1. E-Pembelajaran: Bahasa Melayu Sinonim & Antonim (ABC Thesaurus)

Tarikh

: 01 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para pelajar sekolah rendah kepada laman web ABC Thesaurus
  • Melatih peserta mempelajari subjek Bahasa Melayu bertopik Sinonim dan Antonim dengan lebih mendalam
  • Pelajar dapat menguasai dan menambah kosakata dalam aktivti pembelajaran
  • Peserta juga dapat melatih diri menaip dan menggunakan komputer dengan lebih produktif

 

AKTIVITI:

  • Terdapat tiga orang peserta telah menghadiri kelas Bahasa Melayu Sinonim & Antonim menggunakan ABC Thesaurus
  • Petugas membuka laman web ABC Thesaurus dan mendapati para peserta turut mengikuti langkah yang sama
  • Seterusnya, para peserta mencari makna perkataan seperti ‘cantik’ dan membaca sinonim serta antonim bagi perkataan tersebut
  • Di akhir kelas, para pelajar bersetuju dapat menggunakan platform ABC Thesaurus dengan baik untuk menyelesaikan tugasan sekolah

 

Galeri gambar


 

      1. Asas Keusahawanan: Keusahawanan Digital 

Tarikh

: 21 Oktober 2023

Masa

: 02.00 Petang - 03.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan usahawan kepada penerimaan dan keterbukaan yang luas terhadap trend beli-belah dalam talian
  • Usahawan mampu membangunkan pelbagai bentuk kandungan yang boleh digunakan secara dalam talian seperti e-buku dan video
  • Teknik e-dagang seperti pemasaran affiliate juga dikongsikan agar usahawan dapat mempromosi produk pihak ketiga dan menerima komisen bagi setiap jualan
  • Mereka juga belajar untuk menyediakan pelan perniagaan digital demi kelangsungan dan pengembangan perniagaan sesuai dengan permintaan pelanggan

 

AKTIVITI:

  • Petugas memujuk usahawan di Ulu Seperi untuk memanfaatkan ekonomi digital sebagai norma baru dalam perniagaan
  • Keusahawanan digital ini merujuk kepada penciptaan sesuatu baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada menggunakan teknologi digital terkini
  • Usahawan menggunakan paltform media sosial sebagai tenaga penggerak untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional
  • Para peserta yang telah hadir mempelajari ilmu keusahawanan digital akan menerapkan ilmu tersebut dalam aktiviti perniagaan mereka

 

Galeri gambar


 

      1. Asas Keusahawanan: Kemahiran Bernegosiasi

Tarikh

: 20 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mampu meningkatkan keyakinan diri dengan mempeajari teknik negosiasi yang betul untuk menolak dan juga menerimas sesuatu produk
  • Dapat membina komunikasi yang matang dalam urusan jual beli antara penjual dan juga pembeli
  • Usahawan juga dapat menhawasi penggunaan bahasa yang betul dalam urusan rundingan seperti kata ganti nama diri dan panggilan, ayat pujian yang profesional dan ayat penidakan yang tidak disedari
  • Bertujuan mendedahkan usahawan untuk belajar bernegosiasi secara atas talian

 

AKTIVITI:

  • Usahawan yang telah hadir ke PEDi Ulu Seperi telah diberi ajaran untuk bernegosiasi dalam menjalankan perniagaan
  • Petugas mengajarkan kepada usahawan cara-cara yang betul untuk menjalankan negosiasi secara atas talian memandangkan norma baru perniagaan dijalankan secara digital
  • Antara negosiasi atas talian yang diajarkan adalah negosiasi melalui medium popular seperti Whatsapp, Facebook, TikTok dan juga Instagram
  • Usahawan mendapat kemahiran baru dalam teknik bernegosiasi untuk menolak sesuatu kepada para pelanggan

 

Galeri gambar


 

      1. Asas Keusahawanan: Seminar Pemasaran Digital OHSEM 

Tarikh

: 21 Oktober 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Bertujuan mendedahkan usahawan kepada platform digital bagi tujuan pemasaran produk
  • Mengajar usahawan mencipta kombinasi optimal melalui pemasaran di Google dan laman media sosial dengan laman kandungan premium
  • Menjelaskan definisi ‘laman kandungan premium’ kepada para usahawan
  • Memberi peluang kepada usahawan untuk mengenali OHSEMAds.com dan menggunapakai platform pemasaran digital yang disediakan oleh AI

 

AKTIVITI:

  • Kelas yang diadakan bermula pada jam 10 pagi dan hos iaitu Encik Ashran Ghazi menantikan penyertaan daripada setiap peserta di awal kelas
  • Encik Ashran berkongsi ilmu bersama para usahawan berdaftar mengenai iklan-iklan pemasaran yang boleh membantu mencapai target melalui REV Ads Manager
  • Encik Ashran juga menjelaskan kepada peserta untuk menghasilkan laman kandungan premium
  • Di akhir seminar, Encik Ashran membuka ruang kepada para usahawan untuk sesi soal jawab

 

Galeri gambar


 

      1. Soft Skills: Teknik Penulisan Cover Letter

Tarikh

: 17 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Mendidik para belia di Ulu Seperi untuk membiasakan diri menghantar resume mereka besertakan dengan cover letter yang menyatakan informasi lanjut dengan lebih terperinci
  • Mencipta ‘sales pitch’ yang baik untuk memberitahu bakal majikan tentang kemahiran dan pengalaman mereka sebagai dokumen sokongan
  • Melatih para belia untuk tampak lebih profesional dengan penjelasan formal kemampuan diri dan jawatan yang dilamar untuk bekerja
  • Menjelaskan kepada belia bahawa bakal majikan akan dapat sedikit gambaran singkat mengenai diri calon yang ingin direkrut

 

AKTIVITI:

  • Petugas mendedahkan para belia yang pernah belajar menyediakan resume di PEDi Ulu Seperi kepada penulisan cover letter
  • Ini adalah kerana, cover letter dapat membantu memberi rujukan kepada bakal majikan mengenai kriteria seseorang calon
  • Peserta belajar menaip maklumat-maklumat diri mereka dengan kemas dan mengikut kronologi agar mudah untuk difahami oleh bakal majikan kelak
  • Petugas sentiasa memberikan tunjuk ajar dan idea penulisan kepada para belia yang menyediakan cover letter untuk disertakan bersama-sama resume mereka semasa memohon sesebuah pekerjaan

 

Galeri gambar