YOUTUBE DAN DIY WHIRLIGIG CRAFT

Tarikh : 05 April  2019 (Jumaat)
Masa 3.00Petang –5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

  •  Untuk mengekpresikan Kreativiti peserta.
  • Untuk meningkatkan lagi motor skill para peserta.
  • Untuk menjadikan peserta bekerjasama membantu yang lain.

 

AKTIVITI  :

  • Bahan diperlukan: 
  • corak whirlygig yang boleh dicetak, tali, kadbod keras, gam, gunting dan pencucuk lidi
  • Cetak corak whirlygig yang diingini. kemudian tampal di atas kadbod keras.
  • Cucuk lubang di bahagian tengah dan masukkan tali.
  • Ikat tali, dan siap.

 

Galeri Gambar

YOUTUBE DAN ART & CRAFT SLIME

Tarikh : 15 Mac 2019 (Jumaat)
Masa 3.00Petang –5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 3Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat menggunakan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah
  • Dapat meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan komputer dan internet
  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan slime mengikut kreativiti mereka

 

AKTIVITI  :

  • Peserta membuka enjin carian google dan membuka Youtube
  • Petugas meminta para peserta untuk mencari cara-cara untuk menghasilkan slime menerusi Youtube
  • Kemudian, petugas meminta para peserta untuk melihat bahan-bahan yang diperlukan
  • Petugas dan para peserta menyediakan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan
  • Aktiviti membuat slime dimulakan
  • Setelah berjaya menghasilkan slime, para peserta bermain bersama slime yang telah mereka hasilkan

 

Galeri Gambar

KELAS E-PEMBELAJARAN – QUIZIZZ.COM

Tarikh : 08 Mac 2019 (Jumaat)
Masa 2.30Petang –4.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 9 Orang

 

TUJUAN  :

  • Dapat menguji kemahiran para peserta mengikut pilihan kategori kuiz yang telah mereka pilih
  • Para peserta dapat mengulangkaji pelajaran sambil bermain bersama rakan-rakan mereka
  • Dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para peserta memandangkan kuiz yang disediakan di dalam Quizizz sesemuanya di dalam Bahasa Inggeris
  • Dapat meningkatkan tahap pemikiran para peserta ketika melakukan aktiviti ini

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang Quizizz.com
  • Petugas meminta para peserta untuk memilih kategori “Animals” sebagai permulaan

 

Galeri Gambar

MEMPERKENALKAN FACEBOOK PAGE MENARIK DI JELEBU

Tarikh : 08 Mac 2019 (Jumaat)
Masa 4.30Petang –5.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 9 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memperkenalkan Facebook Page Menarik Di Jelebu di bawah kendalian Pusat Internet di Daerah Jelebu
  • Menerangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam Facebook Page Menarik Di Jelebu
  • Dapat meningkatkan pengikut di Facebook Page Menarik Di Jelebu
  • Dapat mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada disekitar Jelebu

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka Facebook Page Menarik Di Jelebu
  • Kemudian, petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat di page berkenaan
  • Petugas membuka video-video menarik yang telah dihasilkan oleh semua petugas Pusat Internet Di Daerah Jelebu
  • Aktiviti menonton video dimulakan

 

Galeri Gambar

KELAS KEUSAHAWANAN – PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN  (LAZADA & SHOPEE)

Tarikh : 06 Mac 2019 (Rabu)
Masa 4.00Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta boleh membuat perbandingan harga produk yang diingini melalui Lazada dan Shopee
  • Dapat menjimatkan masa peserta dengan membuat pembelian secara atas talian
  • Peserta juga dapat mempelajari cara-cara untuk memilih sama ada produk yang dipilih dijual oleh peniaga yang boleh dipercayai atau tidak
  • Peserta dapat mempelajari cara-cara untuk membuka akaun di lazada dan Shopee

 

AKTIVITI  :

  • Peserta memaklumkan kepada petugas ingin mencari set alatan bekam dan petugas mencadangkan membeli secara atas talian iaitu melalui Lazada dan Shopee
  • Petugas membantu peserta untuk membuka akaun Lazada dan Shopee
  • Setelah selesai mendaftar, petugas menunjukkan cara-cara untuk menggunakan laman web berkenaan
  • Peserta memulakan aktiviti mencari set alatan bekam dan membuat perbandingan di antara kedua-dua laman web tersebut

 

Galeri Gambar