KELAS ADVOKASI – MOBILE E-WASTE / CHECK YOUR LABEL (CYL) & DASHBOARD KOMUNITI |
|
Tarikh | : 10 Ogos 2018 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN :
- Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
- Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
- Melalui penerangan Check Your Label, peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika ingin membuat pembelian sesuatu barang telekomunikasi
- Melalui penerangan Dashboard Komuniti pula, para peserta dapat menyertai kuiz My Health yang tengah berlangsung dan berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik
- Dapat meningkatkan penggunaan Dashboard Komuniti dalam kalangan masyarakat setempat
- Untuk mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dengan menjawab soalan yang diberikan oleh petugas
AKTIVITI :
- Aktiviti pertama dimulakan dengan penerangan dan taklimat daripada petugas mengenai Mobile E-Waste
- Petugas menerangkan mengenai apa itu Mobile E-Waste dan juga manfaat yang diperoleh jika melakukan aktiviti yang disarankan di dalam program ini. Antara manfaatnya ialah :
- Memelihara sumber asli
- Mengurangkan perubahan cuaca
- Mengurangkan pembaziran
- Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk memastikan sesuatu barangan telekomunikasi itu mempunyai label daripada pihak MCMC
- Aktiviti diteruskan dengan membantu para peserta untuk menyelesaikan kuiz yang terdapat pada ruangan MY Health di Dashboard Komuniti