KELAS TEKNIK ASAS PENGHASILAN SURAT RASMI

Tarikh : 06 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan dan menyediakan surat rasmi mengikut format yang betul
  • Para peserta juga mempelajari penggunaan bahasa yang sesuai dan tepat yang perlu digunakan semasa menghasilkan surat rasmi
  • Selain itu, supaya surat rasmi yang akan dihasilkan boleh difahami oleh penerima

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai definisi surat rasmi kepada para peserta yang terlibat
  • Petugas memberi penerangan mengenai peranan surat rasmi
  • Kemudian, petugas memulakan aktiviti penerangan mengenai format surat rasmi iaitu mengandungi aspek:
  • Alamat pengirim
  • Garis panjang melintang : dibuat di bawah alamat pengirim
  • Nama dan alamat penerima
  • Tarikh
  • Panggilan hormat penerima
  • Perkara / tajuk
  • Isi-isi
  • Pengakuan dan tanda tangan pengirim
  • Nama dan jawatan pengirim
  • Peserta menggunakan enjin carian google untuk mencari contoh surat rasmi sebagai rujukan
  • Latihan tutorial menghasilkan surat rasmi

 

Galeri Gambar

E-PEMBELAJARAN (QUIZIZZ.COM- BM & MATH)

Tarikh : 05 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara menggunakan aplikasi semasa ini serta memberi pendedahan akan kepentingan dan kebaikan penggunaan aplikasi ini jika digunakan ke arah kebaikan.
  • Peserta bermain sambil belajar.dan secara tidak langsung dapat menguji tahap kemahiran mereka dalam subjek matematik dan bahasa melayu.

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta peserta untuk membuka laman web https://quizizz.com di komputer masing-masing.
  • Setelah petugas memberikan penerangan, peserta memulakan menjawab kuiz matematik dan bahasa melayu yang telah dipilih.

 

Galeri Gambar

 

PENGENALAN ASAS MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh : 22 september 2018   (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk mempelajari penggunaan Microsoft Office Word dengan betul
  • Peserta dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Office Word untuk menyiapkan tugasan sekolah
  • Peserta didedahkan dengan fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Microsoft Office Word
  • Peserta dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas mengenai apa itu Microsoft Office Word
  • Petugas meminta peserta untuk membuka layout Microsoft Office Word
  • Petugas menerangkan mengenai ikon-ikon yang terdapat pada layout tersebut  dan menerangkan fungsi-fungsi setiap ikon tersebut
  • Kemudian, kelas diteruskan dengan memberi latihan tutorial kepada peserta iaitu memberi teks ringkas kepada peserta dan meminta peserta untuk menaip semula teks tersebut
  • Aktiviti diteruskan dengan petugas mengajar peserta cara-cara untuk memasukan kotak, memasukkan gambar, menukar tulisan dan saiz tulisan dan pelbagai lagi aktiviti untuk meningkatkan kefahaman peserta

 

Galeri Gambar

E-PEMBELAJARAN – KUIZ MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI DAN MEMBINA PERKATAAN DARI “HARI MALAYSIA”

Tarikh : 22 september 2018   (Sabtu)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 9 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam lagi
  • Para peserta lebih fokus untuk mencari perkataan yang tersembunyi
  • Dapat meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu para peserta
  • Dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas membuka kuiz mencari perkataan tersembunyi di smartboard
  • Petugas menunjukkan cara untuk mencari perkataan yang tersembunyi dan cara menggunakan smartboard
  • Para peserta membuat aktiviti yang seterusnya iaitu membina perkataan dengan menggunakan perkataan “Hari Malaysia”
  • Para peserta memulakan aktiviti mereka

 

Galeri Gambar

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Tarikh : 15 September 2018   (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 29 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan komuniti setempat
  • Dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli semasa aktiviti berkumpulan
  • Dapat mengasah motor halus dan motor kasar para peserta yang mengambil bahagian
  • Dapat melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif
  • Peserta mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai ketika aktiviti pertandingan deklamasi sajak

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak dan nyanyian lagu patriotik
  • Aktiviti kedua ialah aktiviti “Mengenali Bendera Malaysia Negeri Di Malaysia”
  • Aktiviti ketiga ialah aktiviti “Treasure Hunt” mencari perktaan sayangi Malaysiaku
  • Aktiviti keempat ialah  Aktiviti Art and Craft “Kolaj Bendera Malaysia”
  • Aktiviti kelima iaitu Pertandingan Deklamasi sajak
  • Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang

 

Galeri Gambar