E-Learning: Kuiz MyCybergenius Buli Siber

Tarikh

: 25 Julai 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 20 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi kesedaran kepada para peserta mengenai bahaya buli siber
  • Menyampaikan info kepada para peserta bahawa tidak semua maklumat dalam talian itu benar
  • Memberi penekan kepada pra peserta mengenai kesan buruk buli siber kepada mangsa terutamanya mengenai cara-cara untuk menggunakan alam siber dengan bijak agar tidak membahayakan masyarakat
  • Memberi pendedahan kepada para peserta cara-cara untuk mengenal pasti pembuli siber

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan mengenai buli siber iaitu buli siber adalah perbuatan menganggu seseorang dengan menggunakn internet atau teknologi digital, yang biasanya melibatkan ugutan, ancaman, atau perkara yang memalukan negara
  • Di samping itu, para peserta juga diberikan penjelasan mengenai cara-cara untuk menggunakan alam siber dengan bijak
  • Aktiviti diteruskan dengan sesi kuiz dengan menggunakan aplikasi Mycybergenius bagi menguji tahap kefahaman para peserta mengenai penerangan yang telah diberikan oleh petugas mengenai buli siber

 

Galeri gambar


 

Asas Keusahawanan: Strategi Pemasaran Offline

Tarikh

: 20 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Peserta mampu memahami strategi penjualan offline yang meliputi penerangan mengenai penjualan offline beserta manfaatnya dan juga cara kerja penjualan offline
  • Peserta dapat memiliki karakter jualan offline seperti mempunyai daya juang yang tinggi, pengurusan waktu yang rapi serta penjualan yang teliti dan berinisiatif
  • Peserta mampu menggunakan alat bantu yang biasa digunakan dalam pemasaran offline contohnya cetakan periklanan, jualan langsung, promosi jualan serta hubungan bersama masyarakat dan komuniti

 

AKTIVITI:

  • Peserta dikongsikan satu laman web yang berkongsi mengenai 5 Teknik Pemasaran Offline melalui https://mohabiotech.com.my/5-teknik-pemasaran-offline/
  • Pertama sekali, petugas menerangkan bahawa usahawan digalakkan mengedar iklan dan risalah perniagaan kepada target setempat untuk mempromosikan perniagaan anda
  • Seterusnya, usahawan juga perlu berkongsi sample produk perniagaan kepada penduduk sekitar lokasi perniagaan bagi menguji keberkesanan produk dan mendapatkan kepercayaan penduduk
  • Petugas juga menerangkan bahawa usahawan boleh membuka kedai, mencipta papan tanda yang menarik dan juga bersosial di sekitar kawasan perniagaan bagi membina network

 

Galeri gambar


 

STEM IOT: Eksperimen Magic Finger

Tarikh

: 17 Julai 2023

Masa

: 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendorong para peserta untuk melakukan eksperimen mudah dengan menggunakan bahan mudah yang terdapat di rumah seperti air, sabun pencuci pinggan, glitter dan juga pinggan
  • Eksperiment Magic Finger ini memberikan pendedahan mengenai konsep ketegangan permukaan iaitu glitter lebih ringan dari air dan menyebabkan glitter terapung di atas permukaan air
  • Mendorong para peserta untuk melakukan aktiviti eksperimen yang mudah dan ringkas agar mereka dapat meneroka dunia sains dengan lebih meluas

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Eksperimen Magic Finger
  • Petugas memberi penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat eksperimen ini iaitu sabun pencuci pinggan, glitter dan juga air
  • Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial kepada para peserta iaitu meletakkan glitter ke dalam mangkuk air dan glitter ini akan terapung di atas air
  • Kemudian, letakkan beberapa titik pencuci pinggan ke jari anda dan titikkan jari anda ke permukaan air dan glitter ini akan bergerak ke tepi mangkuk
  • Petugas memberikan penerangan mengenai fenemona ini iaitu, perkara ini berlaku disebabkan ketegangan permukaan iaitu satu sifat air yang menghalang elemen-elemen luar manakala sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegangan air menyebabkan air fi dalam mangkuk bergerak ke luar dan membawa glitter bersama-sama dengannya

 

Galeri gambar


 

Soft Skills: Interview Skills

Tarikh

: 18 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mempelajari sesuatu yang baharu dan mengukuhkan pengetahuan yang dalam persediaan menghadapi temuduga pekerjaan
  • Berkembang dalam kerjaya dengan mengambil pengalaman yang merendah diri untuk mengakui anda sentiasa boleh mengetahui lebih lanjut
  • Mengenali diri sendiri dan mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri yang perlu diubah

 

AKTIVITI:

  • Petugas menyertai kelas yang disediakan oleh Encik Fazli untuk menambahkan ilmu pengetahuan beliau dalam skill temuduga
  • Seterusnya, Encik Fazli berkongsi pelbagai tips yang boleh dipraktikkan semasa temuduga dijalankan seperti postur badan, tahap suara dan juga etika pemakaian
  • Encik Fazli juga berkongsi video-video temuduga sebagai rujukan kepada petugas untuk mengambil pengajaran dan iktibar hasil daripada video yang ditonton
  • Di akhir kelas, Encik Fazli menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan dan berkongsi slaid kepada peserta yang menyertai kelas

 

Galeri gambar


 

E-Learning: Quizziz

Tarikh

: 17 Julai 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mengadaptasi norma baharu yang diperlukan pelajar dalam perkongsian ilmu yang dijalankan secara atas talian
  • Berinovasi dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses PDP dengan lebih berkesan
  • Memperkasakan pembelajaran diatas talian menggunakan aplikasi Quizziz yang lebih mesra pengguna dan berkesan

 

AKTIVITI:

  • Pelajar diminta untuk log masuk akaun beliau di komputer tersedia di PEDi Ulu Seperi
  • Petugas seterusnya menjelaskan kepada beliau mengenai aplikasi Quizziz yang menyediakan pelbagai subjek pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sesuai dengan pelbagai peringkat umur
  • Setelah itu, pelajar tersebut memilih subjek Sains Tingkatan 2 melalui platform Quizziz untuk mencuba menyelesaikan soalan subjek tersebut
  • Di akhir kelas, pelajar berminat dan berpuas hati serta bersetuju bahawa platform Quizziz dapat membantu beliau dalam meningkatkan tahap kefahaman dalam pembelajaran

 

Galeri gambar