KELAS GOOGLE & MEMBUAT VIDEO (KIZOA.COM) – TENTANG MALAYSIA |
|
Tarikh | : 18 Ogos 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 8 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat menghasilkan video yang bertemakan “tentang Malaysia”
- Para peserta mendapat ilmu pengetahuan mengenai Malaysia secara tidak langsung
- Dapat melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif dengan menghasilkan video yang menarik
- Memupuk semangat patriotik para peserta sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61
AKTIVITI :
- Petugas memulakan aktiviti dengan menceritakan mengenai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 pada tahun ini
- Petugas meminta para peserta untuk memberi pandangan dan idea mereka bagi menghasilkan sebuah video yang menarik
- Para peserta memulakan aktiviti mencari bahan yang diperlukan untuk menghasilkan video yang menarik dengan menggunakan enjin carian google
- Setelah mendapat idea, para peserta memulakan aktiviti membuat video dengan menggunakan aplikasi Kizoa.com
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta sehingga tamat sesi aktiviti
KELAS ADVOKASI – MOBILE E-WASTE / CHECK YOUR LABEL (CYL) & DASHBOARD KOMUNITI |
|
Tarikh | : 10 Ogos 2018 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN :
- Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
- Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
- Melalui penerangan Check Your Label, peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika ingin membuat pembelian sesuatu barang telekomunikasi
- Melalui penerangan Dashboard Komuniti pula, para peserta dapat menyertai kuiz My Health yang tengah berlangsung dan berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik
- Dapat meningkatkan penggunaan Dashboard Komuniti dalam kalangan masyarakat setempat
- Untuk mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dengan menjawab soalan yang diberikan oleh petugas
AKTIVITI :
- Aktiviti pertama dimulakan dengan penerangan dan taklimat daripada petugas mengenai Mobile E-Waste
- Petugas menerangkan mengenai apa itu Mobile E-Waste dan juga manfaat yang diperoleh jika melakukan aktiviti yang disarankan di dalam program ini. Antara manfaatnya ialah :
- Memelihara sumber asli
- Mengurangkan perubahan cuaca
- Mengurangkan pembaziran
- Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk memastikan sesuatu barangan telekomunikasi itu mempunyai label daripada pihak MCMC
- Aktiviti diteruskan dengan membantu para peserta untuk menyelesaikan kuiz yang terdapat pada ruangan MY Health di Dashboard Komuniti
KELAS ICT : RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI |
|
Tarikh | : 05 Ogos 2018 (Ahad) |
Masa | :10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat mengenalpasti jenis-jenis rangkaian
- Dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mengenai konsep asas rangkaian komputer dan komunikasi
- Peserta mempelajari mengenai kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi
AKTIVITI :
- Petugas memulakan aktiviti dengan memberi penerangan kepada peserta mengenai definisi rangkaian komputer dan definisi komunikasi
- Petugas memberi pendedahan mengenai kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi iaitu :
- Berkongsi fail/data/informasi
- Kongsi Talian Internet
- Berkongsi Perkakasan seperti pencetak dan pengimbas
- Menggalakkan Perdagangan Elektronik
- Peluang pendidikan meluas
- Menyediakan proses komunikasi yang pelbagai
- Kemudian, petugas menerangkan dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis rangkaian komputer.
KELAS DASHBOARD MY KOMUNITI & KUIZ MY HEALTH |
|
Tarikh | : 07 Ogos 2018 (Selasa) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 8 Orang |
TUJUAN :
- Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
- Untuk melahirkan peserta yang berpengetahuan luas dalam bidang kesihatan dan menunjukkan rekod My Health yang telah dilakukan serta menjawab kuiz yang disediakan.
AKTIVITI :
- Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
- Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
- Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard.
- Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta.
- Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
- Peserta juga turut melihat keputusan My Health yang telah dilakukan.
- Selain itu, para peserta menjawab kuiz My Health yang telah disediakan di laman sesawang My Health.
KELAS KANAK-KANAK : ASAS KOMPUTER |
|
Tarikh | :03 Ogos 2018 (Jumaat) |
Masa | :3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : Orang |
TUJUAN :
- Untuk mengenalpasti perkakasan di dalam case komputer.
- Untuk mengenali asas sistem komputer yang diguna pakai.
- Untuk mengenali perkakasan yang terdapat dalam sistem komputer.
- Untuk mengenalpasti apa itu peranti input & output sesebuah komputer.
- Untuk dapat membezakan jenis-jenis peranti storan
AKTIVITI :
- Petugas bersoal jawab terlebih dahulu dengan peserta tentang peralatan komputer yang terdapat di hadapan mereka.
- Setelah mengenalpasti peralatan, petugas menerangkan asas sistem komputer yang diguna pakai pada masa kini.
- Petugas juga turut menerangkan perkakasan yang terdapat dalam sistem komputer.
- Bagi lebih mendalami asas komputer,petugas memberi keterangan mengenai peranti input & output sesebuah komputer serta menerangkan jenis-jenis peranti storan kepada para peserta.