KELAS E-PEMBELAJARAN : AKTIVITI MENAIP PANTAS (TYPING FAST)

Tarikh : 14 September 2018   (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menguji kemahiran untuk menaip dengan pantas menggunakan keyboard serta dapat memperbaiki kemahiran menaip individu tersebut.Di samping itu, pertandingan ini dapat mengajar peserta untuk fokus dan pantas dalam menggunakan keyboard.

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh petugas. Petugas menerangkan kepada peserta mengenai :
  • Home Keys dan Basic Drills untuk tangan kanan dan kiri.
  • Petugas membantu peserta untuk mempelajari kaedah menaip dengan betul.
  • Peserta diberi teks dan masa oleh petugas untuk melakukan typing fast ini.

 

Galeri Gambar

AKTIVITI KOLAJ – HARI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tarikh : 8 September 2018   (Sabtu)
Masa 10.00 pagi – 12.00 Tgh
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat meluangkan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah
  • Dapat memupuk semangat cinta akan negara sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 16 September 2018
  • Para peserta dapat menggunting dan menyusun dengan kemas dan teliti
  • Dapat menghasilkan kolaj mengikut kreativiti para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan apa itu kolaj dan menunjukkan contoh-contoh hasil kolaj yang baik
  • Petugas menunjukkan satu persatu alatan yang digunakan dalam aktiviti membuat kolaj Hari Malaysia
  • Petugas mengarahkan para peserta mengambil bahan dan alatan membuat kolaj seperti kertas warna, gam dan gunting
  • Kemudian, petugas menunjukkan demontrasi cara meletakkan gam dan melekatkan kertas pada bahan edaran dengan kemas dan teratur
  • Para peserta memulakan aktiviti kolaj mereka

 

Galeri Disini

KELAS MULTIMEDIA : CANVA.MY (BOOKMARKS)

Tarikh : 19 Ogos 2018   (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat menghasilkan penanda buku mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing
  • Dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang multimedia
  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan penanda buku yang mudah dan ringkas
  • Menggalakkan komuniti setempat untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan secara ringkas perjalanan aktiviti yang bakal berlangsung
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.canva.com
  • Seterusnya petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat pada laman sesawang tersebut
  • Petugas menunjukkan cara-cara untuk mereka cipta grafik bagi menghasilan penanda buku
  • Para peserta memulakan aktiviti mereka cipta mereka

 

Galeri Disini

E-LEARNING – JIGSAW PUZZLE PLANET

Tarikh : 2 September 2018   (Ahad)
Masa 10.00 pagi – 12.00 Tgh
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk memastikan minda kita tajam.
  • Untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran kita.
  • Untuk menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama.
  • Untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.

 

AKTIVITI  :

  • Program dimulakan dengan pengenalan laman browser Google Chrome.
  • Petugas meminta peserta menaip laman web yang ingin digunakan iaitu ( www.jigsawplanet.com)
  • Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis puzzle yang ada.
  • Peserta diminta memilih puzzle yang mempunyai 35 puzzle sebagai permulaan.
  • Setelah selesai dengan 35 puzzle,peserta meneruskan dengan bilangan puzzle yang bertambah dan membuat puzzle dalam masa yang ditetapkan.

 

Galeri Gambar

KELAS EDITING BY POWER POINT

Tarikh : 18 Ogos 2018   (Sabtu)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat menggunakan PowerPoint untuk mengedit gambar menjadi lebih menarik
  • Para peserta juga mempelajari cara-cara untuk menggunakan enjin carian google dan seterusnya memuat turun gambar
  • Melatih peserta menjadi lebih mahir menggunakan enjin carian google untuk mencari imej yang diminta oleh petugas
  • Peserta dapat mengenali ikon-ikon yang terdapat pada Microsoft office PowerPoint

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas meminta para peserta untuk menggunakan enjin carian google dan klik pada google image
  • Seterusnya petugas meminta peserta untuk mencari gambar “Sayangi Malaysiaku”
  • Kemudian, para peserta diminta untuk memuat turun gambar tersebut
  • Petugas memulakan sesi pembelajaran dengan meminta para peserta membuka Microsoft Office PowerPoint
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta menggunakan  iaitu :
  • Memasukkan gambar ke dalam PowerPoint
  • Membuang latar belakang dan menggantikan dengan latar yang baru
  • Membuat shadow/bayang-bayang pada gambar
  • Mempelajari menggunakan format picture

 

Gambar Disini