Kelas Multimedia: Jamming With Jamboard

Tarikh

: 20 Februari 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengadakan kelas bersama pelajar untuk menggunakan Jamboard
  • Memudahkan pelajar-pelajar yang tidak berkeyakinan menyuarakan pendapat dan persoalan tanpa perlu menonjolkan diri
  • Mengadakan sesi yang santai untuk mewujudkan ruang yang seronok dalam kelas

 

AKTIVITI:

  • Mengadakan kelas Jamboard bersama pelajar-pelajar di Ulu Seperi
  • Setelah itu, pelajar yang berminat telah menghadirkan diri ke PEDi Ulu Seperi bagi menyertai kelas Jamboard bersama petugas
  • Pelajar diajar log masuk aplikasi Jamboard dan seterusnya bersama-sama dorongan petugas belajar menguasai Jamboard

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Dekorasi Kad Perniagaan

Bersama Canva (Business Card)

Tarikh

: 14 Februari 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar usahawan untuk mewujudkan kad perniagaan persendirian
  • Mencipta kad perniagaan dengan percuma menggunakan aplikasi Canva
  • Memudahkan urusan usahawan mempamerkan dan mengedarkan kad perniagaan saat berurusan

 

AKTIVITI:

  • Menjelaskan mengenai platform Canva yang boleh digunakan untuk melakukan dekorasi kad perniagaan
  • Setelah itu, usahawan di Ulu Seperi diajar cara untuk memilih saiz kad, menghias kad dan seterusnya memasukkan maklumat diri seperti nama syarikat, nama diri, nombor telefon, emel dan sebagainya
  • Akhir sekali, kad tersebut boleh disimpan dan dimuat turun serta dicetak untuk dipamerkan dan diedarkan kepada klien-klien

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Kod QR SSM BizTrust

Melalui Sistem MYLLP

Tarikh

: 08 Februari 2023

Masa

: 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerangkan fungsi Kod QR SSM BizTrust penduduk Ulu Seperi
  • Mengajar usahawan untuk mendaftar kod QR SSM BizTrust melalui aplikasi sistem MyLLP
  • Mengajar cara membuat pengesahan dan pengenalan identiti perniagaan digital

 

AKTIVITI:

  • Memberi pendedahan kepada usahawan Ulu Seperi mengenai Sistem MYLLP
  • Usahawan diberi tunjuk ajar mendaftar kod QR SSM agar maklumat digital dapat direkodkan secara automatik
  • Melalui aplikasi ini, usahawan dapat memaparkan maklumat seperti nama dan nombor pendaftaran entiti perniagaan, status serta alamat URL

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Tarikh

: 13 Februari 2023

Masa

: 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada komuniti Ulu Seperi
  • Menerangkan syarat-syarat kelayakan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada usahawan di Ulu Seperi
  • Membantu usahawan memahami SPPP dengan berkongsi pamphlet yang tersedia

 

AKTIVITI:

  • Memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada usahawan di Ulu Seperi
  • Memberi tunjuk ajar (tutorial) kepada usahawan golongan B40 dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)
  • Petugas menerangkan syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon mendaftar perniagaan

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Permohonan Insentif Projek

Pembangunan Tanah Terbiar (Pertanian)

Tarikh

: 07 Februari 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

: 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengajar usahawan Ulu Seperi untuk melakukan permohonan geran bagi projek pertanian
  • Memberi penerangan cara mengisi borang projek dengan betul
  • Menarik lebih ramai komuniti untuk menjalankan aktiviti perniagaan

 

AKTIVITI:

  • Kelas keusahawanan mengajar usahawan memohon geran projek pembangunan tanah terbiar bagi usaha pertanian
  • Kelas dimulakan dengan memperkenalkan laman sesawang Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
  • Seterusnya, usahawan diminta memuat turun borang permohonan insetif projek tanah terbiar daripada laman web tersebut
  • Usahawan diberi tunjuk ajar cara-cara mengisi borang yang telah dimuat turun

 

Galeri gambar