KELAS MEDIA BARU (INTEL) - INSTAGRAM |
|
Tarikh | :21 julai 2018 (Sabtu) |
Masa | :11.00 pagi – 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN :
Memperkenalkan media baru iaitu Instagram kepada para peserta. Selain itu para pelajar dapat mempelajari fungsi-fungsi dan kegunaan Instagram yang menjadi salah satu platform media sosial pada masa kini.Dengan menghadiri kelas ini para pelajar mempelajari sesuatu yang baru mengenai media sosial selain Facebook.
AKTIVITI :
- Setelah selesai membuat Google Account, petugas membantu para peserta untuk mencipta satu akaun instagram dengan menggunakan akaun emel yang baru dicipta.Selain itu petugas menerangkan cara-cara untuk mencipta akaun Instagram dengan langkah yang betul.Kemudian petugas menerangkan mengenai fungsi-fungsi dan kegunaan Instagram pada para peserta.Para peserta memulakan aktiviti mencipta akaun Instagram masing-masing dengan dipantau oleh petugas.
KELAS MEDIA BARU (INTEL) – MENCIPTA GOOGLE ACCOUNT |
|
Tarikh | :21 julai 2018 (Sabtu) |
Masa | :9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN :
Petugas mendedahkan kepada peserta mengenai jenis-jenis email yang mudah digunakan seperti Gmail & Yahoo Email.Para peserta akan diajar untuk membina akaun gmail sendiri bagi kemudahan masa hadapan. Para peserta akan mempraktiskan akaun yang telah siap dibina.Peserta akan diterangkan tentang manfaat menggunakan emel dalam kehidupan seharian.
AKTIVITI :
Petugas menerangkan mengenai jenis-jenis emel kepada para peserta. Petugas menerangkan dan menunjukkan cara-cara mencipta akaun Gmail yang baharu seperti membuka browser gmail (gmail.com.my),kemudian memilih “CREATE NEW ACCOUNT” serta mengisi borang yang disediakan di dalam “CREATE ACCOUNT”. Petugas menerangkan item-item yang terdapat di dalam Gmail (Compose, Inbox, Sent Item). Peserta menghantar email sesama sendiri menggunakan gmail yang telah di bina. Petugas menerangkan mengenai kegunaan emel secara keseluruhan serta manfaat jika menggunakan emel di dalam urusan seharian
E-PEMBELAJARAN – AKTIVITI KUIZ DAN SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT INTERNET |
|
Tarikh | :13 julai 2018 (Jumaat) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 18 Orang |
TUJUAN :
Bagi menarik lebih ramai komuniti setempat untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Petugas menggalakkan komuniti setempat untuk mempelajari bidang teknologi maklumat terutamanya mengenai komputer dan internet. Selain itu dengan adanya aktiviti ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim petugas dan komuniti setempat sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.
AKTIVITI :
Aktiviti dimulakan oleh petugas dengan aktiviti kuiz mengenai Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk membaca doa makan. Aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfiti Pusat Internet dimulakan disertakan juga sesi bergambar bersama peserta yang hadir.
KELAS ASAS MENAIP |
|
Tarikh | :14 julai 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
Para peserta diajar untuk mempelajari mengenai Microsoft Office Word dan Microsoft Excel.Selain itu peserta akan dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru mereka. Ianya juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan tetikus.
AKTIVITI :
Sebelum memulakan kelas, petugas memberi penerangan secara asas mengenai Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel.Petugas membantu dan membimbing peserta bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus mereka.Dengan dipantau oleh petugas, peserta memulakan aktiviti mereka.
KELAS E-PEMBELAJARAN – WORD SEARCH |
|
Tarikh | :7 Julai 2018 (Sabtu) |
Masa | : 11.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 11 Orang |
TUJUAN :
Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris para peserta.Selain itu peserta dapat memperbaiki sebutan kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Untuk menjadikan peserta lebih fokus untuk mencari perkataan yang tersembunyi.
AKTIVITI :
Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Petugas membuka word search online menggunakan smartboard.Petugas menerangkan cara untuk mencari perkataan yang tersembunyi dan cara penggunaan smartboard.Para peserta memulakan aktiviti mereka dengan dipantau oleh petugas.