1. Asas ICT: Latihan Penyelenggaraan Komputer

Tarikh

: 06 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan asas penyelenggaraan komputer kepada komuniti di PEDi Ulu Seperi
  • Komuniti didedahkan kepada komponen-komponen komputer seperti Motherboard, CPU, PSU, RAM, HDD beserta fungsi mereka
  • Memberi tunjuk ajar secara amali untuk membantu proses pemahaman terhadap teori-teori yang telah dikongsi
  • Ilmu yang diperolehi mampu membantu setiap komuniti untuk lebih memahami serta membantu mengendalikan komputer mereka dengan lebih baik kelak

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada komponen-komponen komputer
  • Kebanyakan komuniti telah mengenali komponen-komponen yang terdapat pada komputer dan bagaimana komponen-komponen tersebut berfung
  • Walaubagaimanapun, terdapat beberapa komuniti mengakui bahawa mereka mempelajari benda baharu mengenai fungsi-fungsi sesebuah komponen
  • Petugas memaparkan satu video sebagai perkongsian kepada komuniti cara-cara yang betul untuk menyelenggara komponen komputer dan juga kekerapan penyelenggaraan yang perlu dijalankan pada sesebuah komputer

 

Galeri gambar


 

      1. Asas ICT: Kelas Literasi Komputer

Tarikh

: 05 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar peserta untuk menyediakan pembentangan mengikut kreativiti mereka yang tersendiri
  • Peserta belajar membuat pembentangan Powerpoint yang bertajuk ‘Kereta Idaman Saya’ untuk menguji tahap literasi komputer mereka
  • Peserta juga dapat belajar memuat turun gambar dan mengaplikasikannya kedalam pembentangan masing-masing agar pembentangan tampak lebih menarik
  • Para peserta dapat memahami teknik baharu membuat pembentangan dalam komputer agar tampak lebih profesional

 

AKTIVITI:

  • Petugas ingin menguji tahap kecekapan para pengguna yang hadir menggunakan komputer di PEDi Ulu Seperi
  • Oleh itu, pengguna diberikan tugas untuk menghasilkan satu pembentangan Powerpoint yang menarik bertajuk ‘Kereta Idaman Saya’
  • Pembentangan yang perlu dihasilkan adalah dalam tempoh masa yang terhad iaitu selama satu jam
  • Di akhir kelas, para pengguna terbukti telah sedikit mahir dalam penggunaan komputer dan juga platform Powerpoint tanpa memerlukan pertolongan para petugas

 

Galeri gambar


 

      1. Asas ICT: Pros & Cons Penggunaan Emel

Tarikh

: 02 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • :  Orang

 

TUJUAN:

  • Pengguna mampu membuat perbezaan antara kebaikan dan keburukan penggunaan emel di laman web
  • Mencipta komunikasi yang lebih cepat antara pengguna emel dan urusan kerja akan menjadi lebih cekap serta produktif
  • Kebaikannya juga adalah untuk melengkapkan penghantaran maklumat dalam tempoh yang pantas serta kos yang percuma
  • Pengguna emel juga perlu mengambil tahu bahawa maklumat yang dihantar atau diterima melalui emel adalah kurang privasi

 

AKTIVITI:

  • Komuniti Ulu Seperi didedahkan dengan kebaikan serta keburukan penggunaan e-mel dalam kehidupan seharian
  • Petugas menyediakan pembentangan dokumen yang telah dimuat turun melalui platform SlideShare di internet
  • Komuniti yang hadir ke kelas pendedahan kebaikan dan keburukan menggunakan e-mel telah mengambil masa membaca dan memahami intipati dokumen tersebut
  • Petugas juga menerangkan kandungan dokumen yang tidak dapat difahami oleh pembaca dengan menjawab setiap soalan yang diajukan oleh komuniti terlibat

 

Galeri gambar


 

      1. E-Pembelajaran: Idea Powerpoint Menarik

Tarikh

: 03 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Powerpoint dapat menghasilkan paparan yang menarik dengan kombinasi warna dan muzik yang tepat yang mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan
  • Mampu memotivasi murid menjadi aktif dengan melakukan interaksi dua hala dalam aktiviti pembelajaran
  • Powerpoint juga membantu murid-murid yang lemah untuk belajar mengikut daya keupayaan mereka yang tersendiri
  • Cara ini juga membantu meningkatkan tahap kefahaman murid dengan penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog dalam Powerpoint

 

AKTIVITI:

  • Peserta-peserta yang hadir adalah terdiri daripada para pelajar yang terdapat di Ulu Seperi
  • Petugas telah berkongsi video pendek kepada para pelajar mengenai cara-cara menyediakan slaid Powerpoint yang menarik hanya dengan menggunakan templat asal daripada Microsoft Powerpoint
  • Peserta mencuba mengaplikasikan ilmu melalui video yang telah ditonton sebentar tadi bersama-sama petugas
  • Peserta berpuas hati dengan pembentangan yang telah terhasil, berkat daripada video pendek yang dikongsikan oleh petugas kepada para pelajar

 

Galeri gambar


 

      1. E-Pembelajaran: 10 Fast Fingers

Tarikh

: 01 Oktober 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para pelajar sekolah rendah kepada asas komputer
  • Melatih peserta menaip dan penggunaan papan kekunci melalui kelas ujian menaip di laman web 10 fast fingers
  • Peserta dapat mengenal dan terbiasa dengan kedudukan alphabet di papan kekunci
  • Peserta juga dapat melatih diri menaip dengan lebih pantas mengikut masa yang telah ditetapkan oleh laman web 10 fast fingers

 

AKTIVITI:

  • Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di Kampung Ulu Seperi telah menghadiri latihan menaip menggunakan komputer dengan lebih cekap melalui laman web 10 fast fingers
  • Seterusnya, pelajar membuka laman web tersebut dan membuat pilihan bahasa yang ingin ditaip
  • Mereka memulakan kelas dengan menaip perkataan berbahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu yang terpapar di skrin komputer
  • Tahap kecekapan pelajar yang menghadiri kelas ini telah bertambah pada setiap ujian menaip yang diselesaikan mengikut had masa laman web 10 fast fingers

 

Galeri gambar