KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MY KOMUNITI

Tarikh : 14 September 2018   (Jumaat)
Masa 4.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
  • Dapat menggalakkan lebih ramai komuniti setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti
  • Para peserta dapat membuat ucapan selamat Hari Malaysia mengunakan medium My Komuniti
  • Para peserta juga dapat berkongsi perasaan mereka selepas menyertai kelas yang dianjurkan dengan membuat pengumuman menggunakan saluran My Komuniti

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
  • Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
  • Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard
  • Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta
  • Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
  • Peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan gambar yang menarik  semasa aktiviti membuat pengumuman

 

Galeri Gambar

KELAS E-PEMBELAJARAN : AKTIVITI MENAIP PANTAS (TYPING FAST)

Tarikh : 14 September 2018   (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menguji kemahiran untuk menaip dengan pantas menggunakan keyboard serta dapat memperbaiki kemahiran menaip individu tersebut.Di samping itu, pertandingan ini dapat mengajar peserta untuk fokus dan pantas dalam menggunakan keyboard.

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh petugas. Petugas menerangkan kepada peserta mengenai :
  • Home Keys dan Basic Drills untuk tangan kanan dan kiri.
  • Petugas membantu peserta untuk mempelajari kaedah menaip dengan betul.
  • Peserta diberi teks dan masa oleh petugas untuk melakukan typing fast ini.

 

Galeri Gambar

E-LEARNING – JIGSAW PUZZLE PLANET

Tarikh : 2 September 2018   (Ahad)
Masa 10.00 pagi – 12.00 Tgh
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk memastikan minda kita tajam.
  • Untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran kita.
  • Untuk menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama.
  • Untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.

 

AKTIVITI  :

  • Program dimulakan dengan pengenalan laman browser Google Chrome.
  • Petugas meminta peserta menaip laman web yang ingin digunakan iaitu ( www.jigsawplanet.com)
  • Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis puzzle yang ada.
  • Peserta diminta memilih puzzle yang mempunyai 35 puzzle sebagai permulaan.
  • Setelah selesai dengan 35 puzzle,peserta meneruskan dengan bilangan puzzle yang bertambah dan membuat puzzle dalam masa yang ditetapkan.

 

Galeri Gambar

AKTIVITI KOLAJ – HARI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tarikh : 8 September 2018   (Sabtu)
Masa 10.00 pagi – 12.00 Tgh
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat meluangkan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah
  • Dapat memupuk semangat cinta akan negara sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 16 September 2018
  • Para peserta dapat menggunting dan menyusun dengan kemas dan teliti
  • Dapat menghasilkan kolaj mengikut kreativiti para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan apa itu kolaj dan menunjukkan contoh-contoh hasil kolaj yang baik
  • Petugas menunjukkan satu persatu alatan yang digunakan dalam aktiviti membuat kolaj Hari Malaysia
  • Petugas mengarahkan para peserta mengambil bahan dan alatan membuat kolaj seperti kertas warna, gam dan gunting
  • Kemudian, petugas menunjukkan demontrasi cara meletakkan gam dan melekatkan kertas pada bahan edaran dengan kemas dan teratur
  • Para peserta memulakan aktiviti kolaj mereka

 

Galeri Disini

KELAS MULTIMEDIA : CANVA.MY (BOOKMARKS)

Tarikh : 19 Ogos 2018   (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat menghasilkan penanda buku mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing
  • Dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang multimedia
  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan penanda buku yang mudah dan ringkas
  • Menggalakkan komuniti setempat untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan secara ringkas perjalanan aktiviti yang bakal berlangsung
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.canva.com
  • Seterusnya petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat pada laman sesawang tersebut
  • Petugas menunjukkan cara-cara untuk mereka cipta grafik bagi menghasilan penanda buku
  • Para peserta memulakan aktiviti mereka cipta mereka

 

Galeri Disini