E- PEMBELAJARAN – YOUTUBE & 3D POP-UP CARD HAPPY MOTHERS DAY

Tarikh : 12 Mei  2019 (Ahad)
Masa 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta :7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat menzahirkan rasa kasih sayang terhadap ibu mereka dengan mencipta kad ucapan sempena Hari Ibu
  • Para peserta dapat mengaplikasikan apa yang ditonton di Youtube dan mencipta kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing
  • Dapat mendorong para peserta untuk lebih menghargai pengorbanan ibu mereka
  • Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan menerangkan serba ringkas mengenai kepentingan seorang anak menghargai ibu bapa mereka
  • Kemudian, petugas membuka laman sesawang Youtube dan membuka https://www.youtube.com/watch?v=qNUtoW3pW6k
  • Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan kad yang menarik dan kreatif
  • Aktiviti menghasilkan kad ucapan Hari Ibu dimulakan

 

Galeri Gambar

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Tarikh : 11 Mei  2019 (Sabtu)
Masa 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta :7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Melalui kelas ini para peserta akan diuji dengan pelbagai jenis soalan yang berkaitan dengan Bulan Ramadhan
  • Dapat menguji tahap pembelajaran para peserta mengenai subjek Pendidikan Islam
  • Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada para peserta mengenai Bulan Ramadhan
  • Dapat mendorong para peserta untuk berpuasa dari bangku sekolah rendah lagi

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas membuka laman sesawang https://www.classtools.net/random-name-picker/
  • Melalui laman sesawang tersebut, petugas mencatat nama para peserta di ruangan “name picker” yang disediakan
  • Kemudian, petugas klik pada “class tools” berkenaan, nama yang dipilih akan menjawab soalan kuiz yang telah disediakan di dalam bekas yang disediakan
  • Aktiviti program Ihya Ramadhan dimulakan dan peserta yang mendapat markah yang paling tinggi akan mendapat hadiah daripada petugas

 

Galeri Gambar

E-PEMBELAJARAN – YOUTUBE & DIY DIAMOND BOX

Tarikh : 04 Mei  2019 (Sabtu)
Masa 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta :6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bagi mendorong para peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran yang diterima dari Youtube kepada sesuatu yang realistik
  • Mendorong para peserta untuk berfikir secara kreatif bagi menghasilkan Diy Diamond Box
  • Dapat memupuk semangat kerjasama diantara sesama peserta
  • Peserta dapat menggunakan masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas membuka aplikasi Youtube dan membuka cara-cara untuk menghasilkan Diy Diamond Box
  • Para peserta menonton cara-cara untuk menghasilkan Diy Diamond Box
  • Petugas menerangkan bahan-bahan yang diperlukan
  • Petugas menunjukkan cara-cara  menghasilkan Diy Diamond Box
  • Aktiviti menghasilkan Diy Diamond Box dimulakan

 

Galeri Gambar

ADVOKASI – CHECK YOUR LABEL & MOBILE E-WASTE

Tarikh : 11 Mei  2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi -10.00 Pagi 
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta :7 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
  • Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
  • Melalui penerangan Check Your Label, peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika ingin membuat pembelian sesuatu barang telekomunikasi

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan memberi pendedahan dan penjelasan mengenai Advokasi Check Your Label dan Mobile E-Waste
  • Petugas membuka video yang berkaitan bagi menambahkan pemahaman para peserta yang terlibat dengan aktiviti ini
  • Sesi soal jawab bersama para peserta bagi menguji tahap kefahaman mereka

 

Galeri Gambar

DASHBOARD KOMUNITI – PEMERIKSAAN KESIHATAN

(MY HEALTH)

Tarikh : 03 Mei  2019 (Jumaat)
Masa : 03.00 Petang – 05.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta :6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Mempromosikan Dashboard Komuniti terutamanya pemeriksaan kesihatan kepada komuniti setempat
  • Komuniti setempat dapat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma di Pusat Internet
  • Dapat melahirkan komuniti yang sihat dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di Pusat Internet
  • Untuk meningkatkan penggunaan peralatan My Health

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memulakan aktiviti dengan menyediakan peralatan dan perkakasan yang diperlukan untuk memulakan aktiviti pemeriksaan kesihatan
  • Aktiviti pertama petugas meminta setiap peserta untuk mengukur berat badan masing-masing
  • Kemudian petugas melakukan pemeriksaan tekanan darah kepada peserta yang terlibat
  • Petugas membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah
  • Petugas mengajar para peserta cara-cara mengira Body Mass Index (BMI)
  • Petugas memberi nasihat ringkas mengenai kesihatan kepada para peserta

 

Galeri Gambar