1. Soft Skills: Pengenalan Kemahiran Komunikasi

Tarikh

: 14 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Berkongsi kemahiran komunikasi bersama komuniti di PEDi Ulu Seperi agar komuniti tidak canggung dalam menyertai aktiviti-aktiviti bersosial
  • Menguasai bahasa dan pemilihan perkataan yang tepat, pemikiran logik dan pengumpulan maklumat diperlukan untuk komunikasi dalam kumpulan
  • Meningkatkan kesan dalam proses komunikasi yang berlangsung dalam kehidupan seharian
  • Mampu menyampaikan idea dan informasi dengan sempurna

 

AKTIVITI:

  • Peserta yang menyertai kelas kemahiran komunikasi diminta untuk membuka lembaran dokumen pdf yang telah disediakan di komputer masing-masing
  • Seterusnya, peserta memahami tujuan kelas kemahiran komunikasi diadakan dan petugas mengarahkan peserta untuk membuka pautan yang telah diberikan kepada mereka
  • Pautan ini membawa peserta ke laman Youtube yang bertajuk ‘Cara Meningkatkan Kemahiran Komunikasi’
  • Peserta menonton dan mendengar video serta animasi yang ditayangkan di layar kaca komputer masing-masing

 

Galeri gambar


 

  1. STEM iOT: Congkak Ajaib

Tarikh

: 11 Ogos 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Menggunakan permainan Congkak Ajaib sebagai salah satu aktiviti pemantapan pelajar dalam mata pelajaran Matematik
  • Berupaya menguji minda para pelajar dalam subjek Matematik
  • Pelajar yang berjaya menyelesaikan permainan Congkak Ajaib akan nampak pola permainan pada jawapan yang disalin
  • Secara tidak langsung, peserta juga dapat mempelajari tentang ‘decomposition of number’ dimana, nak dapatkan pembilang 10, tidak sepertinya dengan 5 + 5 sahaja

 

AKTIVITI:

  • Congkak Ajaib ada 12 bulatan yang membentuk susunan seperti segi empat sama. Bulatan pertama (atas penjuru kiri) diisi dengan 1 pembilang, kemudian 2,3 dan 4 lawan arah jam 1
  • Kemudian peserta mengira jumlah setiap sisi. Ada 4 sisi setiap sisi jumlah pembilang = 10. Kemudian, petugas mengambil 1 pembilang di penjuru atas kanan. Sekarang jumlah 2 sisi = 9 dan 2 sisi lagi masih lagi 10.
  • Peserta perlu mengubah susunan pembilang dalam bulatan supaya jumlah setiap sisi kembali menjadi 10. Apabila mereka dah berjaya selesai ubah setiap sisi jadi 10, petugas akan ambil lagi 1 pembilang. Misi masih sama, jadikan jumlah setiap sisi = 10

 

Galeri gambar


 

  1. E-Pembelajaran: Membuat Slide Menggunakan Canva

Tarikh

: 08 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Menyelesaikan tugasan persekolahan dengan lebih kemas dan kreatif dalam masa yang singkat
  • Menyediakan tugasan menggunakan desain-desain yang tersedia di dalam aplikasi Canva
  • Memperkenalkan kepada pelajar mengenai platform Canva yang lebih mesra dan mudah digunakan berbanding aplikasi Microsoft Powerpoint

 

AKTIVITI:

  • Peserta tiba di PEDi Ulu Seperi dan meminta petugas untuk mengajarkan cara membuat slaid dengan cepat dan kreatif memandangkan beliau perlu menghantar tugasan secepatnya
  • Petugas menyarankan kepada pelajar supaya menggunakan aplikasi Canva kerana aplikasi tersebut mudah difahami dan terdapat banyak templat serta ikon menarik yang tersedia
  • Pelajar seterusnya memakai komputer dan mula membuat carian Canva melalui laman web Google
  • Pelajar memajukan beberapa soalan kepada petugas mengenai hal yang tidak diketahui dan akhirnya berjaya menghasilkan slaid yang cantik dan menghantarnya keada pengajar sebelum usai waktunya

 

Galeri gambar


 

  1. E-Pembelajaran: Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023)

Tarikh

: 09 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Untuk pengumpulan data bagi pihak MCMC yang sedang menjalankan soal selidik Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023)
  • Bagi mendapatkan data kualiti pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar di Malaysia
  • Membantu SKMM mendapatkan pendapat pengguna jalur lebar

 

AKTIVITI:

  • Pengguna yang hadir di PEDi Ulu Seperi diminta agar meluangkan masa selama 15 minit sahaja untuk menjawab kaji selidik ini secara atas talian
  • Pengguna menjawab setelah meneliti soalan-soalan di atas talian dengan bersungguh-sungguh
  • Kebanyakan pengguna juga berpuas hati dengan soalan kaji selidik yang dipaparkan dan disediakan oleh SKMM

 

Galeri gambar


 

  1. Asas ICT: Cara Tambah Caruman KWSP Melalui i-Akaun

Tarikh

: 07 Ogos 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan inisiatif penambahan caruman ke dalam Akaun 1 KWSP melalui Belanjawan 2023
  • Menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri usia persaraan untuk menyimpan secara berterusan
  • Membantu mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan ahli KWSP
  • Memberi manfaat kepada ahli di bawah i-Saraan seperti suri rumah

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta peserta mendaftar masuk i-akaun KWSP melalui aplikasi i-akaun yang dimuat turun di dalam telefon pintar
  • Di aplikasi i-akaun, terdapat paparan untuk membuat tambahan simpanan KWSP iaitu ‘Tambah Caruman’ / ‘Add Contribution’.
  • Peserta diminta untuk klik pada butang ‘‘Tambah Caruman’ / ‘Add Contribution’
  • Peserta seterusnya menetapkan amaun pilihan, dan meneruskan transaksi seperti biasa
  • Petugas mengingatkan peserta supaya sentiasa memuat turun resit bayaran setelah transaksi berjaya dilakukan

 

Galeri gambar