AKTIVITI QURAN HOUR

Tarikh : 2 Jun 2018  (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 9 Orang

 

TUJUAN  :

  • Menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan program Quran Hour di Pi1M bersama komuniti setempat
  • Mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini
  • Dapat mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam umat islam daripada pelbagai lapisan masyarakat

 

AKTIVITI  :

  1. Petugas membuka Youtube dan membuka bacaan ayat-ayat Al- Quran
  2. Peserta bersama-sama membaca ayat-ayat yang dipaparkan pada smartboard

Peserta mendengar tazkirah Ramadhan yang dibuka oleh petugas

Galeri Disini

AKTIVITI PEMERIKSAAN KESIHATAN – MY HEALTH

Tarikh : 1 Jun 2018  (Jumaat)
Masa : 2.45 Petang – 4.45 Petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta dapat menjalankan pemeriksaan kesihatan yang terdapat di Pi1M iaitu :
  • pemeriksaan tekanan darah
  • pengukuran berat badan
  • pengukuran tinggi
  • pengiraan BMI (Body Mass Index)
  • Dapat memupuk para peserta untuk menjaga kesihatan sejak kecil lagi
  • Peserta didedahkan dengan kepentingan menjaga kesihatan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas  memberi taklimat ringkas kepada peserta yang terlibat
  • Petugas meminta seorang demi seorang peserta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan
  • Petugas meminta peserta untuk mengukur berat badan terlebih dahulu
  • Kemudian, aktiviti pemeriksaan tekanan darah dilakukan
  • Petugas menerangkan mengenai tahap tekanan darah peserta

 

Galeri Disini

KELAS ART AND CRAFT – DIY SAMPUL DUIT RAYA

Tarikh : 26 Mei 2018  (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 12 Orang

 

TUJUAN  :

  • Dapat melahirkan peserta yang kreatif dan inovatif
  • Peserta dapat membuat sampul raya mereka sendiri sempena hari raya yang bakal tiba
  • Dapat menarik lebih ramai komuniti setempat untuk berkunjung ke Pi1M dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ada

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan aktiviti yang bakal dijalankan
  • Peserta membuka enjin carian google untuk mencari cara-cara bagi menghasilkan sampul raya yang kreatif
  • Peserta juga menonton video di Youtube bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan idea membuat sampul duit raya
  • Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas pembalut hadiah, gam, gunting dan pen
  • Peserta memulakan aktiviti mereka

 

Galeri Gambar

KELAS ART AND CRAFT – KAD RAYA AIDILFITRI

Tarikh : 1 Jun 2018  (Jumaat)
Masa : 2.45 Petang – 4.45 Petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta dapat mencipta kad raya aidilfitri yang kreatif dan mengikut kreativiti mereka sendiri
  • Dapat memupuk sikap kerjasama diantara sesama peserta
  • Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti setempat
  • Mempromosikan kemudahan dan manfaat Pusat Internet

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas mengenai aktiviti yang akan berlangsung
  • Petugas membuka enjin carian google dan membuka Youtube
  • Petugas membuka video art and craft membuat kad hari raya supaya peserta mendapat idea untuk memulakan aktiviti
  • Peserta memulakan aktiviti mencipta kad raya

 

Galeri Gambar

KELAS BIJAK ICT - MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh : 23 Mei 2018  (Rabu)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan kelas ini diadakan ialah :

  • Para peserta dapat mempelajari tentang asas Microsoft office word iaitu memasukkan bentuk dan mengedit gambar
  • Peserta dapat menggunakan Microsoft Office Word untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas
  • Peserta mencari imej “frame cover” menggunakan enjin carian google
  • Peserta memulakan aktiviti bagi menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru
  • Petugas menerangkan ikon-ikon yang terdapat pada lembaran Microsoft Office Word bagi memudahkan peserta untuk menyelesaikan tugasan mereka

 

Galeri Gambar