KELAS MULTIMEDIA – GOOGLE + FLYERS BEKAM |
|
Tarikh | : 06 Mac 2019 (Rabu) |
Masa | : 2.00Petang – 4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN :
- Peserta dapat mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan flyers bekam menggunakan enjin carian google
- Peserta juga dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan flyers bekam yang menarik dan kreatif
- Menggalakkan golongan belia untuk mengunjungi Pusat Internet dan menggunakan segala kemudahan yang ada
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari gambar-gambar dan butiran yang diperlukan bagi menghasilkan flyers bekam yang menarik
- Peserta memuat turun imej-imej menarik di google imej
- Kemudian, peserta memulakan aktiviti menghasilakn flyers bekam beliau menggunakan Microsoft Office Word
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk menghasilkan flyers yang mampu menarik minat para pelanggan
YOUTUBE & PERMAINAN TRADISIONAL GETAH SKIPPING |
|
Tarikh | : 03 Mac 2019 (Ahad) |
Masa | : 3.30 Petang – 5.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat diperkenalkan dengan permainan warisan yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat moden kini
- Para peserta berpeluang untuk mengenali sejarah dan latar belakang permainan tradisional ini
- Para peserta juga dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan getah skipping mereka sendiri
- Melalui aktiviti ini, dapat memupuk sifat kerjasama dan tolak ansur para peserta bagi menghasilkan getah skipping
AKTIVITI :
- Petugas memulakan aktiviti dengan membuka laman sesawang Youtube dan meminta para peserta mencari video yang berkaitan dengan permainan tradisional getah skipping
- Setelah menonton beberapa video yang berkaitan di Youtube, petugas meminta para peserta untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan asal usul permainan ini di enjin carian google
- Petugas menerangkan mengenai asal usul permainan tradisional getah skipping dan cara bermain dan juga peraturan permainan
- Petugas menerangkan mengenai bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan getah skipping
- Para peserta memulakan aktiviti membuat getah skipping
- Para peserta mencuba permainan tradisional ini bersama rakan-rakan mereka
E-KERAJAAN – PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8) |
|
Tarikh | : 10 Februari 2019 (Ahad) |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Membantu para peserta untuk mendaftar di bawah Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
- Para peserta diperkenalkan dengan laman sesawang http://www.spa.gov.my
- Mendedahkan para peserta dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPA8 untuk pelantikan ke perkhidmatan awam
- Untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian
AKTIVITI :
- Petugas meminta peserta untuk menggunakan browser Internet Explorer dan membuka laman sesawang http://www.spa.gov.my
- Kemudian, peserta dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan yang telah didaftarkan
- Peserta seterusnya diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti :
- Maklumat diri pemohon
- Maklumat akademik
- Maklumat ko-kurikulum
- Maklumat tambahan pemohon
- Akhir sekali, peserta diminta untuk memilih jawatan yang setaraf dengan kelulusan akademik dan seterusnya mengesahkan maklumat yang telah diisi
ADVOKASI – PORTAL SEBENARNYA.MY (TIDAK PASTI JANGAN KONGSI) |
|
Tarikh | : 13 Februari 2019 (Rabu) |
Masa | : 2.30 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Mendedahkan kepada para peserta mengenai objektif sebenar sebenarnya.my
- Para peserta turut didedahkan dengan kesan buruk yang akan diperoleh daripada berita palsu
- Memberi penerangan mengenai inisiatif industri bagi menangani penyebaran maklumat palsu
- Memberi penerangan mengenai peranan MCMC dalam mengawal kandungan palsu
- Mendedahkan mengenai Portal Sebenarnya.my iaitu bagi mendidik masyarakat untuk menyemak kesasihan maklumat terlebih dahulu
AKTIVITI :
- Petugas membuka slide berkaitan dengan sebenarnya.my tidak pasti jangan kongsi di komputer
- Petugas meminta peserta untuk membaca maklumat yang disediakan terlibih dahulu
- Kemudian, petugas menerangkan intipati yang terdapat di dalam slide berkenaan
- Petugas juga menerangkan mengenai fungsi utama Portal Sebenarnya.my
- Para peserta membuka portal sebenarnya.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci mengenai kesasihan sesuatu maklumat
E-KERAJAAN – KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019 |
|
Tarikh | : 09 Februari 2019 (Sabtu) |
Masa | : 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Membantu komuniti setempat untuk mengemaskini data yang diperlukan bagi memohon Bantuan Sara Hidup 2019
- Komuniti setempat boleh mengemaskini maklumat yang diperlukan secara atas talian tanpa perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Di samping itu, dapat melahirkan komuniti setempat yang celik ilmu komputer dan internet
- Komuniti setempat dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet
AKTIVITI :
- Petugas memberi penerangan terlebih dahulu mengenai dokumen-dokumen penting yang diperlukan dalam proses mengemaskini atau permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2019
- Petugas membawa peserta ke laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my
- Para peserta dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan dan nombor TAC yang dihantar menerusi nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
- Seterusnya para peserta dikehendaki mengemaskini ruangan yang disediakan iaitu :
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Anak
- Maklumat Bank
- Memuatnaik Dokumen Sokongan
- Maklumat Waris
- Pengesahan dan Hantar
- Akhir sekali, petugas membantu mencetak dokumen yang telah selesai dikemaskini oleh para peserta sebagai bukti telah mengemaskini atau membuat permohonan baru BSH 2019