1. Soft Skills: Konsep Dasar Sikap dan Perilaku Yang Lebih Baik

Tarikh

: 12 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memaparkan etika yang baik penting untuk membuktikan seseorang itu dididik di bawah pengaruh keluarga yang memiliki keperibadian yang menarik
  • Mewujudkan sikap dan mentaliti yang bagus dalam kalangan komuniti
  • Mendidik komuniti untuk memiliki dasar psikologi yang sihat dan tidak mencetuskan ketidakselesaan kepada sekeliling
  • Melahirkan komuniti yang mempunyai akhlak yang tinggi serta mulia budi pekertinya

 

AKTIVITI:

  • Peserta membuka laman YouTube dan membuat carian Konsep Dasar Sikap dan Perilaku Yang Lebih Baik
  • Setelah itu, mereka memakai fon kepala untuk mendengar penjelasan daripada hos video dengan lebih baik
  • Peserta juga mengambil beberapa nota daripada perkongsian yang didengari untuk disimpan dan dibuat rujukan di masa hadapan
  • Di akhir kelas, peserta berterima kasih kepada petugas kerana telah mengadakan sesi perkongsian ilmu yang berguna

 

Galeri gambar


 

            1. Soft Skills: Posisi Tubuh Saat Duduk dan Cara Berbicara Dengan Baik

Tarikh

: 11 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Membantu komuniti mengembangkan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan dalam tubuh
  • Mengurangkan risiko cedera, mengurangkan stress pada otot dan ligamen komuniti
  • Postur duduk dan perbicaraan yang baik membantu menambah rasa percaya dalam diri seseorang
  • Mengajar komuniti untuk tampak profesional dan kemas semasa mempersembahkan diri di khalayak ramai

 

AKTIVITI:

  • Petugas memainkan layar YouTube kepada komuniti yang hadir sesi kelas kemahiran insaniah ini di pautan https://www.youtube.com/watch?v=OEw6pkJNLR0
  • Peserta mengambil nota melalui ceramah yang disampaikan oleh hos Miss Dine tersebut
  • Peserta juga cuba mempraktikkan postur tubuh yang betul dan berlatih berbicara dengan baik mengikut intipati yang didengari melalui video
  • Akhir sekali, komuniti seronok dapat menggunakan komputer di PEDi Ulu Seperi dengan bermanfaat menambahkan kemahiran insaniah dalam diri mereka

 

Galeri gambar


 

            1. E-Pembelajaran: Carta Organisasi (Word)

Tarikh

: 07 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkasa latihan Microsoft Word dengan membina carta organisasi secara digital
  • Peserta dapat belajar fungsi ‘shapes’ yang tersedia di Microsoft Word
  • Melatih peserta untuk menyediakan carta organisasi kumpulan dengan lebih kemas dan teratur
  • Mengajar peserta kepentingan mempunyai carta organisasi yang kukuh dalam sesebuah badan organisasi

 

AKTIVITI:

  • Petugas menyediakan satu carta organisasi secara bertulis dan mengedarkan kepada para peserta
  • Petugas menerangkan bahawa peserta perlu menyediakan carta yang sama dengan menggunakan Microsoft Word
  • Peserta memahami arahan daripada tugasan yang diberikan dan mencuba menyediakan carta organisasi tersebut dengan bimbingan daripada petugas
  • Peserta lebih mahir menggunakan fitur ‘shapes’ dan juga fungsi ‘copy & paste’ hasil daripada kelas ini

 

Galeri gambar


 

            1. STEM iOT: Eksperimen Roket Straw Terbang

Tarikh

: 08 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerapkan daya kreativiti dalam diri pelajar untuk menggambarkan bentuk roket
  • Memperkenalkan konsep sains seperti kuasa, aerodinamik dan penerbangan dalam sesebuah roket
  • Mendedahkan prinsip fizik dalam pembuatan roket yang paling sempurna
  • Mencetuskan minat para pelajar terhadap matapelajaran sains dan Fizik

 

AKTIVITI:

  • Petugas menyediakan perkakasan yang diperlukan untuk kemudahan melakukan kelas bersama peserta cilik di PEDi
  • Seterusnya, peserta mendapat perkakasan yang diperlukan dengan pengagihan yang dilakukan oleh petugas PEDi
  • Petugas menunjukkan cara-cara membuat roket straw terbang kepada para peserta supaya dapat mengikuti langkah-langkah penyediaan roket straw terbang dengan baik
  • Para peserta yang siap menyediakan roket straw terbang mereka, menerbangkan roket straw masing-masing untuk melihat hasil tangan mereka

 

Galeri gambar


 

            1. Asas ICT: Fungsi Aplikasi Telegram

Tarikh

: 06 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan peserta kepada aplikasi Telegram yang tidak terdapat pada aplikasi komunikasi yang lain
  • Mengajar peserta kepada laman pintas seperti PandaiBot, Quran Bot, jawigram, Office2pdf, PDF Bot, dan Voicy
  • Menggalakkan penggunaan aplikasi Telegram dalam kalangan komuniti kerana kelebihan yang ada pada aplikasi tersebut
  • Antara kelebihannya termasuklah boleh memuatnaik video berkualiti tinggi serta memuat turun lagu hanya dengan menggunakan bot Telegram

 

AKTIVITI:

  • Petugas berkongsi ilmu bersama komuniti mengenai aplikasi Telegram
  • Petugas menerangkan kepada komuniti bahawa aplikasi Telegram adalah lebih canggih kerana ia menyediakan pelbagai channel dan juga mempunyai kualiti yang tinggi
  • Telegram mengandungi bot cilik yang boleh digunakan sebagai pintasan untuk mendapatkan maklumat
  • Komuniti mempelajari sesuatu yang baharu mengenai aplikasi Telegram selain daripada digunakan untuk menghantar pesanan

 

Galeri gambar