Halaman 1 dari 2
Kelas Keusahawanan: Cara membuat ‘live” di TikTok dengan pengikut kurang daripada 1000 |
|
Tarikh |
: 10 April 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Membantu usahawan di Ulu Seperi untuk lebih aktif dan giat berinteraksi dengan pelanggan mahupun penonton melalui TikTok
- Menyeru usahawan Ulu Seperi berkecimpung dengan aplikasi TikTok kerana ianya merupakan platform yang terkenal digunakan oleh usahawan-usahawan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan serta pengikut
- Akaun TikTok yang aktif akan menarik banyak penonton dan penggemar dalam masa yang singkat
AKTIVITI:
- Petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan aplikasi TikTok kepada usahawan-usahawan di Ulu Seperi
- Seterusnya, kelas diteruskan dengan tutorial membuat live di TikTok setelah mendapati bahawa setiap usahawan memiliki akaun TikTok yang tersendiri
- Langkah-langkah untuk membuat live di TikTok dikongsikan satu persatu kepada pengguna agar mereka dapat mengikuti dan memahami input yang disampaikan
- Akhir sekali, setiap usahawan telah dapat membuat live di akhir kelas setelah memahami langkah-langkah dan mengambil nota untuk membuat live
- Seterusnya
- Seterusnya >>