Soft Skills: Business Etiquette And Personal Grooming

Tarikh

: 21 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari mengenai kekemasan diri, kebersihan, bau badan, pemilihan pemakaian dan aksesori dan postur badan
  • Mengetahui bahawa cara pemakaian dan kekemasan diri akan mempengaruhi pandangan seseorang terhadap diri kita semasa panggilan temuduga
  • Etika bisnes dan kekemasan diri yang baik dapat meningkatkan imej yang profesional dan keyakinan diri yang tinggi

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan peserta log masuk kedalam pautan mesyuarat yang telah diberikan di emel PEDi Ulu Seperi
  • Seterusnya, pengajar memperkenalkan diri kepada para peserta dan memulakan kelas dengan menarik perhatian peserta untuk mempelajari etika dalam perniaga berserta persiapan diri
  • Pengajar telah menunjukkan contoh-contoh pemakaian yang baik dan kemas dan posisi kedudukan yang betul semasa ditemuduga

 

Galeri gambar


 

Soft Skills: Resume Writing

Tarikh

: 20 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari bahawasanya penulisan profil diri sangat penting untuk meyakinkan pihak majikan dalam menjalani sesuatu proses temuduga
  • Peserta dapat menunjukkan kemampuan serta bakat mereka dengan memberikan gambaran keseluruhan pengalaman sesorang dalam dunia pekerjaan
  • Peserta boleh menghasilkan resume yang kemas, ringkas, padat dan berinformasi bagi mendapatkan peluang temuduga dengan majikan yang dikehendaki

 

AKTIVITI:

  • Peserta telah menyertai kelas seawal jam 10.45 pagi di PEDi Ulu Seperi
  • Host berkongsi pengenalan mengenai ‘resume’ dan perbezaan antara ‘resume’ dan ‘curriculum vitae’
  • Peserta juga telah mencatat beberapa nota ringkas berikutan kelas yang disertai ini
  • Peserta memahami komponen yang diperlukan dalam membina ‘resume’ yang menarik dan padat untuk dihantar kepada pihak majikan dikemudian hari

 

Galeri gambar


 

Asas Keusahawanan: Pengurusan Kewangan Untuk IKS

Tarikh

: 13 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar dan membimbing usahawan mengenai pengurusan kewangan yang betul serta sistematik
  • Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memastikan usahawan dapat menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur suapaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian
  • Memberi tunjuk ajar kepada para usahawan mengenai cara untuk mempastikan keadaan ketunaian (cashflow) syarikat
  • Di samping itu, dengan adanya kelas pengurusan kewangan untuk IKS ini

 

AKTIVITI:

  • Para peserta mengikuti kelas secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom
  • Para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan Asas Keusahawanan Pengurusan Kewangan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Selain itu, para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan menyimpan kira-kira atau akaun kewangan syarikat
  • Para peserta juga diberikan penjelasan mengenai fungsi Pengurusan Kewangan iaitu untuk :
  1. Membesarkan perniagaan
  2. Mengurangkan jualan kredit
  3. Memperbanyakkan jualan (meluaskan pasaran)
  4. Mempergunakan harta tetap dengan lebih aktif
  5. Mengurangkan stok

 

Galeri gambar


 

Asas Keusahawanan: Tips Pengurusan Sumber Manusia Bagi IKS

Tarikh

: 15 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi kepada peserta mengenai tanggungjawab majikan, pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan juga pengurusan gaji pekerja
  • Mendedahkan peserta dengan realiti proses pengambilan pekerja bermula daripada pengiklanan jawatan kosong, pra temuduga, semakan permohonan calon, temuduga pekerja, pemilihan dan keputusan pengambilan pekerja, penawaran kerja serta induksi
  • Menerangkan klausa-klausa penting dalam kontrak perkhidmatan pekerja

 

AKTIVITI:

  • Kelas dimulakan dengan pendaftaran masuk peserta melalui pautan link yang diberikan di emel
  • Peserta menyertai kelas bersama Puan Juliana menggunakan emel PEDi Ulu Seperi bagi mengurangkan trafik peserta dalam kelas tersebut
  • Seterusnya, peserta mendengar dengan terperinci perkongsian daripada Puan Juliana mengenai tanggungjawab majikan, pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan juga pengurusan gaji pekerja
  • Puan Juliana telah menjawab setiap persoalan yang telah diajukan oleh peserta dengan baik dan beliau juga telah berkongsi video kelas beserta slaid kelas tersebut melalui emel PEDi Ulu Seperi

 

Galeri gambar


 

Stem-IOT: Resepi Jeruk Mangga

Tarikh

: 11 Jun 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Peserta dapat mengenal bahagian-bahagian buah jeruk, jenis-jenis jeruk, manfaat buah-buahan jeruk
  • Kelas ini juga diadakan untuk menggalakkan lagi penyertaan komuniti dengan PEDi Ulu Seperi
  • Berkongsi resepi pembuatan jeruk mangga, kedondong dan juga betik bersama peserta
  • Peserta juga boleh membawa pilihan buah-buahan yang mereka kehendaki daripada rumah dan juga membawa pulang jeruk yang mereka sediakan hasil daripada kelas ini di akhir kelas

 

AKTIVITI:

  • Pertama sekali, petugas menunggu ketibaan peserta yang telah mendaftar bagi kelas pembuatan jeruk di PEDi Ulu Seperi
  • Seterusnya, petugas membuka video tutorial pembuatan jeruk di pautan https://www.youtube.com/watch?v=m-EmJLsH35Q kepada para peserta melalui komputer yang tersedia di PEDi Ulu Seperi
  • Setelah video selesai ditonton, petugas mengupas kulit buah-buahan yang dikehendaki untuk dibuat jeruk
  • Akhir sekali, buah-buahan tersebut dipotong dan dijerukkan mengikut resepi yang ditonton melalui perkongsian video Youtube sebentar tadi

 

Galeri gambar