STEM IOT: Mengenal Tubuh Dan Deria

Tarikh

: 14 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Para peserta dapat mengenal bahagian badan ma;ahan mereka juga dapat mengaitkan dengan fungsi dan deria rasa yang terlibat
  • Permainan deria dapat meningkatkan hubungan saraf di dalam otak dan membantu perkembangan kognitif
  • Dapat membantu perkembangan kemahiran motor halus para peserta
  • Membantu kanak-kanak meneroka dan belajar tentang alam sekeliling

 

AKTIVITI:

  • Para peserta diberikan pendedahan mengenai bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria yang berkenaan
  • Para peserta dapat menyatakan bahagian tubuh manusia melalui perbincangan dengan petugas
  • Menghubungkait bahagian tubuh manusia dengan deria yang berkenaan dengan menjalankan aktiviti yang besesuaian dengan para peserta

 

Galeri gambar


 

Soft Skills: Resume Writing

Tarikh

: 11 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari bahawasanya penulisan profil diri sangat penting untuk meyakinkan pihak majikan dalam menjalani sesuatu proses temuduga
  • Peserta dapat menunjukkan kemampuan serta bakat mereka dengan memberikan gambaran keseluruhan pengalaman sesorang dalam dunia pekerjaan
  • Peserta boleh menghasilkan resume yang kemas, ringkas, padat dan berinformasi bagi mendapatkan peluang temuduga dengan majikan yang dikehendaki

 

AKTIVITI:

  • Peserta telah menyertai kelas seawal jam 10.45 pagi di PEDi Ulu Seperi
  • Host berkongsi pengenalan mengenai ‘resume’ dan perbezaan antara ‘resume’ dan ‘curriculum vitae’
  • Peserta juga telah mencatat beberapa nota ringkas berikutan kelas yang disertai ini
  • Peserta memahami komponen yang diperlukan dalam membina ‘resume’ yang menarik dan padat untuk dihantar kepada pihak majikan dikemudian hari

 

Galeri gambar


 

STEM IOT: Kenali Nombor Bersama Sudoku

Tarikh

: 10 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Permainan Sudoku dapat menjadikan minda para peserta menjadi lebih cerdas serta akan mengasah minda para peserta
  • Para peserta akan mula berfikir dan akan berusaha untuk menyelesaikan aktiviti Sudoku dan secara tidak langsung dapat mencungkil kemahiran berfikir para peserta
  • Dapat meningkatkan tahap konsentrasi para peserta bagi menyelesaikan sudoku

 

AKTIVITI:

  • Pelajar yang menghadiri kelas di PEDi Ulu Seperi telah menyertai permainan Sudoku di laman web https://sudoku.com/
  • Pelajar memilih permainan peringkat mudah terlebih dahulu sebagai permulaan pemanasan minda bagi memahami konsep permainan tersebut dengan bimbingan daripada pet
  • Seterusnya, pelajar mencuba peringkat sederhana pula bagi mencabar daya pemikiran mereka setelah selesai memahami konsep permainan tersebut di peringkat mudah
  • Setiap tahap permainan adalah dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas di Ulu Seperi agar pelajar dapat memahami kelas tersebut

 

Galeri gambar


 

E-Learning: Rekabentuk Poster Awal Muharram PosterMyWall

Tarikh

: 10 Julai 2023

Masa

: 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • :  2 Orang

 

TUJUAN:

  • Membangunkan alat pengujian pencapaian menggunakan aplikasi PosterMyWall untuk membina poster
  • Mengenal pasti perbezaan penggunaan aplikasi PosterMyWall dan juga aplikasi Canva
  • Mewujudkan pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru sebagai alat merekabentuk pada abad ini iaitu dengan pembelajaran aplikasi yang menarik

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan peserta membuka laman web PosterMyWall dan mendaftar masuk akaun sebagai pengguna
  • Petugas menerangkan kepada pelajar bahawa aplikasi ini boleh digunakan oleh guru-guru bagi menyediakan pelbagai poster menarik
  • Seterusnya, petugas mancabar kedua-dua peserta untuk mencipta satu poster Sempena Sambutan Awal Muharram 1445H
  • Akhir sekali, peserta seronok dapat menggunakan platform PosterMyWall bagi mrekabentuk poster yang menarik sempena Awal Muharram

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Virus Perisian Komputer

Tarikh

: 06 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan virus sebagai ancaman keselamatan komputer kepada peserta PEDi Ulu Seperi
  • Menjelaskan ancaman virus mampu memusnahkan sesebuah program atau keseluruhan sistem komputer yang dipakai
  • Mendedahkan kepada peserta cara-cara untuk sentiasa menyemak dan mengemaskini antivirus komputer agar dapat mengelakkan daripada ancaman virus

 

AKTIVITI:

  • Pertama sekali, kelas dimulakan dengan memperkenalkan asal usul virus serta sejarah kedatangan virus yang pertama yang muncul dihasilkan oleh seorang penggodam
  • Seterusnya, peserta mempelajari jenis-jenis virus yang boleh didapati dalam rangkaian komputer beserta tanda-tanda yang ditunjukkan oleh komputer yang dijangkiti virus
  • Setelah memahami jenis-jenis dan tanda-tanda virus menjangkiti komputer, peserta seterusnya diajar cara-cara untuk mencegah ancaman-ancaman virus daripada membelenggu sistem komputer
  • Peserta juga diingatkan untuk sentiasa mengemaskini komputer menggunakan Windows Defender dan juga memasang perisian-perisian antivirus seperti McAfee, Kaspersky, Avira, Trend Micro, Avast, ESET, BitDefender dan Noron

 

Galeri gambar