1. STEM iOT: Cargo Plane Challenge

Tarikh

: 13 Oktober 2023

Masa

: 03.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Melatih peserta meningkatkan kemahiran dalam bidang sains serta teknologi
  • Melakukan aktiviti pembelajaran yang menghiburkan pelajar sekaligus menarik minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi
  • Peserta dapat mencipta kapal terbang yang mempunyai reka bentuk yang kreatif dan mampu menampung muatan yang berat
  • Aktiviti ini juga mampu mencipta daya saing yang sihat antara para peserta untuk mencabar diri mencipta kapal terbang yang lebih

 

AKTIVITI:

  • Pelajar dikehendaki untuk membina kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing
  • Kapal terbang yang dibina mestilah mampu membawa kargo (muatan) dan hendaklah meluncur lebih daripada sepuluh kaki
  • Petugas menyediakan kertas warna dan juga duit syiling sebagai salah satu bahan yang mencontohi kargo
  • Pemenang merupakan pelajar yang mampu menghasilkan kapal terbang yang mampu meluncur jauh dengan muatan duit syiling yang paling besar

 

Galeri gambar


 

      1. Asas ICT: Pengenalan Sistem Operasi

Tarikh

: 12 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat mengenalpasti dan mampu merancang sendiri serta memodifikasi sistem operasi komputer yang sesuai mengikut kegunaan tersendiri
  • Pengguna dapat memilih alternatif sistem operasi, memaksimumkan penggunaan sistem operasi sehingga konsep dan teknik sistem operasi dapat diterapkan pada aplikasi-aplikasi lain
  • Pengguna lebih mengetahui jenis-jenis dan sistem yang bertugas untuk melakukan kawalan dalam pengurusan komputer mereka
  • Agar pengguna dapat bertindak mengikut kesesuaian sistem operasi dengan cepat dan dapat memprediksi kemungkinan untuk berbagai kejadian

 

AKTIVITI:

  • Terdahulu peserta didedahkan dengan penyelenggaraan komputer. Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada sistem operasi komputer yang terdapat di PEDi Ulu Seperi
  • Sistem operasi yang diperkenalkan oleh petugas kepada peserta adalah sistem Windows 11 Pro yang tersedia dalam setiap komputer di PEDi Ulu Seperi
  • Petugas juga menjelaskan dengan terperinci maklumat-maklumat yang boleh didapati daripada carian ‘About PC’ di komputer masing-masing
  • Dengan ini, pengguna memahami dan mengenali sistem operasi komputer yang dipakai oleh mereka

 

Galeri gambar


 

      1. STEM iOT: Air Honker Project

Tarikh

: 10 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan pelajar kepada prinsip bunyi di mana apabila Air Honker ditiup, ia menyebabkan molekul udara bergetar dan getaran tersebut akan menghasilkan bunyi
  • Pelajar dapat meneroka elemen-elemen yang menarik selain daripada belajar secara teori di dalam kelas
  • Mengaplikasikan teori yang dipelajari semasa pembelajaran dengan melakukan kerja amali agar dapat merangsang pertumbuhan minda pelajar

 

AKTIVITI:

  • Petugas menyediakan peralatan-peralatan untuk menghasilkan air honker iaitu plastisin, botol vitagen, straw, belon, gunting dan pemetik api
  • Para peserta diagihkan setiap peralatan untuk menghasilkan air honker
  • Sebelum penghasilan air honker dijalankan, petugas berkongsi video pendek kepada peserta mengenai cara-cara membuat air honker dan juga teori getaran udara yang mampu menghasilkan bunyi dalam air honker
  • Akhir sekali, setiap peserta berjaya menghasilkan air honker dan membawa pulang objek mereka masing-masing

 

Galeri gambar


 

      1. Soft Skills: Mengasah Bakat Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

Tarikh

: 11 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Melahirkan golongan pemimpin masyarakat yang berilmu dan berkemahiran di dalam asas kepimpinan
  • Peserta mampu mengenalpasti keistimewaan dan bakat kepimpinan masing-masing
  • Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan nilai-nilai kepimpinan dalam diri sendiri, individu, agama, masyarakat dan negara
  • Meningkatkan kompetensi diri dan menguji bakat kepimpinan seseorang untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi

 

AKTIVITI:

  • Pengguna di PEDi Ulu Seperi didedahkan dengan video ringkas bertajuk ‘Tips Kepimpinan – Manfaatkan Bakat’ dan juga ‘Perhatikan Hal ini, Agar Program Kerja Berjalan dengan Baik dan Efektif’ melalui laman web YouTube
  • Pengguna menulis nota ringkas hasil daripada video yang ditonton di laman YouTube untuk digunakan di masa hadapan
  • Pengguna juga mengambil masa untuk memahami inti kandungan video bersama-sama petugas di PEDi Ulu Seperi
  • Akhir sekali, pengguna mengucapkan penghargaan kepada petugas di PEDi Ulu Seperi kerana memberikan ilmu dan menanamkan keyakinan dalam diri untuk menjaga sesebuah organisasi

 

Galeri gambar


 

      1. E-Pembelajaran: Latihan Permainan Matematik

Tarikh

: 09 Oktober 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 8 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat melatih para pelajar untuk mempelajari subjek Matematik
  • Menjadikan subjek Matematik itu menyeronokkan dan boleh mencetuskan minat terhadap Matematik dalam kalangan pelajar
  • Bermain permainan pembelajaran memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan dapat meningkatkan keupayaan otak mereka
  • Mendatangkan keseronokan dan hiburan disamping merangsang perkembangan otak pelajar agar tidak tertekan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan

 

AKTIVITI:

  • Petugas memuat turun aplikasi ‘Math Games’ ke dalam tablet yang terdapat di PEDi Ulu Seperi sebelum peserta hadir ke PEDi sebagai persediaan kelas yang akan dijalankan
  • Para peserta yang hadir di PEDi Ulu Seperi merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah yang ingin menguji kebolehan Matematik mereka
  • Permainan yang dimainkan merupakan permainan Bahagi dan Darab. Peserta juga boleh memilih untuk bermain tahap ‘Easy, Medium dan Hard’ dalam permainan tersebut
  • Pelajar juga dapat bertanding secara sihat bersama-sama peserta lain melalui tab ‘Multiplayer’

 

Galeri gambar