Asas ICT: Keselamatan Komputer

Tarikh

: 04 Jun 2023

Masa

: 10.30 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendefinisikan mngenai keselamatan komputer kepada para pelajar
  • Menjelaskan secara ringkas mengenai perbezaan ancaman terhadap keselamatan komputer
  • Memberikan panduan langkah-langkah keselamatan yang sesuai bagi mengatasi ancaman komputer yang dikenal pasti

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai keselamatan komputer iaitu bermaksud melindungi sistem komputer dan maklumat di dalamnya daripada akses yang tidak dibenarkan, kerosakan dan pengubahan
  • Seterusnya petugas memberi pendedahan mengenai perbezaan ancaman terhadap keselamatan komputer iaitu :
  1. Penggodaman/Hacking – Adalah sumber gangguan kepada keselamatan komputer. Ia boleh diistilahkan sebagai akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer oleh orang yang dikenali sebagai penggodam (hacker)
  2. Penggodam/Hacker – Adalah orang yang ada kepandaian tentang sistem komputer berdasarkan penggunaan modem
  3. Bencana Alam / Environmental Disaster – Adalah juga satu cara yang merosakkan komputer, berlaku dimana-mana sahaja seperti rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya. Antara bencana alam yang berlaku ialah banjir/kebakaran
  • Selain itu, petugas memberi penjelasan ringkas mengenai langkah keselamatan yang sesuai bagi mengatasi ancaman komputer yang dikenal pasti seperti :
  1. Antivirus
  2. Anti Spyware
  3. Kriptografi
  4. Firewall/Tembok Api
  5. Data backup / Salinan Data
  6. Aspek Kemanusiaan

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Pengenalan Komputer dan Isu Undang-Undang

Tarikh

: 03 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendefinisikan mengenai etika komputer, kod etika, harta intelek, kebersendirian, jenayah komputer dan undang-undang siber
  • Komuniti setempat dapat membezakan diantara etika dengan undang-undang
  • Memberi penerangan mengenai keperluan undang-undang harta intelek
  • Memberi penerangan dan pendedahan mengenai cara melindungi kebersendirian (privasi)

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai :
  1. Etika komputer ialah sistem berkaitan seperangkat asas atau nilai yang digunakan sebagai panduan bagi pengguna komputer
  2. Kod etika ialah panduan bagi memastikan samada perlakuan seseorang individu dalam penggunaan komputer itu salah atau tidak
  3. Harta intelek ialah hak individu dan syarikat untuk menafikan atau meghadkan pengumpulan dan penggunaan maklumat mengenai mereka
  4. Jenayah komputer ialah perlakuan yang tidak baik dalam penggunaan komputer seperti mencuri, mengubah data dan sebagainya untuk tujuan tertentu
  5. Undang-undang siber ialah undang-undang bagi melindungi kepentingan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi antara rangkaian
    • Petugas memberikan penerangan mengenai perbezaan diantara etika dengan undang-undang
    • Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai keperluan undang-undang harta intelek dan juga memberi penjelasan mengenai dua kaedah bagi melidungi kebersendirian (privasi)

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Pengenalan kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

Tarikh

: 02 Jun 2023

Masa

: 10.30 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendefinisikan istilah “teknologi maklumat” dan istilah “teknologi maklumat dan komunikasi”
  • Mengenal pasti komponen asas sistem komputer
  • Membincangkan penggunaan komputer dalam bidang pengurusan
  • Mengenalpasti evolusi teknologi Windows

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai gambaran keseluruhan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Petugas memberikan penerangan mengenai definisi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi iaitu satu istilah umum yang menerangkan sebarang teknologi yang membantu menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi dan atau menyebarkan maklumat yang melibatkan teknologi komputer serta perpindahan dan perkongsian maklumat dalam kehidupan
  • Memberi penerangan mengenai evolusi komputer secara ringkas daripada Generasi Pertama (1940-1956), Generasi Kedua (1956-1963), Genarasi Ketiga (1964-1971), Generasi Keempat (1971- Sekarang) dan Generasi Kelima (Sekarang – Akan Datang)
  • Memberi pendedahan mengenai kegunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan seharian iaitu di dalam bidang pendidikan, perbankan & perniagaan, kehidupan harian di rumah dan perindustrian

 

Galeri gambar


 

Asas ICT: Asas Penggunaan MS Office

Tarikh

: 02 Jun 2023

Masa

: 03.00 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan ahli PEDi bagi tujuan penggunaan pada masa akan datang.
  • Meningkatkan kemahiran ahli PEDi dalam penggunaan Microsoft Office
  • Mendedahkan pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak

 

AKTIVITI:

  • Penerangan dari Petugas PEDi.
  • Mempelajari dan memahami fungsi internet bagi tujuan penggunaan pada masa akan datang. 
  • Mempelajari dan memahami fungsi Microsoft Office.
  • Melakukan tugasan menggunakan Microsoft Office. Mencari gambar untuk setiap tugasan dalam internet.

 

Galeri gambar


 

Kelas Keusahawanan: Asas pengetahuan

Microsoft Excel 2: Formula Asas

Tarikh

: 21 Mei 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi ilmu bersama usahawan Ulu Seperi mengenai Formula Asas Microsoft Excel daripada kesinambungan kelas pada bulan April yang lalu
  • Usahawan dapat mencipta satu dokumen yang tersusun contohnya pengiraan modal, untung dan rugi perniagaan menggunakan formula asas yang diajar
  • Usahawan juga dapat menambah ilmu dan menggunakan ilmu tersebut dalam urusan perniagaan mereka bagi memudahkan kerja mereka

AKTIVITI:

  • Mengadakan kelas bersama para usahawan untuk berkongsi ilmu mengenai formula asas yang boleh didapati dan diwujudkan dalam Microsoft Excel
  • Para usahawan juga dapat menggunakan ilmu ini ketika mendokumentasi hal-hal kewangan perniagaan
  • Akhir sekali, petugas memberi nota-nota kelas kepada para usahawan yang hadir sebagai rujukan mereka

 

Galeri gambar