Stem-IOT: What is IOT (Internet Of Things)

Tarikh

: 10 Jun 2023

Masa

: 03.00 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penerangan mengenai maksud internet kepada para peserta
  • Memberi pendedahan mengenai definisi protokol rangkaian dan juga takrif internet dari aspek penggunaan
  • Memberi penerangan mengenai keperluan internet kepada para peserta
  • Memberi penjelasan mengenai kebaikan internet untuk para pelajar

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai definisi internet iaitu secara umumnya internet merupakan rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku
  • Petugas memberi penjelasan mengenai protokol rangkaian iaitu protokol adalah tata tertib yang perlu diikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki
  • Di samping itu, petugas memberi penjelasan mengenai takrif internet dari aspek penggunaan iaitu merupakan sebuah rangkaian komputer sejagat yang memberikan dua perkhidmatan utama iaitu komunikasi dan capaian maklumat
  • Seterusnya petugas memberi penerangan ringkas mengenai keperluan internet yang paling dikenali dan penting untuk diketahui :
  1. e-Mail (electronic mail)
  2. www (world wide web)
  3. Search engine (Google, Yahoo, Bing)
  • Petugas memberi penerangan mengenai kebaikan internet antaranya ialah :
  1. Sumber informasi
  2. Kebolehcapaian internet tiada had sempadan
  3. Instrumen komunikasi
  4. Membuka peluang pekerjaan
  5. Kemudahan pendidikan dalam talian

 

Galeri gambar


 

Stem-IOT: Matematik Awal Prasekolah Besar Dan Kecil

Tarikh

: 09 Jun 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.00 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada pelajar prasekolah mengenai Matematik Awal iaitu besar dan kecil
  • Pelajar diperkenalkan dengan objek-objek besar di sekeliling kita
  • Seterusnya, pelajar didedahkan dengan objek kecik yang terdapat disekeliling kita
  • Pelajar dapat membezakan di antara objek besar dan kecil

 

AKTIVITI:

  • Petugas memberi penerangan mengenai kelas yang akan dijalankan iaitu Matematik Awal Besar dan kecil
  • Pelajar mempelajari mengenai objek-objek yang besar disekeliling kita seperti gajah, pokok dan rumah
  • Kemudian, para pelajar mempelajari mengenai objek-objek yang kecil yang terdapat disekeliling kita seperti semut, pemadam dan tikus
  • Selain itu, pelajar juga dapat membezakan di antara objek besar dan objek kecil
  • Akhir sekali, pelajar menjawab latihan yang diberikan bagi menguji tahap kefahaman pelajar mengenai topik besar dan kecil

 

Gambar galeri


 

E-Pembelajaran: Sumber Pengajaran Wordwall

Tarikh

: 07 Jun 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Wordwall direkabentuk untuk menjadi alat interaktif yang boleh digunakan oleh pelajar atau pengajar
  • Mengandungi pelbagai perkataan yang boleh digunakan semasa menulis dan membaca dimana para pelajar dapat meluaskan pengetahuan mereka
  • Menggalakkan penggunaan platform Wordwall di dalam bilik darjah kerana memiliki sifat yang fleksibel dan berupaya berkembang bersama pelajar

 

AKTIVITI:

  • Terdapat dua orang peserta telah hadir untuk belajar mengenai platform Wordwall
  • Kelas dimulakan dengan perkongsian daripada petugas mengenai platform Wordwall yang mudah digunakan dan sangat efektif dalam membantu pelajar menyelesaikan kerja sekolah
  • Pelajar telah memilih bidang Bahasa Inggeris kerana ingin mendalami dan menguasai matapelajaran tersebut
  • Seterusnya, pelajar telah menyelesaikan beberapa soalan setelah mempelajari matapelajaran tersebut untuk menguji tahap kefahaman beliau

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Proprof’s Quizzes

Tarikh

: 08 Jun 2023

Masa

: 11.30 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Menggalakkan penggunaan ProProf’s Quiz kepada pelajar di Ulu Seperi untuk membolehkan pengguna meningkatkan produktiviti dalam aktiviti pembelajaran
  • Menguntungkan kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan juga pelajar kerana ianya mudah digunakan oleh pengajar untuk membina kuiz dengan pantas dan juga mudah diakses oleh pelajar melalui rangkaian web yang terbuka
  • Menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang menyeluruh termasuklah tutorial video, panduan subjek dan juga asas pengetahuan
  • Pelajar juga boleh mendapat maklumbalas terhadap prestasi mereka setelah kuiz selesai dijalankan di ProProf’s Quizzes

 

AKTIVITI:

  • Petugas mendaftar peserta dan memperkenalkan pelajar kepada platform ProProf’s Quizzes
  • Seterusnya, petugas membuka kuiz-kuiz yang tersedia di laman ProProf’s mengikut kesesuaian umur dan subjek yang pelajar ingin kuasai
  • Pelajar menggunakan ProProf’s Quizzes dan menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam laman web tersebut
  • Di akhir kelas, pelajar mendapat analisis keputusan mereka hasil daripada kuiz-kuiz yang mereka jawab secara automatik

 

Galeri gambar


 

E-Pembelajaran: Didik TV KPM

Tarikh

: 06 Jun 2023

Masa

: 10.00 Pagi - 10.30 Pagi

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Didik TV merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan
  • Memperkenalkan usaha baik kerajaan dalam meningkatkan akses dan membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR)
  • Bermatlamat untuk mewujudkan saluran khusus dan berkualiti untuk semua murid dan pelajar di seluruh negara
  • Merupakan alternatif terbaik yang lebih kreatif berteraskan kurikulum sekolah dan KPM

 

AKTIVITI:

  • Pengenalan saluran DidikTV KPM kepada para peserta kelas yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah
  • Seterusnya, pelajar diminta untuk membuka aplikasi Youtube dan membuat carian “Didik TV KPM”
  • Pelajar mendapati terdapat pelbagai kelas dan video-video menarik telah dimuatnaik ke dalam saluran Didik TV KPM tersebut
  • Pelajar telah memilih subjek yang ingin mereka pelajari dan kuasai menggunakan saluran Didik TV sepanjang kelas diadakan

 

Galeri gambar