1. E-Pembelajaran: Pengenalan Kepada Modul Bimbingan (MOBIM)

Tarikh

: 15 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan Modul Bimbingan (MOBIM) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk pelajaran Tahun 1
  • Modul Bimbingan Tahun 1 ini terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains
  • Mudah diakses oleh ibu bapa, guru beserta para pelajar berbilang kaum kerana masing-masing mempunyai versi Bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil melalui portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum
  • Membantu memantapkan tahap pendidikan pelajar

 

AKTIVITI:

  • Petugas menggalakkan penyertaan daripada para pelajar dari komuniti PEDi Ulu Seperi
  • Modul Bimbingan (MOBIM) bagus digunakan oleh para pelajar yang ingin menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains
  • Seterusnya, peserta telah memuat turun modul bimbingan Matematik Tahun 1 versi bahasa Melayu
  • Modul Bimbingan tersebut telah dicetak dan digunakan sebagai panduan serta bahan rujukan pelajar di sesi persekolahan

 

Galeri gambar


 

    1. Soft Skills: Kemahiran Berucap Di Hadapan Khalayak Ramai (Public Speaking)

Tarikh

: 12 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan komuniti dan tampil lebih berani bersuara di hadapan khalayak ramai
  • Belajar mengenalpasti tujuan berucap di hadapan khalayak ramai sama ada untuk memberi maklumat, mempengaruhi, memujuk, bertukar pendapat, memberi syarahan ataupun bertujuan menghibur
  • Dapat menangani kegugupan, belajar membuat persediaan lebih awal serta melakukan analisa audiens

 

AKTIVITI:

  • Peserta yang hadir ke PEDi Ulu Seperi telah memohon kepada petugas untuk belajar kemahiran berucap di hadapan khalayak ramai
  • Seterusnya, petugas meminta peserta tersebut mengambil nota berkaitan teknik meningkatkan keyakinan diri apabila berada di hadapan khalayak ramai
  • Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan satu video di YouTube tentang cara-cara berucap di hadapan khalayak ramai
  • Peserta telah mengambil tips yang dikongsikan oleh petugas dan juga layar video melalui kaca Youtube

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Word Search Online

Tarikh

: 08 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah
  • Aktiviti Word Search ini dapat merangsang pemikiran para peserta, melatih kesabaran dan keabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan berkaitan IT (Information Technology)
  • Dapat merapatkan hubungan antara komuniti serta petugas dengan menjalankan permainan pembelajaran seperti ini

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian Google dan menaip Word Search Online
  • Petugas memberikan penerangan cara-cara untuk menyelesaikan permainan word search yang dipaparkan di skrin komputer
  • Seterusnya, petugas memberikan tunjuk ajar bagaimana teknik untuk mencari perkataan yang tersembunyi
  • Permainan carian perkataan atau lebih dikenali dengan “Word Search” adalah permainan teka-teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid yang mengandungi beberapa perkataan yang tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu

 

Galeri gambar


 

    1. STEM iOT: Kuiz STEM iOT (WordWall)

Tarikh

: 11 September 2023

Masa

: 03.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Melalui aktiviti yang terdapat di WordWall, peserta boleh memilih aktiviti mengikut tahap umur mereka
  • Menerusi aktiviti ini peserta dapat mempelajari dan menguasai suku kata KVK
  • Seterusnya, dapat meningkatkan tahap fokus para peserta bagi menyelesaikan aktiviti memadankan suku kata dan gambar
  • Pelajar juga dapat memadankan suku kata dengan gambar yang betul

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka laman sesawang Wordwall dan mencari aktiviti yang sesuai untuk peserta 6 tahun
  • Aktiviti pertama merupakan aktiviti suku kata KVK dimana peserta perlu meletupkan belon bergambar mengikut suku kata yang diberikan
  • Seterusnya, aktiviti memadankan suku kata dengan gambar yang betul
  • Melalui aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran mengeja peserta

 

Galeri gambar


 

    1. E-Pembelajaran: Penghantaran Dokumen Melalui Aplikasi WhatsApp

Tarikh

: 07 September 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan aplikasi WhatsApp Web kepada komuniti dan para pelajar
  • Menerangkan fungsi Whatsapp Web yang tidak jauh berbeza dengan aplikasi WhatsApp yang dimuat turun ke dalam telefon pintar
  • Memudahkan para pelajar yang menyiapkan kerja-kerja kursus menggunakan PC di PEDi melakukan perkongsian dokumen yang hendak dicetak kepada petugas melalui aplikasi WhtasApp Web
  • Menjimatkan masa para pengguna tanpa perlu menggunaka Pendrive sekaligus meningkatkan tahap asas ICT mereka

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas WhatsApp Web setelah mendapati para pelajar dan komuniti di Ulu Seperi mengalami kesukaran untuk berkongsi dokumen menggunakan pendrive
  • Peserta telah dikenalkan dengan laman web WhatsApp hanya dengan melakukan carian di Google
  • Seterusnya, peserta diajar cara untuk membuat pautan aplikasi WhatsApp antara PC dan telefon pintar yang digunakan
  • Petugas mengajar peserta menghantar gambar dan dokumen hanya dengan menggunakan teknik copy/paste dan juga menggunakan ikon + yang disediakan di WhatsApp Web

 

Galeri gambar