|
|
Tarikh |
: 21 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 03.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendedahkan usahawan kepada penerimaan dan keterbukaan yang luas terhadap trend beli-belah dalam talian
- Usahawan mampu membangunkan pelbagai bentuk kandungan yang boleh digunakan secara dalam talian seperti e-buku dan video
- Teknik e-dagang seperti pemasaran affiliate juga dikongsikan agar usahawan dapat mempromosi produk pihak ketiga dan menerima komisen bagi setiap jualan
- Mereka juga belajar untuk menyediakan pelan perniagaan digital demi kelangsungan dan pengembangan perniagaan sesuai dengan permintaan pelanggan
AKTIVITI:
- Petugas memujuk usahawan di Ulu Seperi untuk memanfaatkan ekonomi digital sebagai norma baru dalam perniagaan
- Keusahawanan digital ini merujuk kepada penciptaan sesuatu baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada menggunakan teknologi digital terkini
- Usahawan menggunakan paltform media sosial sebagai tenaga penggerak untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional
- Para peserta yang telah hadir mempelajari ilmu keusahawanan digital akan menerapkan ilmu tersebut dalam aktiviti perniagaan mereka
|
|
Tarikh |
: 21 Oktober 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Bertujuan mendedahkan usahawan kepada platform digital bagi tujuan pemasaran produk
- Mengajar usahawan mencipta kombinasi optimal melalui pemasaran di Google dan laman media sosial dengan laman kandungan premium
- Menjelaskan definisi ‘laman kandungan premium’ kepada para usahawan
- Memberi peluang kepada usahawan untuk mengenali OHSEMAds.com dan menggunapakai platform pemasaran digital yang disediakan oleh AI
AKTIVITI:
- Kelas yang diadakan bermula pada jam 10 pagi dan hos iaitu Encik Ashran Ghazi menantikan penyertaan daripada setiap peserta di awal kelas
- Encik Ashran berkongsi ilmu bersama para usahawan berdaftar mengenai iklan-iklan pemasaran yang boleh membantu mencapai target melalui REV Ads Manager
- Encik Ashran juga menjelaskan kepada peserta untuk menghasilkan laman kandungan premium
- Di akhir seminar, Encik Ashran membuka ruang kepada para usahawan untuk sesi soal jawab
|
|
Tarikh |
: 17 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendidik para belia di Ulu Seperi untuk membiasakan diri menghantar resume mereka besertakan dengan cover letter yang menyatakan informasi lanjut dengan lebih terperinci
- Mencipta ‘sales pitch’ yang baik untuk memberitahu bakal majikan tentang kemahiran dan pengalaman mereka sebagai dokumen sokongan
- Melatih para belia untuk tampak lebih profesional dengan penjelasan formal kemampuan diri dan jawatan yang dilamar untuk bekerja
- Menjelaskan kepada belia bahawa bakal majikan akan dapat sedikit gambaran singkat mengenai diri calon yang ingin direkrut
AKTIVITI:
- Petugas mendedahkan para belia yang pernah belajar menyediakan resume di PEDi Ulu Seperi kepada penulisan cover letter
- Ini adalah kerana, cover letter dapat membantu memberi rujukan kepada bakal majikan mengenai kriteria seseorang calon
- Peserta belajar menaip maklumat-maklumat diri mereka dengan kemas dan mengikut kronologi agar mudah untuk difahami oleh bakal majikan kelak
- Petugas sentiasa memberikan tunjuk ajar dan idea penulisan kepada para belia yang menyediakan cover letter untuk disertakan bersama-sama resume mereka semasa memohon sesebuah pekerjaan
|
|
Tarikh |
: 20 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mampu meningkatkan keyakinan diri dengan mempeajari teknik negosiasi yang betul untuk menolak dan juga menerimas sesuatu produk
- Dapat membina komunikasi yang matang dalam urusan jual beli antara penjual dan juga pembeli
- Usahawan juga dapat menhawasi penggunaan bahasa yang betul dalam urusan rundingan seperti kata ganti nama diri dan panggilan, ayat pujian yang profesional dan ayat penidakan yang tidak disedari
- Bertujuan mendedahkan usahawan untuk belajar bernegosiasi secara atas talian
AKTIVITI:
- Usahawan yang telah hadir ke PEDi Ulu Seperi telah diberi ajaran untuk bernegosiasi dalam menjalankan perniagaan
- Petugas mengajarkan kepada usahawan cara-cara yang betul untuk menjalankan negosiasi secara atas talian memandangkan norma baru perniagaan dijalankan secara digital
- Antara negosiasi atas talian yang diajarkan adalah negosiasi melalui medium popular seperti Whatsapp, Facebook, TikTok dan juga Instagram
- Usahawan mendapat kemahiran baru dalam teknik bernegosiasi untuk menolak sesuatu kepada para pelanggan
|
|
Tarikh |
: 16 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Merupakan cabaran yang bagus untuk pelajar berlatih bekerja secara kolaboratif dan berkomunikasi secara produktif dalam satu pasukan
- Melatih komuniti untuk tidak berputus asa apabila menghadapi tekanan dan dapat mempelajari nilai-nilai murni yang baik daripada daripada aktiviti ini
- Mendedahkan kepada komuniti bahawa setiap pasukan akan menghadapi rintangan untuk mendapatkan hasil kerjasama yang baik daripada ahli sepasukan
- Komuniti juga dapat belajar teknik-teknik yang betul untuk menghasilkan kerjasama yang berkesan
AKTIVITI:
- ‘Cup Stack’ merupakan aktiviti STEM berkumpulan yang menarik untuk memupuk kerja berpasukan antara para peserta
- Petugas menyediakan perkakasan seperti cawan kertas, gelang getah dan juga tali pengikat bungkusan untuk menjalankan aktiviti STEM ‘Cup Stack Challenge’
- Aktiviti ini diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan untuk melatih kumpulan tersebut bekerjasama dengan baik
- Kumpulan yang dapat menyelesaikan binaan piramid cawan dengan cepat mendapat habuan daripada para petugas