/18695791/cari-benda-tersembunyi-moral-tahun-1unit-8
  • Peserta dapat melatih kaedah pemerhatian, dimana peserta perlu memberi fokus sepenuhnya mencari objek tersembunyi
  • Menarik minat peserta untuk mengunjungi PEDi dan menggunakan komputer
  • Peserta dapat belajar menggunakan tetikus semasa memadankan senarai objek-objek yang tersembunyi

 

AKTIVITI:

  • Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms/resource/18695791/cari-benda-tersembunyi-moral-tahun-1unit-8 untuk memudahkan peserta
  • Peserta bersedia untuk bermain permainan mencari objek yang tersembunyi
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memadankan senarai objek kepada gambar yang telah dijumpai
  • Peserta dapat belajar menggunakan tetikus dengan lebih mahir dan juga mengenali objek yang tersembunyi mengikut padanan nama

 

Galeri gambar


 

          1. E-Pembelajaran: Kuiz Bahasa Melayu

Tarikh

: 01 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan laman web Kuiz Online SK di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kuizonline/quizizz/bahasa-melayu kepada pelajar sekolah rendah
  • Memanfaatkan masa para pelajar yang menggunakan komputer di PEDi untuk tujuan pembelajaran
  • Meningkatkan prestasi para pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu melalui kuiz atas talian
  • Menanam sifat rajin untuk mempelajari dan mendalami ilmu Bahasa Melayu

 

AKTIVITI:

  • Peserta melayari laman web https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kuizonline/quizizz/bahasa-melayu dan memilih tahap mengikut kemampuan diri masing-masing
  • Seterusnya, peserta menjawab kuiz yang terpapar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan skor yang tinggi
  • Setelah menjawab kuiz tersebut, terdapat peserta yang juga mencuba meningkatkan tahap kuiz tersebut untuk mencabar diri mereka sendiri
  • Di akhir kelas, peserta berasa seronok dapat mempelajari subjek Bahasa Melayu dengan mudah dan percuma

 

Galeri gambar