KDB +Kelas Multimedia – Check Your Label & Youtube

Tarikh : 16 Febuari  2020 (Ahad)
Masa : 9:00 Pagi- 11:00 Pagi
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 13 Orang

 

TUJUAN:

  • Pendedahan mengenai kempen untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai agar memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sah sebelum membelinya
  • Check your label juga  untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai agar memastikan peralatan komunikasi mempunyai label mcmcm yang sah sebelum membelinya.
  • Pendedahan pada peserta mengenai cara yang betul menggunakan aplikasi youtube.
  • Para peserta dapat juga dapt mencari video dengan lebih mudah dan mendapat maklumat dengan melalui video di youtube.

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai check your label.
  • Kemudian, petugas memberi pendedahan mengenai panduan berkaitan peralatan komunikasi yang mestilah mempunyai label MCMC  yang sah sebelum membelinya.
  •  Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti melayari melayari Youtube di internet.
  • Petugas membuka aplikasi Youtube dan mempertontonkan para peserta cara- cara mencari video di youtube.

Kemudian peserta membuka menjalankan aktiviti di aplikasi Youtube yang di pantau oleh petugas

 

Galeri Gambar


 

KDB +Kelas Multimedia – Maklumat Palsu & Logo maker

Tarikh : 14 Febuari  2020 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang- 5:00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 9 Orang

 

TUJUAN:

  • Melalui kelas multimedia menghasilkan logo, para peserta dapat menghasilkan logo dengan kreatif.
  • Para peserta juga diberi peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat yang belum pasti kesasihannya
  • Memberi pendedahan kepada para peserta agar jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah sama ada di alam maya, aplikasi Whatsapp mahupun artikel
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk menghasilkan logo paling cantik.

Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan  mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalam Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu iaitu bagaimana mahu pastikan sumber maklumat itu sahih, apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar, definisi bagi jenis-jenis maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu, maksud sebenar maklumat palsu.
  • Aktiviti diteruskan dengan kelas multimedia Logo Maker.
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Canva.com
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum para peserta menghasilkan logo sendiri.

 

Galeri Gambar


 

E-Pembelajaran – CNY Color

Tarikh : 1 Febuari  2020 (Sabtu)
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 9 Orang

 

TUJUAN:

  • Melalui aktiviti para peserta dapat meningkatkan kemahiran sosial serta  emosi mereka iaitu dapat membantu para peserta belajar mematuhi peraturan dan arahan
  • Dapat meningkatkan kreativiti para peserta iaitu sewaktu aktiviti mewarna para peserta akan berfikir warna apa yang sesuai untuk padanan warna.
  • Mereka juga  akan lebih mengenali budaya masyarakat cina dan membuka fikiran mereka tentang perbezaan budaya , agama yang ada di Malaysia.

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Kemudian, petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta iaitu bahan edaran yang mengandungi gambar Chinese New Year.
  • Para peserta memulakan aktiviti mewarna mereka dengan dipantau oleh petugas
  • Sesi bergambar bersama para peserta yang terlibat

 

Galeri Gambar


 

E-Pembelajaran – Healthy Life & Sukaneka

Tarikh : 2 Febuari  2020 (Ahad)
Masa : 9:00 Pagi - 11:00 Pagi
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Aktiviti ini boleh dilakukan sendirian atau berkumpulan, seperti jogging, berjalan kaki, bola beracun, futsal, bola jaring dan sebagainya.
  • Cara hidup sihat bermaksud, bukan sahaja menjaga makan dan minum malah memerlukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara hidup sihat.
  • Memberi kesedaran kepada para peserta tentang  pentingnya aktiviti ini bagi mengelakkan mereka terkena penyakit obesiti, sakit jantung, demam.

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai  aktiviti yang akan dijalankan.
  • iaitu sukaneka, bola beracun dan lecut selipar.
  • Petugas memberi penerangan tentang pentingnya cara hidup sihat.
  • Petugas membahagi kumpulan kepada dua.
  • Aktiviti dimulakan dengan pemantauan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

KDB + E-Pembelajaran – Sebenarnya.my & Surat Rasmi Dan  Surat Tidak Rasmi

Tarikh : 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 3:00 Petang - 5:30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 18 Orang

 

TUJUAN:

  • Menerapkan amalan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” dalam kehidupan masyarakat kerana masyarakat kini cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu
    Peserta didedahkan mengenai laman web sebenarnya.my
  • Para peserta dapat mencari kesahihan sesuatu berita/maklumat dengan menggunakan laman web sebenarnya.my
    Melalui aktiviti E-Pembelajaran pula para peserta dapat mempelajari format sebenar mengenai surat rasmi dan juga surat tidak rasmi

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta wakil peserta untuk membuka laman sesawang sebenarnya.my https://sebenarnya.my/
  • Petugas memberi penerangan mengenai laman sesawang ini dan seterusnya meminta para peserta mencari berita terkini yang terdapat di laman sesawang berkenaan
  • Aktiviti yang seterusnya iaitu petugas memberi penerangan mengenai perbezaan format di antara surat rasmi dan juga surat tidak rasmi
  • Para peserta dikehendaki untuk menghasilkan satu surat rasmi dan satu surat tidak rasmi dengan berpandukan contoh dari enjin carian google

 

Galeri Gambar