Kelas Keusahawanan: Asas pengetahuan

Microsoft Excel 2: Formula Asas

Tarikh

: 21 Mei 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi ilmu bersama usahawan Ulu Seperi mengenai Formula Asas Microsoft Excel daripada kesinambungan kelas pada bulan April yang lalu
  • Usahawan dapat mencipta satu dokumen yang tersusun contohnya pengiraan modal, untung dan rugi perniagaan menggunakan formula asas yang diajar
  • Usahawan juga dapat menambah ilmu dan menggunakan ilmu tersebut dalam urusan perniagaan mereka bagi memudahkan kerja mereka

AKTIVITI:

  • Mengadakan kelas bersama para usahawan untuk berkongsi ilmu mengenai formula asas yang boleh didapati dan diwujudkan dalam Microsoft Excel
  • Para usahawan juga dapat menggunakan ilmu ini ketika mendokumentasi hal-hal kewangan perniagaan
  • Akhir sekali, petugas memberi nota-nota kelas kepada para usahawan yang hadir sebagai rujukan mereka

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Semakan Harga Ubat-ubatan di Fasiliti

Sebagai Panduan Pengguna

Tarikh

: 19 Mei 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 6 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan Harga Panduan Pengguna oleh Program Perkhidmatan Farmasi kepada komuniti Ulu Seperi
  • Komuniti dapat melihat harga ubat-ubatan yang digunakan sebagai rujukan mereka sebelum hadir ke farmasi
  • Menggalakkan keperolehan ubat-ubatan yang sama rata dan penggunaan rasional ubat-ubatan penting yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu milik oleh komuniti setempat

AKTIVITI:

  • Menjelaskan mengenai ketelusan harga ubat di fasiliti-fasiliti perubatan
  • Petugas berkongsi laman web https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price
  • Pengguna laman web ini mampu membuat timbang tara dan dapat pilihan bermaklumat untuk membeli ubat mengikut kemampuan dengan harga yang berpatutan
  • Pengguna juga dapat memilih fasiliti kesihatan berdasarkan harga ubat yang ditawarkan

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Kaedah Semakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)

Tarikh

: 10 Mei 2023

Masa

: 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempromosi penggunaan Nombor Pengenalan Cukai kepada individu yang sudah perlu membayar cukai
  • Memperkenalkan kepada usahawan yang layak mendapat Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN)
  • Mengisytiharkan pendapatan usahawan secara rasmi dengan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

AKTIVITI:

  • Petugas berkongsi tutorial kaedah semakan nombor pengenalan cukai
  • Semakan Nombor Pengenalan Cukai boleh dilakukan melalui MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my
  • Selain itu, mereka juga boleh melakukan semakan melalui Hasil Live Chat, Hasil Care Line, Borang Maklum Balas di Portal Rasmi Hasil dan juga cawangan Hasil berhampiran
  • Melalui MyTax, komuniti hanya perlu memasukkan nombor pengenalan dan menhantar untuk semakan

 

Galeri gambar


 

 

E-Pembelajaran: Tutorial Pembayaran Pinjaman Tekun Melalui

Aplikasi TEKUNPayment

Tarikh

: 16 Mei 2023

Masa

: 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi terbaru bagi memudahkan bayaran balik pembiayaan TEKUN Nasional iaitu TEKUNPayment
  • Aplikasi ini boleh didapatkan di Google Playstore bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna Apple ios
  • Kaedah bayaran balik menggunakan TEKUNPayment lebih mudah digunakan kerana ia mampu menjana terus ke FPX Internet Banking
  • Seterusnya, e-resit boleh terus didapatkan setelah pembayaran berjaya dilakukan

AKTIVITI:

  • Petugas meminta komuniti memuat turun aplikasi TEKUN Payment Channel melalui Google Playstore dan App Store
  • Bagi pendaftaran kali pertama, skrin Log-in akan terpapar sejurus aplikasi dibuka dan usahawan TEKUN perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun pembiayaan TEKUN
  • Seterusnya, tekan register. Maklumat yang betul akan disahkan dan anda perlu memasukkan nombor telefon anda untuk menerima nombor OTP
  • Seperti biasa, anda akan berjaya masuk kedalam akaun anda dan perlu menetapkan kata laluan untuk mencipta akaun anda.
  • Petugas berkongsi layar dokumen pdf (Panduan Penggunaan Aplikasi TEKUNPay) untuk kefahaman komuniti

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Penghantaran Borang Nyata (BN) Tahun

Taksiran 2022 secara e-filing

Tarikh

: 07 Mei 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan sistem e-filing kepada komuniti bagi menghantar Borang Nyata (BN)
  • Percukaian yang sebelum ini dilakukan secara manual boleh dilakukan secara atas talian sahaja
  • Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-filing melalui portal rasmi ezHASIL LHDNM
  • Pembayar cukai dapat menghantar Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang telah ditetapkan

 

AKTIVITI:

  • Kelas diadakan dengan pengenalan usahawan kepada borang percukaian pendapatan iaitu Borang Nyata (BN)
  • Petugas memperkenalkan program e-filing Borang Nyata secara atas talian https://ez.hasil.gov.my/PKI/userlogin.aspx
  • Petugas mengajar komuniti untuk mendapatkan sijil digital dan nombor PIN melalui portal rasmi tersebut
  • Pembayar cukai perlu menyimpan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen lain yang berkaitan dengan cukai pendapatan

 

Galeri gambar