E-KERAJAAN : MENGEMASKINI PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8I)

Tarikh : 18 September 2019 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN  :

  • Membantu para peserta untuk mengemaskini data dan maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
  • Mendedahkan para peserta dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPA8 untuk pelantikan ke perkhidmatan awam
  • Untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta peserta untuk menggunakan browser Internet Explorer dan membuka laman sesawang http://www.spa.gov.my
  • Kemudian, peserta dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan yang telah didaftarkan
  • Peserta seterusnya diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti :
  • Maklumat diri pemohon
  • Maklumat akademik
  • Maklumat ko-kurikulum
  • Maklumat tambahan pemohon
  • Akhir sekali, peserta diminta untuk memilih jawatan yang setaraf dengan kelulusan akademik dan seterusnya mengesahkan maklumat yang telah diisi

 

Galeri Gambar

KLIK DENGAN BIJAK & KELAS MULTIMEDIA : BULI SIBER & CANVA.COM

Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai maksud sebenar buli siber
  • Kemudian, peserta didedahkan dengan jenis-jenis buli siber dan kesan buli siber kepada mangsa buli siber
  • Seterusnya petugas menerangkan mengenai cara-cara untuk mencegah buli siber
  • Melalui aktiviti seterusnya, para peserta dapat mempelajari mencipta kad ucapan Hari Malaysia menggunakan canva.com

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari maklumat mengenai buli siber
  • Kemudian, petugas memberi penerangan dan penerangan mengenai elemen yang terdapat di dalam buli siber bagi memudahkan pemahaman para peserta
  • Seterusnya, petugas meminta para peserta untuk mencari video di Yotube bagi menambahkan lagi tahap kefahaman para peserta
  • Aktiviti kedua dimulakan iaitu aktiviti multimedia mencipta kad ucapan Selamat Hari Malaysia menggunakan canva.com
  • Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com bagi menghasilkan kad ucapan yang menarik dan kreatif

 

Galeri Gambar

KLIK DENGAN BIJAK & E-PEMBELAJARAN : MAKLUMAT PALSU & ASTRO TUTOR SUBJEK MATEMATIK

Tarikh : 06 September 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta didedahkan dengan maksud sebenar maklumat palsu iaitu maklumat yang disebarkan tanpa kesasihan serta bukti yang sah dan jika tidak dibendung penyebarannya, ia boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif
  • Petugas mededahkan mengenai kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar
  • Seterusnya memberi penerangan mengenai cara-cara mahu memastikan kesahihan sesuatu maklumat
  • Kemudian, para peserta dapat mengulangkaji secara atas talian dengan menggunakan Astro Tutor Tv  secara percuma bagi subjek Matematik

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memulakan kelas dengan memberi taklimat dan penerangan menyeluruh mengenai Klik Dengan Bijak – Maklumat palsu
  • Menonton video-video yang berkaitan dengan Maklumat palsu
  • Kemudian, petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang Astro Tutor Tv https://www.tutortv.com.my/upsr/topic/bm/1/1
  • Petugas menerangkan cara-cara bagaimana untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan laman sesawang berkenaan
  • Aktiviti dimulakan dengan bantuan yang minima daripada petugas

 

Galeri Gambar

DASHBOARD KOMUNITI & E-PEMBELAJARAN : PEMERIKSAAN KESIHATAN (MY HEALTH) & FIND HIDDEN OBJECTS

Tarikh : 11 September 2019 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN  :

  • Mempromosikan Dashboard Komuniti terutamanya pemeriksaan kesihatan kepada komuniti setempat
  • Komuniti setempat dapat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma di Pusat Internet
  • Dapat melahirkan komuniti yang sihat dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di Pusat Internet
  • Untuk meningkatkan penggunaan peralatan My Health
  • Melalui aktiviti E-pembelajaran dapat menguji tahap fokus para peserta dalam mencari objek yang tersembunyi
  • Dapat memupuk sifat kerjasama dalam kalangan para peserta semasa menyelesaikan tugasan yang diberikan

 

AKTIVITI  :

  • peralatan dan perkakasan yang diperlukan untuk memulakan aktiviti pemeriksaan kesihatan
  • Aktiviti pertama petugas meminta setiap peserta untuk mengukur berat badan masing-masing
  • Kemudian petugas melakukan pemeriksaan tekanan darah kepada peserta yang terlibat dan kemudian membuat membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah
  • Petugas Petugas mengajar para peserta cara-cara mengira Body Mass Index (BMI) dan petugas memberi nasihat ringkas mengenai kesihatan kepada para peserta
  • Kemudian, petugas mengedarkan 2 jenis bahan edaran kepada para peserta iaitu untuk mencari objek yang tersembunyi dan para peserta memulakan aktiviti mereka

 

Galeri Gambar

KELAS E-PEMBELAJARAN : WARNA WARNI KEMERDEKAAN KE 62

Tarikh : 02 September 2019 (Isnin)
Masa : 09.00 Pagi – 11.00 Pagi
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Dapat memupuk dan menyuntik semangat kemerdekaan di dalam diri kanak-kanak
  • Dapat meningkatkan daya kreatif dan inovasi para peserta
  • Memberi peluang kepada para peserta untuk menonjolkan bakat mewarna
  • Dapat memupuk semangat Muhibbah, setiakawan, bekerjasama dan bertolak ansur kepada para peserta dan ibu bapa

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas mengenai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62
  • Kemudian, petugas mengedarkan bahan edaran mewarna kepada para peserta yang terlibat
  • Petugas memberi taklimat ringkas mengenai syarat-syarat pertandingan kepada para peserta yang terlibat
  • Aktiviti mewarna dimulakan dengan pengawasan daripada petugas

 

Galeri Gambar