Advokasi SKMM + Kelas Multimedia – Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital Masa Hadapan & Editing Video Menggunakan Aplikasi Filmora

Tarikh : 17 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang - 5:30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 11 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan mengenai Peruntukan undang-undang AKM98
  • Para peserta juga diberi penerangan mengenai jenayah siber dan contoh jenayah siber yang sering berlaku kini
  • Para peserta didedahkan dengan latar belakang MCMC

Petugas memberi pendedahan mengenai jenayah siber secara menyeleuruh kepada para peserta yang terlibat

  • Para peserta juga diberi penerangan mengenai pengawalseliaan alam siber / media baru yang melibatkan pelbagai agensi lain
  • Melalui aktiviti yang seterusnya, para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan video yang menarik dan kreatif dengan menggunakan aplikasi Filmora

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak – Hak & Tanggungjawab Warga Digital
  • Kemudian, petugas menerangkan mengenai contoh-contoh jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini
  • Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai aktiviti mutimedia iaitu menyunting video menggunakan aplikasi Filmora
  • Petugas memberi pendedahan mengenai ikon-ikon yang terdapat pada aplikasi tersebut
  • Aktiviti menyunting video dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk mencari bahan yang diperlukan menggunakan enjin carian google
  • Aktiviti menghasilkan video dimulakan dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

KDB + E-Pembelajaran – Teknologi dan Anda & Paper Folding Art : Youtube Origami

Tarikh : 12 Januari 2020 (Ahad)
Masa : 10:00 Pagi - 12:30 T/hari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan dan pendekatan kepada komuniti setempat mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
  • Memberi pendedahan mengenai literasi digital dan media iaitu kemampuan seseorang untuk menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis serta menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian
  • Melalui aktiviti E-Pembelajaran, para peserta dapat menonjolkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan origami yang menarik
 

AKTIVITI: 

  • Petugas memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
  • Kemudian, petugas meminta salah seorang peserta untuk membuka enjin carian Google dan membuka Youtube dan mencari cara-cara untuk menghasilkan origami yang mudah dan ringkas
  • Petugas menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan origami mengikut aplikasi di Youtube
  • Para peserta memulakan aktiviti mereka dengan bantuan yang minimal daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

KDB + Permainan Pendidikan – Maklumat Palsu & Chess Training Online

Tarikh : 05 Januari 2020 (Ahad)
Masa : 10:00 Pagi - 1:00 T/hari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 15 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada para peserta agar jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah sama ada di alam maya, aplikasi Whatsapp mahupun artikel
  • Para peserta juga diberi peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat yang belum pasti kesasihannya
  • Melalui permainan pendidikan Chess Training Online pula, dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Chess ini
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan chess ini

Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan  mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalam Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu iaitu :
    -Maksud sebenar maklumat palsu
    -Jenis-jenis maklumat palsu
    -Definisi bagi jenis-jenis maklumat palsu
    -Apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar?
    -Bagaimana mahu pastikan sumber maklumat itu sahih?
  • Aktiviti diteruskan dengan permainan pendidikan iaitu Chess Online Training
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Chess Training Online
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum aktiviti permainan ini dimulakan

 

Galeri Gambar


 

KDB + Latihan Keusahawanan – Mengurus Jejak Digital Anda & Junior Chef (Corndog)

Tarikh : 10 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang - 6:00 petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 17 Orang

 

TUJUAN:

    • Pendedahan mengenai Panduan Etika dan Daya Bijak di Internet (mengurus jejak digital anda)
  • Pendedahan mengenai Panduan Keselamatan Di Internet (Mengenal pasti penipuan dan muslihat di internet)
  • Dapat melahirkan usahawan cilik kelahiran Pusat Internet Ulu Seperi melalui aktiviti keusahawanan Junior Chef Corndog
  • Para peserta dapat menghasilkan makanan minum petang yang mudah bersama para peserta yang lain

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai panduan dan etika yang betul ketika menggunakan komputer dan internet
  • Kemudian, petugas memberi pendedahan mengenai panduan keselamatan iaitu mengenalpasti aktiviti penipuan dan muslihat yang terdapat di internet
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti keusahawanan – Junior Chef Corndog
  • Petugas membuka aplikasi Youtube dan mempertontonkan para peserta dengan resepi dan juga cara-cara untuk membuat corndog yang mudah dan ringkas
  • Kemudian, petugas menerangkan satu persatu bahan dan peralatan yang diperlukan bagi menjayakan kelas Chef Junior Corndog ini
  • Aktiviti keusahawanan dimulakan dengan bimbingan dan pemantauan daripada petugas
  • Aktiviti minum petang bersama para peserta yang terlibat

 

Galeri Gambar


 

Advokasi SKMM + Kelas Multimedia – Online Grooming & New Year Eve 2020 Poster

Tarikh : 04 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 3:00 Petang - 5:30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Online Grooming  yang menjadi tular pada masa kini
  • Mendedahkan maksud Online Grooming  kepada para peserta iaitu Grooming merupakan proses membina hubungan emosional dengan mangsa, untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk eksploitasi dan penderaan masa depan
  • Memberi kesedaran kepada para peserta tentang bahayanya penggunaan siber tanpa kawalan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah Online Grooming
  • Melalui aktiviti multimedia pula, para peserta dapat menghasilkan poster tahun baru 2020 mengikut kreativiti dan idea mereka yang tersendiri dengan menggunakan aplikasi Canva.my

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Advokasi SKMM iaitu Online Grooming yang merangkumi aspek :
    • -Langkah-langkah pencegahan Online Grooming yang melibatkan kanak-kanak
    • -Cara-cara berlakunya Online Grooming
    • -Taktik penyamar
    • -Tujuan Online Grooming
    • -Maksud Online Grooming
  • Kemudian, aktiviti diteruskan dengan kelas Multimedia iaitu mencipta Poster Tahun Baru 2020 dengan menggunakan aplikasi Canva.my
  • Petugas memberi penerangan ringkas sebelum aktiviti bermula
  • Aktiviti mencipta poster dimulakan dengan pemantauan daripada petugas

 

Galeri Gambar