1. Asas Keusahawanan: E-Dagang @ TikTok

Tarikh

: 21 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Aplikasi TikTok mempunyai ciri-ciri yang selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini
  • Maklumat-maklumat yang disiarkan di dalam aplikasi tersebut juga sangat cepat menjadi tular
  • TikTok bukan sahaja memaparkan video dan maklumat terkini. TikTok juga sesuai untuk tujuan perdagangan serta perniagaan secara atas talian

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengajar cara meningkatkan pengikut ataupun ‘followers’ di TikTok
  • Seterusnya, petugas mengajar komuniti merekod dan menyunting video menggunakan fitur-fitur yang tersedia di aplikasi TikTok
  • Pada kelas yang lepas, peserta telah belajar cara membuka akaun ‘affiliate’. Pada kelas kali ini, peserta didedahkan dengan pulangan pendapatan yang mampu dijana oleh penjual di TikTok
  • Petugas menjelaskan fakotr yang mempengaruhi pendapatan di TikTok adalah berdasarkan pengikut, hadiah yang diterima berserta jumlah komisen yang dijanjikan oleh affiliate akaun mereka
  • Secara amnya, pendapatan dan pulangan duit terhadap penjual-penjual TikTok adalah agak fleksibel dan tidak tetap

 

Galeri gambar


 

  1. Soft Skills: Membuat Kolaj Menggunakan Kertas

Tarikh

: 20 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mampu mengembangkan daya imaginasi di antara pelajar
  • Mampu meningkatkan daya intuisi mereka sendiri
  • Pelajar juga dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka

 

AKTIVITI:

  • Petugas mencetak gambar yang sesuai dan menarik agar peserta dapat menampal cebisan kertas warna pada gambar tersebut
  • Petugas menjelaskan kepada peserta bahawa kertas warna yang dipilih hendaklah sesuai dengan gambar. Contohnya, buah nanas berwarna kuning atau oren. Jadi, peserta perlu memilih kertas warna yang berwarna seperti tersebut
  • Seterusnya, peserta diajar untuk membuat cebisan-cebisan kecil daripada kertas warna tersebut agar mudah untuk ditampal kepada gambar
  • Cebisan-cebisan kecil itu ditampal dengan kemas menggunakan gam, mengikut gambar yang telah dicetak dan terhasillah kolaj yang cantik dan kemas

 

Galeri gambar


 

  1. STEM iOT: Pinterest

Tarikh

: 18 Ogos 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Pinterest diajarkan kepada peserta kerana dapat menambah inspirasi dan idea dalam menyediakan sesuatu projek
  • Peserta boleh menyimpan idea-idea yang menarik, resepi, artikel serta desain-desain menarik yang akan digunakan dikemudian hari di tab ‘bookmark’
  • Memiliki gambar-gambar yang berkualiti tinggi dan tidak kabur yang boleh digunakan dalam membina slaid dan apa sahaja bentuk rekaan grafik

 

AKTIVITI:

  • Para peserta diajar untuk membuka laman web pinterest bagi mendapat gambar yang berkualiti tinggi dan jelas
  • Seterusnya, petugas mengajarkan cara untuk pelajar memuat turun gambar dengan hanya menekan pada ‘save image’ melalui laman Pinterest
  • Gambar yang telah dimuat turun boleh didapati di bahagian storan PC iaitu di tab ‘Downloads’
  • Gambar-gambar yang dimuat turun tersebut telah disunting dan disimpan dalam satu dokumen Microsoft Word bagi tujuan cetakan

 

Galeri gambar


 

  1. STEM iOT: Latihan Dan Aktiviti STEM

Tarikh

: 19 Ogos 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari Sains dengan lebih mendalam dengan mengikuti kelas STEM IOT yang diadakan d PEDi Ulu Seperi
  • Menguasai latih tubi Sains Tahun 2 dengan menyelesaikan kuiz-kuiz Sains secara atas talian
  • Membantu peserta berfikir dengan pantas berikutan masa yang ditetapkan pada setiap bahagian soalan

 

AKTIVITI:

  • Petugas mendapati peserta ingin menguasai subjek Sains Tahun 2
  • Peserta mendaftar masuk ke komputer yang ingin digunakan dan bertanya bagaimana dia ingin mendapatkan latihan secara atas talian
  • Petugas seterusnya membuka satu laman web untuk peserta mudah mendapat akses kepada latihan yang disediakan di laman internet
  • Akhir sekali, peserta berpuas hati dapat menyelesaikan latihan Sains Tahun 2 secara atas talian melalui kemudahan yang disediakan di internet

 

Galeri gambar


 

    1. E-Pembelajaran: Kiraan Kos Bulanan Bil Elektrik Melalui Kalkulator Bil di Portal MyTNB

Tarikh

: 15 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar komuniti cara memahami bil elektrik yang tiba di tempat tinggal mereka
  • Mempelajari bahawa bil elektrik bukan sahaja memaparkan jumlah pembayaran bulanan elektrik tetapi juga memaparkan informasi-informasi yang boleh membantu komuniti memahami penggunaan elektrik
  • Mengajar komuniti mengira kos penggunaan bulanan elektrik mereka menggunakan maklumat yang tersedia di bil mereka

 

AKTIVITI:

  • Komuniti diajar untuk mengira penggunaan tenaga sahaja, caj lain seperti 1% pembayaran lewat, 1.6% Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (Dana RE), surcaj faktor kuasa, penalti caj beban bersambung (CLC) adalah tidak termasuk
  • Komuniti juga dijelaskan bahawa pengiraan ini adalah tidak termasuk rebat, diskaun atau insentif tarif khas seperti Off Peak Tariff Ride (OPTR)
  • Melalui pautan https://www.mytnb.com.my/residential/understand-your-bill/bill-calculator, petugas meminta peserta mengisi jumlah penggunaan (kWj) seperti yang terpapar di bil elektrik mereka kedalam kalkulator yang disediakan di portal MyTNB
  • Seterusnya, peserta juga mengisi data Tarif Elektrik Hijau (kWj) kedalam kalkulator dan menekan butang ‘Calculate Bill’. Jumlah bil bulanan komuniti akan terpapar setelah pengiraan automatik selesai dilakukan

 

Galeri gambar